1 |•Crush❓•|😐

32.9K 1K 78
                                    

Aku selalu cari kelibat dia. Time aku jalan dengan kawan, aku akan selalu kenal dia walaupun jauh. Gaya baju dia, gaya jalan dia, kawan-kawan dia. Semua aku kenal.

Tapi tulah.. Aku cuma dapat tengok dia dari jauh. Nak tegur, tapi nanti dia kata apa pulak sebab dia tak kenal aku.

Nak senyum, tapi takut nanti dia cuma pandang gitu je.

Nak tengok dia lama-lama, tapi takut nanti dia tahu aku minat dia pulak. BAHAYA!!

Jadi, satu benda jelah aku boleh buat. Iaitu tengok dia dari jauh. Dan cuma mampu doakan dia je.

"Ha! Riya! Kau termenung apa?" Aku tersentak dari lamunan dan memandang kawanku Hana di hadapanku.

Hana memandang ke tempat aku sedang lihat.

"Lah… tengok ince abang kau ke?" Hana tersenyum mengusik.

"Mana ada.." Betullah tu. Siapa lagi aku tengah tengok sekarang ni? Dah si Izwan tu ada je kat depan tengah berucap. Nak tengok siapa lagi?

Hari ni dia pakai kemeja hitam dan bertie putih. Memang gaya dia. Always simple. Aku menopang dagu dan melihat dia dengan fokus.

"...Di sini saya, Muhammad Izwan Rafiq bin Norman, mewakili seluruh pelajar sekolah SMK Bandar Tinggi😂, ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas di tempat baru, Cikgu Harun. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatu dan terima kasih."

Seluruh pelajar dan guru yang berada dalam dewan menepuk tangan mereka. Aku melihat dia turun dari pentas dan berjalan ke tempat duduk pelajar-pelajar tingkatan 6 yang lain.

*****
"Fokus betul kau tadi, Riya. Tahulah dia tu sem."

"Jangan kau berani nak amik dia. Kalau kau tak rasa esok nak tengok dunia buatlah." Aku menjegilkan mata ke arah Hana.

"Ok, sorry." Dia memuncungkan bibirnya.

Aku melihat pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan mahu masuk ke kelas. Semasa sudah melangkah keluar dari dewan, aku ternampak dia di tepi dewan sedang berbual dengan rakan-rakannya.

Dia ketawa... Kan best kalau dia ketawa sebab aku? Ok angan-angan tinggi angkasa bhai. Jangan harap. Entah-entah aku wujud ke tak dia tak tahu.

"Riya.. Sudah-sudahlah tu. Jomlah balik kelas." Tanpa aku sedar, aku berhenti dari berjalan dan merenung dia sambil mengelamun.

"Dia perasanlah woi...." Hana berbisik di telinga aku dan aku tersedar. Aku melihat ke arah dia dan terkejut sebab dia dah hilang dari situ.

Eh!! Mana dia pergi!? Kalau dia nampak aku tenung dia tadi macam mana!! Macam mana hidup aku!! Aku kena berhenti sekolah ke sebab malu!? 

Ok relax, Riya. Benda kecik je ni..

"Umm.. Riya.." Aku memandang Hana.

"Apa?" Aku melihat muka Hana yang cemas.  Aku melihat ke arah dia sedang lihat.

And cuba teka apa dia?

Izwan woi!! Dia ada kat sebelah aku!!! Habislah zaman remaja aku!!

"Awak ada masalah ke?" Izwan menegur. Aku menarik tangan Hana menjauhi Izwan dengan muka yang merah.

Tak naklah cakap. Gila ke! Dah sah-sah dia takkan suka nanti bahaya.

And, first time aku nampak dia dekat macam tu. Moment akan aku ingat sampai bila-bila.🙈

*******

"Kau ni apa kena?" Hana memegang lututnya setelah berlari lepas kena heret aku. Cermin tandas di hadapan aku, aku lihat. Mak Aii. Muka aku ni pakai blusher berapa tepek? Merah gila.

"Weh... Dia dah tahu.. Macam mana ni... Aku takut..." Air mata aku tahan daripada keluar. Perasaan macam nak timbus diri dalam tanah tu tengah rasa sekarang ni.

"Relaxlah.. Dia tak tahulah. Bukan dia kenal kau. Mungkin masa kau tenung dia tadi tu, dia ingat kau ada masalah kot. Leklah..."

"Hish, senanglah kau cakap! Yang kena aku bukan kamuuuuuu." Aku membuka tudung dan menyangkutkan pada kerusi yang berada di sebelah sinki.

Muka aku basahkan. Sejuk sikit muka aku ni. Tak adalah nampak sangat nanti. Fuhhhh.

Tudung aku pakai semula dan bergerak masuk ke kelas. Nasib baik.. Dekat block tingkatan 5 ni jelah aku selamat. Kalau kat block yang berdekatan dengan kantin, majoriti semua dia lalu.

Kan kalau aku lalu situ karang bertembung? Tak ke mati mengejut aku kat situ?

*******

Aku dan Hana turun ke makmal untuk membeli air kotak. Adalah jugak benda yang boleh bagi aku gula sikit. Selamatlah aku tak yah ke kantin beli makan.

Cikgu Faizul memang terbaik sebab jual air kotak. Cikgulah penyelamat saya.. \(T_T\).

Aku keluar dari makmal setelah selesai membayar air kotak yang aku beli. Aku berjalan dengam Hana ke surau.

Waktu rehat lambat lagi nak habis. Eloklah aku buat solat sunat ke kat surau?

Aku berjalan ke surau sambil berbual dengan Hana. Ada masa aku ketawa dengar lawak Hana.

Sampai sahaja aku di tangga yang terakhir, saat aku mahu membelok ke arah surau, aku berhenti. Orang yang berada di hadapan aku pun berhenti.

Aku menunduk sebab terkejut dan takut. Sebab.. Aku kenal siapa depan aku ni!!!!! Nak pengsan ke? Ke nak cakap dengan Hana aku nak pergi tandas? Ke nak lari?

Aku melihat kasut dia. Baju dia berwarna hitam juga aku nampak. Tangan Hana aku genggam. Hana juga menggenggam tangan aku bersedia dengan isyarat aku mahu lari.

"Awak kan..." Terus aku menarik Hana masuk ke dalam surau. JANGAN LUPA BUKAK KASUT. 😂

********

Aku terus terbaring seperti orang kehilangan roh bila sampai dibahagian solat perempuan di dalam surau.

Hana duduk di sebelah aku dan menggoyangkan badan aku.

"Riya.... Kau ok tak? Nak balik kelas ke? Waktu rehat dah nak habis ni.." Aku memandang Hana dengan mata berkaca.

"Hana.. Apa aku patut buat.. Harini dah dua kali aku bertembung dengan dia. Habislah zaman remaja aku..." Aku menyembamkan semula muka aku ke lantai.

"Woi makcik. Zaman remaja kau takkan hancurlah. Dia tu bukannya polis nak tangkap kau sebab kau budak juvana. Tu baru zaman remaja kau habis.

Dia tukan crush kau je.. Yang kau nak takut sangat kenapa?"

"Tapi aku takuttttt." Hana memukul lengan aku.

"Dah, dah jom balik kelas. Mengadalah lah kau ni." Hana menarik aku bangun dari perbaringan dan menarik aku keluar dari surau.

*********

Aku berjalan di tingkat 3 dimana semua kelas tingkatan 5 berada. Diorang semua dah balik. Aku tengah tunggu Hana sebab dia pergi jumpa cikgu kaunseling. Entah apalah dia dah buat.😂

Aku berdiri di koridor sambil memerhati kawasan bawah bangunan.

Aku lihat dengan mata yang dikecilkan supaya pandangan aku lebih jelas.

Yes, itu dia. Belakang dia pun aku dah kenal. Izwan tengah berbual dengan cikgu pasal sesuatu.

Aku meletakkan daguku di atas lenganku yang berada di atas tembok(?). Aku merenung dia dari jauh.

TBC

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now