44|•Raya❗•|🎉

7.9K 557 43
                                    

"Kau seriouslah, Wan?"

"Iyalah, aku serious. Sebab aku tak pernah bagitahu dia pun. Tapi, aku tahu dia suka aku." Makin terkejut Rizki.

"Abih? Kau jawab apa?" Izwan gigit bibir.

"Aku tolak dia..."

"What?!" Terkejut Izwan. Takut je yang Rizki ni marah dia.

"Aku tolak dia sebab aku takut Sarah tu ha, bang." Rizki tepuk dahi.

Dah pandai ea Riyana sorok benda ni dari Rizki.

"Masalahnya adik aku tu, Wan." Dahi Rizki berkerut. Izwan lepaskan keluhan.

"Maaf, bang. Masa tu, memang aku tak dapat fikir dengan waras."

"Then apa jadi?"

"Dia kata dia ok. Aku cakaplah aq tak boleh terima dia sebab aku anggap dia sebagai adik aku." Rizki geleng. Apalah Izwan ni.

"Haih, biarlah aku sorang je abang dia." Izwan sengih. Gementar sebenarnya cakap pasal benda ni.

Tapi sebab dia tak tahan nak cerita, so dia cerita je. Tapi bukan dengan sebarang orang.

"Tapi aku tak tahu sekarang ni dia masih suka aku lagi atau tak." Rizki diam.

Dua-dua complicated. Nak je dia jentik dahi Izwan dengan Riyana ni. Nak ada gegaran otak sikit kot baru nak realize.

"Masih.." Izwan pandang Rizki.

"Dia masih suka kau." Membesar mata Izwan.

"A-apa? Betul ke, bang?"

"Aku abang dia. Aku tahulah macam mana gerak-geri adik aku kalau nama kau kena sebut." Izwan tersenyum tipis.

"Kau ada sebut nama aku ke, bang?" Rizki cemas.

Alamakss.

Dia terlepas cakaplah pulak.

"Alah kau ni. Biasalah tu. Adalah yang nak dicerita kat aku Riyana tu." Rizki hembuskan nafas lega bila Izwan cuma mengangguk je.

Selamat dia. Kalau Riyana tahu ni, mahu dia kena setepek dengan adiknya tu.

Langit gelap malam Ramadhan terakhir tarik perhatian Rizki.

"Wan." Izwan tengok Rizki.

"Kenapa?"

"Aku bagi kau peluang untuk kejar dia."

"Peluang?" kening sebelah Izwan terangkat.

"Yaaa, peluang. Tapi ingat. Fokus belajar dulu. Settlekan dulu hal kau dengan Sarah. Kalau ada jodoh kau dengan dia, usahalah. Kalau tak ada, aku nak kau jauhkan diri. Ok?" Izwan angguk.

"Ok, bang. Tapi apa aku nak buat dengan Sarah kalau memang aku nak kejar Riyana?" Rizki silangkan lengan dia kat dada sambil dahi dia berkerut.

"Haish, hamba Allah yang sorang ni memang susah. Siap ugut tu yang aku tak boleh bla." Giliran Izwan ikut gaya Rizki.

"Ugutan dia tak boleh bawak main, bang. Antara hidup dengan mati je. Tu yang aku risau."

"Kau dah try bincang dengan Sarah?" Izwan angguk.

"Dah, tapi dia masih tak nak dengar. Aku siap dah bagitahu akibat perbuatan dia tu. Still, dia tak kisah. Asal dia kawin dengan aku." Izwan lepaskan keluhan.

"Perempuan psyco." Reaksi muma Rizki jadi marah.

"Itu nanti kita selesaikan slow-slow. Fokus dululah. Nanti kau stress. Kau kan nak final exam dah. Jangan stress." Izwan senyum.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now