57|•Nervous💎•|👑

8.7K 587 76
                                    

Aku tengok pantulan diri aku kat cermin. Dang, aku tak pernah pakai makeup full face macam ni. Rasa macam muka aku kena tepek dengan tepung gomak sia.

Aku je yang rasa macam tu sebab makeup full face. Sebab aku tak suka. Rasa macam muka aku yang heret lantai sebab berat. Padahal tak adalah tebal sangat pun.

Tapi harini je. Aku serious nak nampak lawa.

Hana pin kan selendang putih atas tudung aku. Selendang ni ada manik yang terabur kat seluruh dia. Oastu hujung dia ada renda. Ya Allah cantik gila masa aku pergi tengok haritu.

"Donee." Aku tak sedar pun Hana dah siap pin selendang tu even aku tengok cermin. Haih. Menung je kerja aku.

"Thanks Hana dah tolong aku dengan makeup and everything." Hana peluk aku.

"Welcome, babe. Aku excited nak tolong." Hana pegang bahu aku.

"Diri jap. Aku nak tengok for the last time." Aku berdiri then menghadap Hana. Dia scan aku dari atas sampai bawah.

"Weh. Cun gila. Kau ke ni weh? Yang suka tendang-tendang aku tu?" Hana buat-buat kesat air mata yang tak ada pun.

Eh dia ni. Emotional sangat.

"Aku sekeh kau kang. Nak aku tendang jugak? Aku pakai seluar bawah baju kurung aku ni." Aku dah angkat sikit kain baju kurung aku yang juga warna putih.

Kira dari atas sampai bawah putihlah senang. Harini aku sesuci lebaran.

"Weh rilek. Nak jadi bini orang dah kejap lagi. Jaga sikit attitude." Aku turunkan balik kain aku.

Tahu takut.

Hana otter sikit tudung aku. Pastu dia capai telefon dia atas katil.

"Weh, bagi aku snap gambar kau." dia dah ready nak amik gambar aku.

"Gambar?" Aku angkat sebelah kening aku.

"Yelah. Angkat sekali tangan kau yang ada cincin tu." Teragak-agak aku angkat tangan kanan aku.

Ok aku dah malu.

Aku tengok tangan aku yang semalam bukan main beria kakak ipar aku dengan Hana nak pilih corak inai apa.

And last-last aku yang pilih. Rasa nak sepak je. Haih.

"Senyumlah woi." Aku terkejut. Lepastu aku tengok kamera sambil senyum.

Hana tengok telefon dia. And senyuman statisfied terukir.

"Danggg, cantik gila kau." aku ketawa. Tak habis-habis nak cakap aku cantik. Buat aku makin gelabah adalah.

"Babe. Amacam?" Aku tengok Hana pelik.

"Amacam apanya?"

"Yelah. Tak ada rasa debar ke? nak buang air ke apa ke?" Haihh, bila Hana cakap macam tu, auto perut aku rasa macam bergelogak.

"Janganlah cakap. Tadi dah hilang dah rasa berdebar tu." Hana ketawa.

"Jangan nanti kat masjid kau buat hal time tu nak ke tandaslah. Kaki terpeleot lah."

"In Sya Allah tak. Janganlah buat aku nervous." Tak lama lepastu, pintu bilik aku kena ketuk. Kepala kak Aisyah jenguk ke dalam.

"Ya Allah. Cantiknya adik akak ni." aku ketawa. Kak Aisyah masuk dalam and then pegang dua-dua bahu aku.

"Ok tak?" Aku geleng laju. Gila nak ok time ni. Mahu pingsan gue.

"Tak apa. In Sya Allah. Semua berjalan lancar. Akak pun dulu macam Riyana jugak. Tapi lepastu everything will be ok." Kak Aisyah senyum lepastu dia peluk aku.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now