52|•Harapan💫•|🕶

8K 556 91
                                    

Sepanjang hari aku termenung memikirkan kata-kata Izwan semalam. Lepas je dia cakap macam tu, aku tak sempat nak cakap apa-apa dia dah beri salam lepastu terus end call.

Terluka aque. Hahahaha.

Part dia cakap suruh aku tunggu dia tu, apa senanya?

Tapi bila aku pikir-pikir balik dari segi lain, aku sendiri yang malu.

Eh, tak naklah. Nanti orang kata aku perasan pulakkan? Bukan ke Izwan tak suka aku? Terang-terang haritu dia reject aku.

Aku geleng-geleng.

Aku biar je tv terbukak tapi otak aku dah kat tempat lain.

Duduk atas kerusi sambil peluk kusyen memikirkan benda tu. Sampai aku tak perasan ada orang duduk sebelah aku.

"Kau fikir apa, dik?" Mak aih gugur jantung aku. Laju aku tengok sebelah aku. Rizki ni memang tau.

Tangan aku auto tumbuk lengan dia. Nasib aku ni tak ada sakit jantung. Mahu terkulai aku kat sini. Haaa.

"Sakit gila. Aku buat apa je sia?" Aku jeling dia lepastu halakan mata aku kat tv balik.

"Dah tu? Duduk tak bagi salam."

"Rasanya kalau kau tak termenung tadi, tak adanya kau nak terkejut. Kompem perasan aku duduk sini. Kau tu yang berangan." Betul jugak apa yang Rizki cakap. Lepastu aku sengih kat dia.

"Haa, kau nak apa? Sibuk je kat sini." Rizki tolak aku.

"Eh, sukahatilah. Ni rumah aku jugak." Sambil tu, dia cuba amik remote tv kat sebelah aku. Dia tukar-tukar siaran tengok ada cerita apa best.

Aku dah malas dah nak gaduh. Lagipun tak ada cerita best yang aku nak tengok.

Baiklah, sambung termenung.

Rizki tengok sebelah dia.

"Kau dah kenapa Riyana?" Aku tengok dia.

"Tak nak cerita? Mana tahu aku boleh tolong?" Aku jongketkan bahu aku.

"Nak aku cerita ke?"

"Mana aku tahu. Terpulanglah nak cerita ke tak." Lagi baik cerita kan?

"Kau bila nak kawin?" Tersedak Rizki. Haa, tersedak air liur sendirilah tu. Hahahah. Soalan dia tak expect dari aku.

"Punyalah serius termenung, kau pikir tu ke sia?" Eh mana ada. Tak ada masa aku nak pikir pasal kau.

"Sian kak Aisyah tunggu kau lama. Jadi anak dara tualah dia." Rizki tengok aku dengan muka berkerut. Sambil tu aku tengok telinga dia.

Merah gilaaaa. Berdekah aku tengok muka Rizki malu macam ni. Aduh. Perut aku.

Rizki berdehem sikit. Dia betulkan posisi duduk dia.

"Ada rezeki, aku kawinlah. Mungkin lepas raya ni." Wehhhh!! HAHAHAHHA. Tak sangkaaaa.

Ya Allah. Abang aku nak kawin. Tak bagitahu pun. Fuhhh. Sekarang aku yang teruja. Dia tunang tu memanglah tahun lepas. Tak sangka secepat ini masa berlalu.

Aku tolak bahu dia.

"Weh! Seriouslah. Aku nak dapat kakak ipar!" Lepastu Rizki tolak bahu aku sampai aku terdorong. Tapi aku masih lagi ketawa macam pontianak.

Pontianak dengar pun mencecet lari.

"Sudah!" Aku diam.

Tacodd. HAHAHHAHA.

"Kau nak cerita ke tak nak? Aku tahu bukan tu yang buat kau termenung sampai macam tu sekali." Rizki silangkan tangan dia kat dada sambil tengok aku dengan dahi berkerut.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now