30|•Hamim👨🏻•|🙃

8.4K 481 20
                                    

"Apa?" Riyana.exe has stop working.

"Aku suka kau gilaaa." Korang rasa? Lutut aku lemah kat situ juga weh. Nasib baik aku sempat sandar kat dinding. Rasa nak terduduk.

Tapi aku selawat and tenangkan fikiran. Aku tarik nafas panjang, aku lepas, and aku tengok dia.

"Time ni jugak kau nak cakap? Seriouslah, Hamim?"

"Asal baru sekarang? Aku pun dah nak habis last paper pun weh. Asal tak dalam masa 4 tahun tu?" Aku gosok muka aku. Mental weh aku.

"Everything takes time." Aku tengok Hamim yang tengah tunduk.

"Really, weh? Itu je kau boleh jawab?" Aku tunggu jawapan dia. Tapi still tak de jawapan.

"Ok. Really make my day sangat harini. Amiklah 'time' kau tu. Assalamualaikum." Sebelum aku pusing nak blah, Hamim laju je dia pandang aku dengan muka terkejut.

Feel an kena reject? Sebelum ni dia mana pernah kena reject.😬 Aku tengok orang yang dia suka semua dia dapat. Maybe, the girls like him because of himself.🤷🏻

********
Aku dengan Hana dah dekat dua minggu kenal. Seronok jugaklah minggu orientasi tu.

Dua minggu je lepas tu, minah ni teringin pulakkk nak makan karipap sardin yang mak Fadli buat. Dia kata memang sumpah sedap. Sooo, dia pun nak order.

"Riyana, aku teringinlah nak makan karipap sardin." Lepas je dia cakap nak makan karipap tu dekat aku, dia panggil Fadli. Tanpa bagi aku cakap apa-apa.🤦🏼

Fyi, Fadli aku dah kenal dia dari darjah 6 sebab sekelas masa kelas tambahan malam kat tempat cikgu Sarimah.

"Fadli, sini jap." Fadli yang tengah buat benda ntah aku tak tahu, tengok kitorang. Dia bangun, lepastu jalanlah ke meja tempat aku dengan Hana duduk.

Tetiba ann, aku rasa macam something kat muka aku.

"Wuish, merah gila." Aku tengok dia.

"Sapa?" Aku pun dengan bijaknya tengok belakang aku.

"Muka kaulah." Automatik, aku tekup muka aku. Tetiba siaa.

"Seriouslahhh." Nasib baik kelas masa tu tengah bising. Kalau tak, mahu semua dengar dia jerit. Dahlah budak kelas aku sikit nak matey. 19 orang je gais. Tak tipu.

Dia pun bangun, lepastu gerak ke meja aku.

"Siapa nama kau?" Aku tengok dia. Baru aku perasan yang dia ni, duduk sebelah Fadli. Fadli pulak sekarang tengah buzy dengan Hana.

"Riyana." Aku tengok lain. Sumpah aku rasa nak basuh muka sekarang.

"Aku Hamim. Riyana ya? Aku panggil kau merah jelah." Lepastu dia tersengih. That time, 12/1/2014, I just fall in love at the first sight.

And the moment continued. Dia panggil aku merah kalau nak bercakap dengan aku. Buat malu aku je tak guna. And then dia dah siap bagi aku nama panggilan yang lain weh.

********

"Rin!" Aku tengok dia. Lepastu aku tengoklah siapa yang dia panggil. Jadahlah, mana ada sapa sia nama Rin dalam kelas kitorang.

"Kaulah gila. Aku panggil kau Rin je boleh? Senang sikit." Dia sengih. Masa tu, baru aku perasan yang dia ada dimple kat pipi kanan. Ya Allah, hensem gila sumpah.

Bagi akulah. Korang aku tak tahulah.🌚 hahaha.

"Asal Rin sia." Jauh benor nama aku Riyana jadi Rin.🤦🏼

"Tak pelah. Aku je panggil kau macam tu." And I just fall in love with him again.

********
Tengah aku syok-syok main fon, cer teka aku main apa.

Facebook ok? Zaman-zaman facebook terkenal nak matey masa nih. Aku dapat satu masej.

Assalamualaikum

Waalaikumsalam

Weh, betul ke kawn aq ckp yg kau suka aku?

Weh, macam mana dia tahu sia? Hamba Allah yang bocorkan rahsia tu memang baik orangnya. Aku sayang kau. Terima kasih banyak-banyak.

Err... Haah.. Mcm mne kau thu?

Kwn aq yg ckp.. Sorrylah, Riyana.. Aku x bolh nk terima kau...

Tak pee.. Aku ok jeklah..

Betul ea.. Aq doakan kau jumpa lelaki yg lebih baik dri aq, lebih hemsem dri aq. Sorry riyana...

Ehhh, x pelah. Aku ok..

That time, aku rasa nak nangis. Tapi ngak keluar air matanya. Huhu.

Awal-awal aku dah kena reject padahal. Boleh pulak perasaan suka tu kekal sampai form 4.🤦🏼

Tahap suka tu sampai belakang dia bila dia jauh pun aku tahu. Even nampak sekali imbas, aku dah tahu tu dia. Hebat an? Biasyelah tu. Tak adanya yang pelik sangatlah.

Sampailah form 4, dalam bulan Mac or April gitu, aku try move on, sebab? Sebab dia dah kepal dengan sorang akak form 5...

Akak-akak bhaii. Fuh.

Aku dapat tahu bulan 6. Lama an? Lepas je aku dapat tahu, dekat 2 minggu jugak aku tak tegur dia. Pandang pun idak. Selisih pun aku tak pandang.

sampai satu tahap dia pelik tu, dia siap tanya kawan aku yang sekelas dengan dia asal aku tak tegur dia langsung. Kawan aku tu cuma cakap tak tahu je.

Sampai nak dekat raya gitu, sebab masa tu puasa. Aku trylah tegur dia nak mintak maaf.

"Hamim." Adik sedara aku yang dah tak sabar nak balik, berdiri sebelah aku lepas letak barang kat bakul motor.

Hamim pulak masatu tengah dengan kawan dia kot dah nak balik.

Hamim pandang aku, and datang kat tempat aku letak motor tulah.

"Ya? Kenapa?"

"Sorrylah weh. Aku tak tegur kau. Maaf tauu." Tetiba air mata aku nak keluar. Sakitnya tu, Tuhan je tahu.

Tapi tak delah berjurai. Aku dapat tahan. Just, mata aku nampaklah air matanya tuuu. Alahai. Gembeng.

Aku dah tak endah adik sedara aku yang tengokkan. Lantak pilah.🤣

"Iya, iya. Aku pun mintak maaf. Aku paham kau. Aku paham." Dia senyum. Tak lama lepas aku dah lap-lap mata tu. Aku tengok dia.

Dia still kat situ, tapi tengah babye kawan dia yang nak balik. Dia perasanlah kot aku dah ok, dia tengok aku balik.

"Ok?" aku angguk.

"Raya nanti jangan lupa datang rumah aku tau, Riya. Byee. Aku nak balik ni." Lepastu, dia naik motor dengan kawan dia and balik...

Aku tengok jelah. Sampai dia dah hilang dekat jalan, aku pakailah helmet.

"Apahal tu tadi?" Adik sedara aku sibuk rupanya. Ingatkan tak kisah tadi. Yelah. Senyapp jek.

"Ah, tak yah tahu. Sibuk je."

Dari situ, aku nekad nak move on dari dia lepas 3 tahun lebih. Nak dekat 4 tahun bhai. Ish, teruks habis.

Sampailah, aku masuk form 5.. That day, bila dia tengah ajar budak pengakap kawad, I just can't take my eyes of him.

And then, I know. He is Izwan Rafiq aka Ketua pengawas sekolah aku.

TBC

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu