41|•Tanpa Sedar•|💀

7.7K 517 36
                                    

"Lepas ni korang nak pergi mana?" Hamim tanya dengan suara teruja. Wahh.

Keluar dari surau lepas solat Maghrib, aku punyalah ingat kitorang nak berpisah then buat hal sendiri.

Tup tup. Apahal pulak hamba Allah yang kaum Adam ni boleh join aku dengan Hana pulak ni?

Aku tepuk dahi. Hana dengan Hamim kat depan, aku dengan Izwan pulak kat belakang.

Macam sengaja je tau diorang ni. Haih.

"Hamim, jom. Lepasni aku dengan Riya nak ke espo(?)"

Acane korang eja benda tu?😂 paham-paham je ea?

Hana toleh tengok aku. Dia senyum lepastu tengok Hamim balik. Aku rasa aku sorang je kot nampak dia senyum.

Tahu lah tu. Mesti dia nak aku setuju biar diorang ikut. Tahu dah. Tak kisahlah nak oiii.

"Boleh." Hamim angguk laju.

"Awak apa khabar?" Suara Izwan kejutkan aku yang tengah tengok diorang kat depan.

Jantung ku mahu copottt.

"Baik." Aku maintainkan muka and suara aku. Ego, please tolong aku kali ni.

"Dah habis exam ke?"

"Dah." Aku langsung tak tengok dia. Pandangan aku still kedepan.

Sakitnya hati aku bila ingat yang dia main tarik tali dengan aku. Even, aku masih suka kat kau...

"Sem depan sem berapa?" Dia nk, tak ada topik lain yang menarik sikit ke? Study jugak.

Ok aku paham. Dia tak ada topik. Senang citerlah.

"Tiga." Aku dengar dia lepaskan keluhan panjang. Kepala aku teringin gila nak tengok muka dia. Tapi aku dapat tahan. Aduh.

"Awak marah saya?"

"Tak."

"Awak terasa dengan saya?"

"Ya." Dia diam. Tak lama lepastu dia tanya lagi.

"Pasal saya tak tegur awak masa kat mall haritu?" Aku diam. Dang, gue mahu jawab apaaaaa.

"Bukan." Oklah. Benda ni remeh untuk diterasakan.

"Habistu? Kenapa ni, Riyana? Dari tadi awak macam nak cakap sesuatu. Kalau ada masalah, awak cakap jelah, ya?" Ya Allah. Bergetar jiwa aku.

Baik sungguh diri kau wahai Izwan Rafiq. How can I not to fall in love with you?

"Betul ke? Awak nak kawin?" Sambil jalan, aku tundukkan pandangan aku. Hmm, sebenarnya, AKU MALU.

APESAL AKU TANYA SOALAN NI SIA?

BARU AKU SEDAR AKU CAKAP DENGAN DIA BETUL-BETUL. AKU INGAT KAT KEPALA AKU JE.

ANJAI. MALU GILAAAAA.

Ok muka, sila maintain muka straight.

"Erm, betullah tu, tapi lambat lagi kot. Tunggu saya dengan dia habis study." Aku angguk.

Lepastu langkah aku terhenti bila dia panggil aku.

"Riyana..." Nafas panjang dia lepaskan. Aku pusing tengok dia. Well, tindakan refleks. Aku tak boleh nak kawal.

Dia dah berhenti berjalan. Dia tak tengok aku. Tapi, dia tengok lantai.

Kenapa?

Lepastu aku tengok depan balik.

Masya Allah. Hana dengan Hamim dah tak ada?!

Aku pandang keliling. Weh, mall ni dahlah ramai orang. Mana aku nak cari dua orang manusia ni. Aduhhh.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now