5|•Pameran Sains•|🔬

11.8K 717 17
                                    

"Bestnya.. Kita graduate nanti.." Aku memandang Hana teruja.

"Sukalah kau kan kita graduate saing budak form 6." Hana memerli sambil senyum kambing.

"Iya iyalah suka. Gila tak suka! Boleh jumpa dia kot."

"Ceh, jumpa konon. Baru bertembung, lari macam gaya kena kejar harimau." Aku menepuk peha Hana.

Haaa, cari pasal lagi. Ni makan diaaa.

"Hana, kalau kau dengar rancangan aku boleh tak?"

"What rancangan." Cikgu ngak ada jadi kita berbincang hal mustahak ni.

"Gini.. Masa aku pergi kedai dengan ibu, aku ada nampak satu kemeja ni. Warna maroon. Lawa tak kalau warna maroon kat dia?" Hana seperti berfikir.

"Sesuai aku rasa. Tapi, kau tahu ke saiz dia? Kalau salah beli saiz macam mana?" Heh, ni Riyana lah. Stalker berjaya!

"Daripada apa yang aku nampak, saiz yang sesuai dengan dia saiz M aku rasa. Sebab kalau tengok dia suka pakai baju oversize. Aku rasa saiz sebenar dia S tapi pakai saiz M."

Alah Izwan tu bukan besar mana pun. Keding je. Alamak terkutuk habang titee.😳

"Kalau kau rasa ok, kau beli jelah." Cikgu Nurin memberi salam. Kami semua bangun dah menjawab salamnya.

"Semua turun ya? 3 masa ni, pergi tengok pameran Sains di block form 6, okay?" Semua bersiap-siap mahu keluar kelas.

"Haahlah wei. Aku lupa harini kena pergi pameran tu." Aku menepuk dahi.

"Jomlah, diorang semua dah keluar."

*************

"Tulis nama pada kad ni dan masuk dalam ya?" Aku melihat kad pelajar yang tergantung pada kakak di hadapanku. Namanya Sazana.

Aku mengambil kad untuk aku dan Hana. Setelah selesai mengisi kad, aku dan Hana masuk ke dalam.

Projek Sains apa yang Izwan buat agaknya? Ohhh, dia ada kat meja paling belakang! Tak sabarrrrr..

Aku melihat eksperimen pelajar form 6 yang lain. Semuanya menarik. Ada yang buat sabun, gunung berapi, ketumpatan dan banyak lagi.

Best gila bila tengok abang-abang dengan akak-akak berdebar bila nak terangkan.😂

Aku lihat Izwan di belakang. Wah, muka dia confident terangkan. Nampak bersemangat sangat. Lagi beberapa meja je nak ke meja Izwan.

Dan tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Projek Sains Izwan Rafiq! Akhirnya aku ada di hadapan mejanya.

Wah! Dia buat aiskrimlah! Sedapnya! But why asikrim? Lantaklah. Aku peduli apaaaaa.

Izwan tersenyum melihat kami mendengar penerangan dia dengan teliti. Aku tak berani tengok dia tapi cuma tengok tangan dia je buat kerja. Nanti kalau tengok muka tangan buat kerja dikata lain pulak.

Kadang manusia sekeliling ni biasa sangat cakap belakang-belakang. Salah sikit je kutuk bukan main beria. Haish. Emosi.😤

Aku tak perasan pun dia dah habis terangkan. Hana menyenggol aku. Izwan yang ada depan aku tengah sedia bagi nak bagi cop. Perlahan-lahan aku bagi kad aku.

Lepas je dia bagi Hana. Aku terus tarik tangan Hana menjauh. Wuish malulah. Riyana calm down. Tapi tak boleh!

Kenapa aku selalu sangat kena tangkap berangan bila dengan dia? Nak balik kelas!😭

"Pelajar tingkatan 5B boleh masuk kelas ya? Dah habis masa." Cikgu Yati memberitahu kelas kami boleh balik kelas. Yeay,yeay. Boleh balik kelas.🌸 put your hands in the air!🙌

"Awak.." Ya Allah, suara siapa yang merdu sangat ni? Aku pun tolehlah. Mana tahukan dia panggil kita? So, kita kenalah amik kesempatan.😝

Kalau dia panggil perempuan lain, siaplah perempuan tu. Esok dia takkan ada lagi. Sebab dia balik kampung.

Okok aku merapu. Dia panggil siapa pun tak tahu, dah melalut.

Di sana, tempat yang sama, arah 180° dari pintu keluar, dengan tangan kanan di atas meja dan tangan kiri melambai, Izwan melihat aku dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

Aku menunduk sedikit tanpa melihat mukanya dan menarik Hana pergi. Yes memori.. Please jangan lupakan harini. Kalau boleh, pita memori yang ni jangan simpan dalam kotak! Jangan biar berhabuk.🙅

**********

Aku duduk di pondok hadapan perpustakaan sambil menunggu hujan lebat berhenti. Hana dah lama balik. Sebab dia tak naik motor harini. And tinggallah aku keseorangan di sini. Dihnya..

Bosan-bosan, aku lihat tempat Izwan selalu parking motor. Tak ada. So, mesti dia naik kereta. Yup, kereta dia ada.

Hmm, bolehlah dia balik tak basah kena hujan. Alhamdulillah. Aku senyum.

Hujan lebat sudah reda sedikit. Aku lihat jam. Dah pukul 5.30 petang. Tak sangka aku tunggu kat sini dah sejam lebih lepas habis kelas.

Bila agaknya dia nak balik? Mungkin dia busy. Aku mencapai buku dan berjalan ke arah tempat parking motor.

Saat aku mahu keluar, dah siap pakai topeng, pakai cermin mata, pakai helmet semua bagai, siap dah bawak motor tu sampai pagar nak keluar tempat parking motor.

Boleh pulak aku terserempak dengan dia. Rasanya dia tak kenal aku.

Sebab sekarang ni, aku dah macam penjenayah. Tutup muka. Sebab kalau tak pakai topeng, sakit woi muka kena hujan!Tapi dari gaya dia ni macam dia kenal aku! Wuish! BAHAYA!

Aku dah sedia dah nak pulas motor keluar dari bahagian pagar, dia berhentikan aku.

"Eh, kejap-kejap." Dia memegang hadapan motor aku. Aku lihat dia di sebalik cermin mata. Nasib baik aku tak pulas motor. Mahu kena langgar lelaki bernama Izwan Rafiq ni.😂

"Nak balik? Hujan-hujan ni?" Dengan ragu-ragu aku mengangguk. Dia ni nak berhentikan aku pun, janganlah dekat sini. Kitorang ni kena hujan tahu tak? Kalau dia demam macam mana?

"Letak motor awak balik kat tempat tadi." Apa ni? Habis aku nak balik naik apa? Tunggu kat sekolah sampai hujan berhenti? Habis kalau sampai malam hujan tak berhenti nak tunggu jugak?

Tanpa kata apa-apa, aku mengundurkan semula motor aku.

"Jom." Dia suruh aku ikut dia. Nak kemana? Dia ni jangan buat aku seram boleh? Tapi, dia bukan lelaki yang aku pernah jumpa sebelum ni. Apa ni!

Aku ikut dia sampailah kat kereta dia. Wah! Jangan cakap dia..

"Jom, saya hantar awak balik. Rumah awak kat mana?" Dia senyum. Aku rasa macam nak pengsan. Nasib aku masih pakai topeng dengan cermin mata tadi. Tak adalah dia nampak muka aku.

"Masuk, hujan makin lebat ni." Aku masuk. Dah kalau suara dia serious nak aku tolak? Takut tahu tak? Mahu dia jadi sarjan kat sini. Dia pun masuk.

Izwan menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan perkarangan sekolah.

**********

Suasana dalam kereta sunyi. Aku dah bagitahu mana aku tinggal, so tak adalah susahkan dia kalau aku tak bercakap.

"Kenapa balik hujan-hujan." Aku diam. Aku tundukkan pandangan. Memang taklah aku nak bercakap! Diam sudah. Tapi aku kesian pulak! Nak buat macam mana? Aku langsung tak ada keberanian nak bercakap.

Izwan mengeluh. Dia marah ke? Dia rasa menyesal ke tumpangkan aku?

Kami sampai dia hadapan rumah aku. Sebelum keluar, aku patut cakap terima kasih ke? Ke nak keluar je tak payah cakap apa-apa. Tak baik tau, rumah dia dah lah jauh...

"Terima kasih..." Aku keluar dah bergegas pergi. Izwan tersenyum.

"Sama-sama.." Aku dengar sebelum tutup pintu tadi. Haih mulut, nasiblah ada topeng. Kalau tak, mahu dia nampak kau senyum.

TBC

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now