2|•Lari•|🏃

14.5K 777 41
                                    

Aku merenung dia dari jauh.

Ni jelah benda yang aku boleh buat dalam masa beberapa bulan ni. Tahun depan dah tak jumpa. Sebab masing-masing dah habis sekolah.

Macam mana aku boleh suka dia? Pertanyaan yang selalu ada kat kepala aku. Kena ke sukakan seseorang ada sebab? Sebenarnya aku ada banyak sebab. Tapi aku bagitahu sikit je.

1. Dia ni seorang yang tegas. Yelah kenalah tegas sebab dia ketua pengawas. Kena jadi contoh yang baik pada junior.

2. Dia jaga batas pergaulan. Sebab kalau aku perhatikan dia, setiap kali dia lalu depan budak perempuan, dia akan tundukkan pandangan. Kecuali.. Budak yang dia kenal jelah. Tapi kalau dekat orang yang dia suka, aku tak tahu pulak eak?

3. Dia jaga hubungan dia dengan Allah. Setiap kali rehat je aku akan nampak dia kat surau solat sunat. Tak pun dia mengaji. Kadang berlari-lari ke surau walaupun waktu rehat dah nak habis.

Ok tu je. Tak leh banyak-banyak. Nanti korang terpikat, aku nak amik siapa? Nak kena?

Aku masih dengan posisi yang sama. Aku lihat dia sudah habis berbual dengan cikgu. Aku rasa macam nak terjun bangunan sebab dia tengah perhatikan aku yang kat tingkat 3 ni.

Bilik guru kat tingkat 2 bangunan sebelah. So, aku boleh nampak dia, dia boleh nampak aku.

Dia tengah perhatikan aku dengan dahi yang berkerut. Aku terus berdiri tegak dan berundur supaya dia tak dapat lihat aku.

Beg aku dan Hana yang berada di dalam kelas aku capai dan berlari turun dari bangunan tersebut.

Semasa aku di tangga, aku nampak dia juga sedang turun dari tangga. OH NO! Aku kena lebih lincah dari dia!

Ya Allah! Hana ni bawak apa pergi sekolah? Tapi dengan kudrat yang masih ada, aku lajukan langkahku dan menyorok di sebelah kereta cikgu.

Conferm dia tak nampak. Sebab aku tengah duduk. Aku letakkan beg aku dan Hana di bawah dan bangun sedikit melihat dia.

Dia ada je di sebelah sana. Gaya dia macam tengah tercari-cari. Cari siapa? Aku? Heiii.. Tak mungkin. Nasib cermin kereta cikgu ni gelap sikit. Tak delah dia nampak aku kat sini.

Aku ternampak dia mengeluh dan berjalan pergi. Aku duduk bersandar di kereta dengan nafas lega.

"Nasib baik aku bertindak pantas tadi." Bibir aku cebikkan. Takut sangat kalau dia jumpa aku.

"Ha, yelah. Bertindak pantas. Apa yang kamu buat kat sini Riyana?" Aku memandang atas. Alamak! Cikgu Laila lah. Ni kereta dia ke? Alamak..

"Saya terjatuh tadi kat sini cikgu masa lalu. Tu yang terduduk."

"Ada je alasan kamu. Bangun. Kenapa tak balik lagi ni?" Yes! Mood cikgu tengah baik. Aku selamat yeay, yeay~~~

"Saya tunggu kawan, cikgu. Dia pergi jumpa cikgu kaunseling."

"Oh.. Baiklah. Hati-hati balik." Cikgu Laila memasuki keretanya dan berlalu pergi.

Aku berjalan di koridor makmal menuju ke bilik kaunseling. Kena hati-hati sikit sebab sebelah makmal ni block tingkatan 6. Kalau jumpa dia habislah aku.

Beg aku, aku pakai di belakang. Beg Hana pulak aku pakai kat depan. Dah macam orang mengandung!😂 seronok buat kerja gila bila sorang-sorang ni. Aku ketawa sendiri.

Aku tak gila ok? Tak baik cop orang lain gila kalau tak tahu personaliti diorang. Maaflah teremo😂😂😂

Masa aku nak belok, tiba-tiba je Izwan muncul. Apa lagi.. Aku punya nak lari tu dah tak fikir apa. Aku sembunyi balik belakang dinding.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now