42|•Cuak•|😵

8K 551 87
                                    

Lepas je Izwan dengar Hamim cakap tak dapat join aku dengan Hana pergi expo😂, dia terus jalan laju tinggalkan kitorang.

"Wan, kau kenapa ni?" Hamim dah mengah nak ikut langkahnya si Izwan ni. Laju baenggg.

"Tak apa-apa. Saja nak balik?" Sampai je kat tempat parking, diorang berhenti.

"What? Weh, tahu tadi aku ikut diorang. Kau ni kan.." Hamim mencebik.

"Mim, aku ada sebab sendiri kenapa aku tak boleh nak ikut diorang, ok?"

"Apa dia sebabnya? Nampak mustahak sangat je." Hamim tak puas hati. Baru ingat dapat duduk lama sikit, tapi Izwan ni pulak dah.

"Aku..." Tetiba Izwan rasa darah naik kat muka. Laju dia raup muka dia.

"Weh, weh. Rilek. Asal kau ni?" Hamim tarik tangan Izwan dari muka dia. Kalau dibiar, mahu tak rata muka Izwan tu nanti. Haih. Jadi no face kang.

"Tak ada pape. Jom balik." Hamim lepaskan keluhan then kunci kereta ditekan.

Pehal gelabah semacam Izwan ni?

********
Sampai je kat rumah, Izwan duduk kat sofa diruang tamu. Kepala disandarkan. Rambut dia tarik.

Sakit kepala dia tahan malu depan Hamim tadi.

Apa agaknya tak kena dengan dia harini?

"Riyana..."

Izwan geleng. Haish. Bila fikir balik, asal dia boleh seberani tu eak?

Dia nampak ada peluang, dia cuba nak sampaikan hasrat hati. Tapi apakan daya. Takdir tuhan. Tak dapat dia nak kata apa-apa.

Ya, dia memang ada sesuatu kat Riyana tu. Tapi, belum masanya nak bagitahu lagi. Kalau waktu tu tepat, baru dia akan bagitahu.

Masing-masing masih lagi kejar impian.

Tadi tu, apa entah yang buatkan Izwan nekad betul.

"Nasib baik diorang hilang tadi. Kalau tak, mana agaknya aku nak letak muka?"

"Siapa yang hilang?" Terkejut dia bila dengar suara menegurnya kat belakang. Pantas Izwan pusing.

"Lah, ibu ni. Terkejut abang." Puan Aminah tersenyum then duduk kat sebelah Izwan.

"Awal balik? Kata abang nak jalan dengan kawan tadi."

"Abang yang ajak dia balik awal." Puan Aminah pandang anaknya pelik.

"Kenapa pulak? Sian kat kawan tu."

"Saja nak balik awal. Penat." Izwan tersengih. Puan Aminah menepuk lengan anaknya lembut.

"Izwan, ibu sebenarnya tak faham antara kamu dengan Sarah ni. Sebenarnya, kamu terima atau tak?" Izwan diam.

Macam mana ni.. Kalau dia bagitahu ibunya apa jadi, mesti Sarah...

Aduh...

"Izwan sebenarnya, tak pasti ibu.." Izwan tunduk.

"Bukan ke masa dulu ibu bapa Sarah datang rumah, kamu macam nak tolak?" Izwan tengok ibunya.

"Memanglah, tapi.."

"Tapi apa lagi Izwan sayang oi... Kamu pun dah nak habis belajar. Ok sebenarnya ada lagi setahun setengah. Tapi, tak lama pun, tengok-tengok kamu dah habis." Izwan diam lagi.

Haih, runsing betul nak kawin ni. Padahal. Dia masih muda lagi nak hadap semua ni.

Izwan diam. Lama dia fikir. Sama ada dia nak terima dan abaikan perasaannya atau, dia tolak, dan kejar orang yang dah ketuk pintu hati dia.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now