3|•Pengumuman❓•|😧

13.7K 742 31
                                    

Aku berjalan keluar dari tempat parking motor sambil bernyanyi perlahan. Jam di tangan aku lihat..

"Baru pukul 6.50. Awal lagi rupanya." Dan aku pun jalan lenggang kangkung. Lambat-lambat sebab tak ada kerja sekolah yang tak siap lagi.

Hana mesti dah sampai. Awal gila siot dia datang. Entah siapa dia nak jumpa. Agaknya, pukul berapa dia bangun? Entahlah, aku tak pernah nak tanya.😗

Awan yang berwarna oren sudah semakin kelihatan. Lawanyalah suasana pagi ni. Aku berhenti di pejalan pelajar selalu lalu yang berada di sebelah padang. Aku melihat awan pagi.

See? Aku memang tak boleh nak fikir benda lain kalau buat satu benda. Dah lah lama...

"Lama lagi ke?" Aku tersentak. Aku melihat ke sebelah aku. TIDAKKKK!! KENAPA KAU MUNCUL WAKTU-WAKTU GENTING NI!?

Aku tak menjawab dan memusingkan badanku untuk teruskan perjalanan. Makin jauh langkah aku, makin laju aku jalan. Aku takkan biar Izwan nampak aku.

Dan seperti ninja, aku hilang dari pandangannya.🙅

Aku sembunyi belakang dinding je sebenarnya. Nak tengok dia punya pasal. Nasib dia tak one way dengan aku. Selamat aku. Fuhhh.

Aku nak ke kelas dan melihat Hana sedang menulis di mejanya.

"Lambat kau sampai?" Hana masih dengan tulisannya.

"Lambat ke?" Jam aku lihat. Haha. Dah pukul 7.10 pagi.

"Kau buat apa? Dari tempat motor sampai sini 5 minit je." Hana berhenti menulis dan melihat aku di sebelahnya.

"Mula-mula aku tengok awan.. Lepastu.. Aku lari dari Izwan.. Lagi.." Aku menggaru pipi yang tidak gatal.

"Tahu dah, nampak sangat muka kau baru lepas lari." Hana ketawa. Taguna punya kawan. Dia boleh ketawakan aku?

"Semua turun ya? Tutup lampu dan kipas." Aku melihat ke arah pintu depan. Mata aku dah bergetar. Izwan melihat aku terkejut. Tak lama lepastu dia senyum.

"Dengar tak?"

"Aaaa.. Ya, ya." Izwan mengangguk dan aku melihat Hana.

"Alah.. Malasnya nak turun beratur. Tak turun tak boleh ke? Dah lah kerja sekolah tak siap lagi.." Hana mencebik.

"Kalau kau nak tengok pengetua kau jadi ganas, baik turun." Aku bangun dan berjalan ke suis lampu dan kipas.

"Yelah, yelah.." Kami turun ke bawah untuk beratur.

*******

Al-Ma'sturat sedang berkumandang di pembesar suara. Semua pelajar Islam membaca dengan tekun. Suara kawanku, Farhan membaca al-Ma'tsurat bergema di satu sekolah.

Aku melihat dia berdiri di hadapan pelajar sambil membaca al-Ma'sturat. Dari sini, aku boleh dengar suara dia yang lunak.

Hmm.. Harini dia pakai baju uniform sekolah pelajar tingkatan 6. Aku tersenyum dan membaca semula.

Setelah selesai doa selepas membaca al-Ma'sturat, cikgu memberi beberapa ucapan pendek di hadapan.

Sekali-sekala dia berjalan ke belakang dan berbual dengan beberapa orang pengawas. Muka dia nampak serious. Biasalah tu, bila hal yang penting dia akan serious.

Dia tiba-tiba berpaling. Aku memandang ke hadapan dan menyembamkan mukaku di belakang Hana. Hana biarkan je. Sebab dah biasa nak geli apa?😒

Aku melihat Izwan berjalan ke hadapan dan memandang pelajar di hadapannya.

"Semua pelajar boleh masuk ke kelas kecuali Tingkatan 5 ya?" Alah cikgu Lailah ni. Mahu apa ya sebenarnya?

Semua pelajar bangun. Yang tinggal cuma pelajar tingkatan 5 je. Cikgu Laila memandang Izwan dan senyum.

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu. Saya cuma nak bagi satu pengumuman.... Esok, hari Selasa, kitorang pelajar tingkatan 6 ada buat pameran Sains."

"Sekadar suka-suka dan dapat tambah ilmu pengetahuan kita."

"So, saya wakilkan untuk pelajar tingkatan 6 supaya pelajar tingkatan 5 dapat hadir kat pameran tu."

"Habis kalau tak pergi?" Kamil rakan sekelasku bertanya.

"Ermm, kalau tak pergi tak apa. Tapi kalau boleh datanglah. Sebab benda ni pun nanti dapat markah juga. Sebab setiap kumpulan yang kamu tengok nanti akan dapat markah. Dan markah tu akan ditambah ke dalam markah koko kamu."

"Saya rasa itu je kot. Saya harap kamu semua dapat datang. Assalamualaikum." Izwan memandang cikgu-cikgu yang masih berada di situ. Dia memberikan isyarat ada tak yang mahu berucap.

Macam tak ada. Hana memandang aku. Muka dia tu nampak sangat suka tak payah tunggu lama-lama kat situ. Sebab dia boleh siapkan kerja sekolah.

Nak je aku luku.😬 Aku kalau boleh nak tunggu lama sikit.. Alo, alo, alo, aloooo.

"Tak payah nak gembira sangat ea?" Hana tersengih dan memandang ke hadapan semula.

"Saya rasa itu je kot. Semua boleh masuk ke kelas." Aku melihat Izwan. Mata kami bertembung. Wuish! Tereye contact! BAHAYA!

Aku memandang tempat lain semasa bangun. Pipi yang tak gatal aku garu dan berjalan mengikuti langkah Hana yang semakin jauh.

********

"Nak pergi ke esok?" Hana membaringkan kepalanya di meja. Cikgu Bahasa Inggeris belum masuk lagi, jadi kelas macam bising sikitlah.. Biaselah tu.

"Jom? Nak jugak aku tambah markah koko."

"Markah kau tak tinggi ke Riya oii."

"Tinggi kau kata? Dah lah aktivitu koko macam kawad tak pernah join. Tingkatan 5 tapi jarang masuk. Entah-entah kehadiran aku banyak tak masuk koko." Hana bangun dan melihat aku terkejut.

"Kau nak tipu aku ke Riya? Kau tu komander ahli kawad, pengerusi badan beruniform, kawad sampai peringkat negeri. Kau nak apa lagi? Nak aku tembak kau pakai bazuka baru nak insaf?"

"Eh.. Ehehe.. Yeke?" Hana memukul lengan aku kuat.

"Alah, sakitlahh." Aku menggosok lengan aku yang baru dipukul. Tangan kalau pukul tak lidas tak apa. Ni sekali pukul macam dah bengkak tangan ni ha..😡

"Nak pergi? Kau ni sebenarnya ada niat lain kan?" Aku memandang Hana laju. Ada ke patut dia tuduh aku?

"Aku nak datang sana nak timba ilmu pengetahuan.." Aku senyum. Tapi senanya memang apa yang Hana cakap tu 50% betul. Hohohohoho...

******

Aku dan Hana berjalan menuju ke perpustakaan. Tahu tak gembira bila Cikgu cakap kelas batal petang ni? Rasa macam nak melompat ke angkasa.

Ok taklah. Tak lebih. Cancel kelas je pun..

"Tak nampak pulak aku crush kau tuh harini." Hana meletakkan beg di rak beg bersama-sama dengan beg aku setelah mengeluarkan kerja sekolah yang cikgu beri.

Aku dan Hana berjalan ke arah pintu. Saat Hana memegang tombol, aku menarik dia semula.

"Eh Hana kejap." Aku memberhentikan Hana dan melihat rak kasut. Nice! Kasut dia tak ada. That's mean, dia tak ada!!!

Aku lihat tempat dia selalu parking motor. Hmm.. Motor dia ada lagi. Ada mesyuarat kot...

Marilah aku bergembira~~~~♪♪♪

Dengan muka yang cofident, aku membuka pintu dengan perlahan nak elak buat bunyi. Kalau bising, mahu kene tendang dengan pustakawan free, free je.

TBC

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now