29|•Move On💦•|🙁

8.9K 532 35
                                    

Nak tergelak pun ada weh bila aku tengok muka Hana. Lepas je aku cerita apa kena masa jumpa Izwan tadi, dia punya terkejut tak boleh bincang.

"Kau siyes ar?"

"Tak de lah weh."

"Sembangggg, kau punya sembang, sajat pun boleh mengandung. Boo!" Amboi minah ni. Nak kena ke petik nama sajat.😂

"Dah tu. Aku cakap kau tak nak caya. Betullah. Aku syak Izwan dah tahu." Hana tarik tangan aku, lepastu dia usap.

Hailah, nasib baik kelas tengah buzy dengan hal masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hailah, nasib baik kelas tengah buzy dengan hal masing-masing. Gais, kita nak spm sk tau. Diorang ni aku tengok macam lek lek sangat je.🤦🏼

"Riya, jangan sedih ok? Biasalah tu kena reject. Sebab tu nama dia crush an?" Ah sudah. Daku tidak mahu memulakan drama melayu di sini.

"Aku tahulah. Lek lah Hana. Aku ok je. Kau yang nak sedih kenapa?" Aku ketawa pastu aku pukul tangan dia yang tengah usap-usap tangan aku tu.

Meremang bulu roma aku.

"Eleh, yelah tu. Tadi buat muka tengok aku macam beria nak nanges." Aku tolak bahu dia kuat. Terdorong mak cik tu.

"Lek ar. Masa tu je. Aku dah biasa pun. Tak yah sedih sangatlah. Aku ok sis." Benda dah jadi banyak kali kena reject dengan crush.

Janganlah expect crush akan terima kita. Semua tu belum tentu dia suka kat kita jugak. Kalau yg ada tu, hmm, untunglah korang. Sis dah banyak kali kena reject.

"Yelah, Riya. Up to you. Tapi aku nak kau tabah, tau."

"Iyoiiiii." Hmm, sayangnya member aku kat aku. Tak sia-sia aku jumpa minah ni masa masuk form 1 dulu.😭

********
Aku dengan Hana jalan ke tandas form 3 sebab kami nak buang air. Kau gila 4 jam dalam makmal. Dahlah beraircond. Sapa je tak sejuk sia.

Sebab kitorang pilih nak pergi tandas yang jauh tu? Sebab satu, dekat dengan tempat kitorang parking motor, dua, dekat dengan blok form 6, tiga, mana tahu terserempak dengan Izwan ke?🌚

Even dah kena reject. Huaaaa.

Lepas je aku keluar tandas, aku cari Hana. Eh, tak kuar lagi ke?

"Hana!"

"Menda odo!" Terkejut aku. Ingatkan dia dah keluar.

"Tak de ar, mana tahu kau dah tinggal aku."

"Diam please. Aku nak concentrate." Hana membuang ke gila.😂😂😂

"Aku tunggu luar tau."

"Haaaaa." Aku pun keluar. Buat apa lama-lama kat dalam. Yang menarik dalam tandas tu cuma cermin je weh. Tak de benda lain.

Bila je aku keluar, aku keluarkan fon aku dari poket and sandar kat dinding luar tandas. Sedang aku mensekerol sekerol insta, bayang aku kenali tengah jalan kat depan pejabat tingkat bawah.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now