𝟑𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

Start from the beginning
                                    

Rasa bahagiaku mati. Wajah Arluna yang sedang tersenyum dingin itu dipandang lama.

"Mom dengan Dad tahu tak yang I hilang ingatan, Adrian?"

"Luna hilang ingatan?" Mom bertanya kaget. Dad dan Ammara juga mempunyai reaksi yang sama. Renungan mereka bertiga kepadaku berubah sinis. Aku kehilangan kata. Arluna yang sedang berdiri di antara kami ditatap sayu.

"It's okay, Mom. Luna dah ingat semula. Baru je tadi." Balas Arluna tanpa mengalihkan pandangannya daripada aku. "Sedih kan hidup you, Adrian? Kalau boleh you nak I terus bernafas dalam fantasi yang you cipta. Siapa lagi mangsa you selain I? Mom?" Dia menoleh seketika ke arah Mom yang masih terpinga-pinga memerhati kami berdua. Aku tersentap.

"Luna, stop it. Jangan libatkan Mom dalam masalah kita please, sayang?" Aku cuba memujuk Arluna kerana aku tahu ke mana arah cerita gadis itu nanti.

"Kenapa ni, Luna? Cakap dengan Mom. Adrian buat apa?" Mom bertanya. Arluna tersenyum sarkastik kepadaku sebelum memalingkan tubuhnya ke arah Mom.

"Well, selama ni Adrian dengan Luna dah lama hidup macam suami isteri. Sejak umur berapa eh, Adrian you start sentuh I? 17? Oh, tak. 16." Cerita Arluna bersahaja. Mata Mom terbutang luas, menjeling aku dan Arluna bergilir. Aku meraup muka kasar dan berdiri. Tangan Arluna digenggam.

"Luna, stop it! I merayu!"

Arluna merentap kasar tangannya. "Oh, Dad dah tahu. Cuma Mom je yang tak nampak lagi. Jangan risau, Mom. Adrian tak rogol Luna pun. Luna yang rela sebab dia bayar Luna hari-hari lepas Luna layan dia. Dah macam pelacur Luna ni kan, Mom?" Cerita diteruskan lagi. Sempat Arluna tergelak sinis pada akhir ayatnya. Dada Mom mula berombak kencang. Dad di sebelah hanya diam dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Ammara tidak dapat terus bertahan di situ, mendengar kenyataan daripada Arluna dan cepat-cepat berlalu keluar.

"Enough, Luna!" Aku mula naik angin. Arluna memandang aku semula. Air matanya akhirnya jatuh.

"Kenapa? Sakit, bila kena ingat balik memori lama tu? Itu yang I rasa tadi, Adrian! Rasa tertipu sebab layanan palsu you pada I selama ni! You tak bagi I ingat semua tu sebab you tak nak lepaskan I! You nak seksa I lagi! Dan pasal you dengan Shakira tadi tu, sikit pun I tak percayakan you, Adrian! You dengan perempuan tu, boleh pergi mampus!"

Buku lima aku genggam. Dalam hati, tidak berhenti aku beristighfar, cuba menahan sabar atas segala tuduhan Arluna. "Luna! I cintakan you! Layanan I semua tu bukan lakonan! I tak ingatkan you pasal memori lama, sebab I tahu you akan bencikan I! I tak boleh hilang you lagi, Luna! Demi Allah, I sayangkan you! Demi Allah, I dengan Shakira tak ada apa-apa! Demi Allah, I tak sentuh perempuan tu!"

"Jangan bersumpah guna nama Allah kalau diri tu dah munafik!"

"Arluna!"

"Adel!"

Jeritan Dad menghentikan perbalahan aku dan Arluna. Serentak kami berdua mengalihkan pandangan kepada Mom yang sudah terbaring tidak sedarkan diri di atas sofa. Aku berlari mendapatkan Mom, pipinya ditepuk perlahan.

"Mom bangun, Mom." Panggilku lembut. "Dad, Mom kenapa?" Aku mengerling Dad sekilas dan kembali fokus ke arah Mom.

"Mom tiba-tiba pengsan. Dad nak call ambulans kejap!" Dad berlari keluar bersama telefon bimbitnya. Arluna hanya berdiri kaku di sebelah aku.

Tubuh Mom dibaringkan dan aku mula membuat CPR kepadanya. Selepas hampir 10 minit, aku berhenti. Jari aku letakkan pada bawah hidung Mom, untuk memeriksa nafasnya. Tiada hembusan nafas. Aku beralih pula pada pergelangan tangannya. Tiada nadi. Tanganku mula menggigil. Mata Mom yang masih tertutup rapat, aku pandang lama.

"Mom, bangun! Jangan buat Ad takut! Mom! Ad minta maaf! Mom! Bangun, Mom!" Tangisanku pecah. Tubuh kaku Mom didakap erat.

Maafkan Adrian, Mom. Tolong, jangan pergi...




































MATAKU tidak beralih daripada pintu bilik autopsi itu semenjak Mom dimasukkan ke dalam untuk dibedah siasat. Punca kematian mungkin disebabkan oleh serangan jantung. Aku memang tidak bersetuju jika Mom perlu dibedah siasat tetapi Dad yang berkeras. Aku pula malas mahu bertekak lagi. Cukuplah pergaduhan dengan Arluna tadi yang sudah meragut nyawa Mom.

Sedang aku mengelamun, terasa satu jari sedang menyapu sisa air mata di pipiku. Aku menoleh. Saat wajah sayu Arluna yang menyapa pandangan, aku memandang semula ke hadapan.

"I minta maaf." Ucap gadis itu lemah. Aku mengangguk sekali dan cuba untuk menarik sebuah senyuman walaupun pahit. "Kalau I tak cakap macam tu, semua ni takkan jadi. I minta maaf, Adrian. I tak patut cakap macam tu dekat you. I minta maaf." Arluna memeluk erat tubuhku. Tangisan dia lepaskan pada bahu. Aku menjeling Arluna sekilas.

"It's okay, Luna." Balasku mendatar. Sejujurnya aku masih marah akan Arluna tapi dalam masa yang sama aku rasa sedih, geram, risau dan takut. Segala perasaan bercampur baur sehingga yang tinggal hanya rasa tawar.

Tawar hati.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now