𝟑𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

Comenzar desde el principio
                                    

"Berambus, bodoh!" Tengkingku semakin hilang sabar. Kalau tak fikirkan di hadapan aku ini sekarang ialah seorang perempuan, sudah lama kaki ini dihentak ke mukanya.

"Saya rela jadi isteri kedua awak, Adrian. Jangan halau saya. Saya sanggup bermadu! Saya boleh layan awak lebih baik daripada Arluna!" Dia mula menangis tersengguk-sengguk di atas lantai. Aku menatap dia jijik. Malas mahu melayan drama Shakira lagi, pintu yang dikunci tadi aku buka luas tapi segalanya sudah terlambat.

Lima orang lelaki sudah berdiri tegak di hadapan rumahku, mata mereka berlima tepat merenung aku dan Shakira. Aku menoleh ke arah Shakira. Air mata palsunya sudah lama dihapus dan senyuman tajam perempuan itu terukir lebar.

Sial.



















































RUANG tamu itu bertukar sepi selepas lima pegawai jabatan agama Islam itu pergi. Aku tidak mendengar apa yang mereka cuba sampaikan kerana minda aku hanya berfikir tentang Arluna. Apa yang isteri aku fikir nanti bila mendengar berita ini?

Mom, Dad dan Ammara yang turut berada di situ tidak berkata apa-apa. Mereka hanya merenung lama aku dan Shakira. Dad melepaskan keluhan. "Shakira baliklah dulu. Dorang cuma suruh bayar denda. Uncle dengan Adrian tahulah macam mana nak uruskan nanti." Ujar Dad tenang.

"Mana boleh macam tu! Maruah saya macam mana?! Kalau mak ayah saya dekat kampung tahu pasal ni, malulah dorang! Adrian kena bertanggungjawab!" Bidas Shakira sambil meneruskan tangisannya.

Aku tidak lagi mempertahankan diri. Cukuplah lebih 10 kali aku bersumpah bahawa aku tidak bersalah di hadapan pegawai-pegawai tadi. Muka perempuan itu pun sudah terlalu jijik untuk aku pandang.

"Assalamualaikum."

Serentak lima pasang mata tertumpu ke arah muka pintu. Aku cepat-cepat menjatuhkan wajah apabila melihat Arluna yang sudah berdiri kaku di situ. "A...Apa jadi ni?" Soal suara halus itu. Tiada jawapan. Masing-masing terus mendiamkan diri.

"Kenapa diam?! Jawablah! Luna tanya, kan?!" Gadis itu membentak lalu melontar kuat beg tangannya ke lantai. Mataku terpejam rapat, masih tidak berani untuk bersemuka dengan Arluna. Walaupun semuanya ini bukan salah aku tapi aku tahu, aku sudah mengecewakan hatinya sekali lagi.

"Suami kau dah sentuh aku! Puas?!" Shakira membalas kasar.

Pak!

Tamparan Arluna hinggap di pipinya. Kini semua fokus teralih kepada Arluna dan Shakira. "Keluar!" Jerkah gadis itu membuatkan semua kaget dengan suara tingginya. Aku juga terkejut dengan perubahan sikap Arluna itu. Tidak pernah aku mendengar nadanya sekuat itu.

Shakira akhirnya mengangkat kaki pergi. Aku menghela nafas lega. Dah kena tampar dua kali baru nak berambus. Kini, suasana kembali hening. Perlahan-lahan aku mengangkat wajah memandang Arluna. Pandangan kami terus berlaga satu saat selepas aku mendongak. Matanya berkaca merenung aku tajam.

"Apa lagi sekarang ni, Adrian? Berapa kali you nak hancurkan hati I?" Dia bertanya perlahan. Aku sedikit keliru mendengar cara bicaranya yang sama seperti Arluna yang dulu. "I dah ingat semuanya." Sambungnya lagi. Aku terbungkam.

"Luna, I tak salah. I sumpah, sayang. Sha-"

"I percaya you." Arluna memintas. Bibirnya menarik senyuman kecil. Aku diam semula. Baru sahaja aku mahu tersenyum gembira dan menarik dia ke dalam pelukan. Dia pantas menambah. "Itu yang you nak I cakap kan?"

ARLUNA ©️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora