Part 39 Keceriaan Ayah Dan Ibu Kedukaanku

173 6 0
                                    

Malam itu, aku memeluk ayah dan ibu sepuas hatiku. "Maafkanlah segala salah Lana selama ini mak, ayah" ucapku. Aku menangis. Mereka berdua yang tidak mengerti apa yang bakal berlaku. "Jangan cakap macam tu nak, anak mak tak pernah buat salah" ujar ibuku. Aku berbaring bersama mereka berdua sehingga kedua-duanya tertidur.

Setelah ibu dan ayah tidur nyenyak aku keluar ke belakang rumah, mencari tujuh batang pisang. Dengan perlahan aku menyediakan batang pisang itu seperti yang telah dirancang oleh atuk. Kemudian aku minum ramuan halimunan. Tepat jam 12 malam, seperti yang telah dijanjikan atuk, ayah mertuaku, isteriku dan Nima pun tiba. Mereka bertiga turut minum ramuan tersebut. Aku menyerahkan tugas tersebut kepada atuk dan ayah mertuaku.

Misi aku sudah selesai. Atuk dan ayah mertua pula melakukan sesuatu pada batang pisang. Wow, memang nampak macam aku rupa batang pisang yang dijampi dan diaturkan oleh mereka. Ilmu apa ini?

Kemudiannya atuk menasihati aku agar aku terus pulang ke dunia bunian bersama isteriku. Selebihnya atuk akan menguruskannya. Atuk tahu aku berubah hati apabila melaihat keadaan ibu. Isteriku tidak teragak-agak dia terus mengapai tanganku dengan lembut, memujuk aku pergi terus. Oh ya, bila minum ramuan halimunan tu, hanya yang meminumnya yang boleh nampak, mendengar dan bercakap dengan masing-masing.

Aku memang tidak sanggup melihat keadaan orang tuaku meratapi kematian palsuku itu. Aku terus pergi bersama isteriku kembali ke alam bunian. Sepanjang perjalanan airmataku mengalir sedih dengan perpisahan tersebut. Isteriku tidak banyak bersuara selain memimpin tanganku pergi.

"Sayang sudah bagi pada ibu dan ayah semua batu permata tu ke?" tanya isteriku sambil kaki kami terus melangkah. Berbalik kepada cerita batu permata tersebut, aku jadi sedikit terhibur. "Nilai batu permata itu di dunia manusia memang sangat tinggi sayang, tadi semasa menjualnya ke bandar, sayang jual dua butir jer, itupun sudah tinggi harganya" jelasku pada isteri. "Harap dengan batu permata itu ia dapat mengubat hati ibu dan ayah ye sayang" isteriku cuba memujukku.

"Semua itu memang membuat mereka berdua jadi kaya raya, tetapi adakah ibu dan ayah dapat menerima pemergianku sayang" ujarku. "Jangan dipikirkan dah perkara yang sudah berlalu tu sayang, jika ada masa kita jenguk mereka, dan kita boleh bagi lagi batu permata" balas isteriku bersama senyumannya. Aku tahu dia cuba menenangkanku.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now