Part 25: Rencana Atuk

185 8 0
                                    

Apakah rencana atuk kali ini. Kalau diikutkan hati, aku belum bersedia berpisah dengan ayah dan ibuku. Tapi, atuk tidak dapat disangkal. Atuk terus menyusun sesuatu di atas meja ruang tamu itu.

Isteriku memanggil kami semua ke ruang dapur untuk menikmati minum malam. Aku cuma memandang ke arah atuk, aku tidak berani berganjak sebelum atuk. Aku lihat atuk bangkit dari tempat duduknya. "Apa tunggu lagi, minum malam sudah disediakan, kita minum dulu" ujar atuk melegakan aku. Aku pun turut bangkit dan menuju ke ruang dapur.

Di dapur yang lain semua sudah duduk di tempat masing-masing. Aku duduk di sebelah isteriku. Sambil minum, atuk sempat berbicara. "Atuk ada urusan dan akan pergi bersama mereka berdua buat seketika, kamu berempat tolong jaga rumah dan jalankan tanggungjawab masing-masing" ujar atuk. Mereka berempat cuma mengangguk faham.

Jelaslah atuk merancang sesuatu untukku. Atuk akan melakukan sesuatu supaya aku terpisah terus dari dunia manusia. Aku tahu atuk tidak akan minta persetujuan dari aku. Aku memang tidak berani membantah jika atuk sudah berbuat keputusan.

"Tuk, apakah rencana kita perlu diketahui ibu dan ayah?" tanyaku memberanikan diri. "Kalau mereka tahu, bererti kamu belum bersedia dan tiada pendirian" balas atuk. Dah agak dah dia tidak akan berkompromi dengan usulnya.

Maafkan aku ibu dan ayah, aku sedar atuk melakukan semua ini untuk kebaikan semua. Terbayang wajah ibu dan ayah di mataku. Wajah yang aku sangat sayangi. Aku tiada pilihan, selain mendengar nasihat atuk.

Isteriku mencuit lenganku, membuatkanku terhenti dari lamunan. "Sayang ada masalah ke?" bisik isteriku. "Atuk mahu aku berpisah terus dari dunia manusia" balasku membisik padanya. Isteriku hanya diam setelah mendengar ucapanku.

Isteriku Siluman Ular IIWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu