Part 1: Girang

752 12 0
                                    

Tiada yang terindah selain hidup bersama dengan yang tercinta. Lagi-lagi ia adalah direstui orang tua. Akhirnya aku hidup bersama dengan si dia yang senantiasa membuat aku rasa gembira, dicintai dan disayangi. Aku tahu mungkin kisah kami bukan cinta agung. Tapi bagiku, dia adalah segalanya.

Bunyi kokokan ayam kampung pagi tersebut mengusik telingaku, jadi aku pun terbangun. Di sebelahku, isteriku sudah terjaga mungkin dari tadi. Dia menatap aku yang kebetulan masih baring mengiring bertentangan dengannya. Bila dia nampak aku membuka mata, segera dihadiahnya dengan senyuman pagi sambil tangannya membelai rambutku. Aku pula jadi macam perempuan dilayan sebegitu. Lirikan matanya bersinar. Ya, itu adalah sinar kebahagiaan.

"Selamat pagi awak" ucapnya memulakan pagi tersebut. Aku pula, membalas belaian dengan membelai rambutnya. "Selamat pagi juga awak" balasku merapatkan muka kepadanya dan mengucup keningnya. Dia hanya membiarkan sahaja.

"Pergi bersiap mandi, hari ini saya nak ajak awak bersiar-siar lebih jauh di dunia ini" ujarnya. "Nak ke mana? Kebunkah?" tanyaku ingin tahu. "Awak mandilah dulu, nanti awak akan tahu juga" balasnya menambah rasa ingin tahu aku. Perasaanku teruja. Aku segera bangun dan bersiap mandi. Sementara isteriku menyediakan sarapan.

Selesai mandi, dia pula mandi. Aku bersiap di bilik. Rasa hati sangat girang. Edisi pengembaraan aku di dunia unik ini bermula lagi. Aku bergerak ke ruang dapur untuk menikmati apa yang sudah disediakan. Kedua-dua mertuaku sudah pun pergi kebun, aku tahu itu adalah rutin mereka. Tinggal kami berdua sahaja di rumah. Setelah bersiap, si dia menyertai aku di dapur.

"Sudah sedia ingin menjelajah?" tanya isteriku bersama senyuman yang tak lekang di wajahnya. "Kita tak tolong ibu dan ayah ke kebun ke?" tanyaku. "Kita akan berkebun juga, tapi kebun kita sendiri, hari ini kita keluar dulu" balasnya. Nampak gayanya profesion nelayan ku akan bertukar jadi Hang Kebun la nampaknya. "Nak pergi mana awak ajak hari ini sebenarnya" tanyaku lagi. "Jelas awak ni tak sabar juga ya" ujarnya nakal memerliku.

Kami berdua bersarapan bersama. Nak kata hidangan melampau-lampau sedap dan 'best' sangat, penipu la. Lebih kurang sama jer dengan dunia manusia. Apa yang buat hidangan tu lebih sedap adalah ketika kita bersama orang yang dicintai.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now