Part 14: Kediaman Atuk

209 7 0
                                    

Kami bertiga terus bersambang sementara kaki terus melangkah. Bermacam yang diceritakan oleh atuk. Kadang-kadang atuk selitkan dengan kenangannya bersama nenek dulu. Atuk memang sangat menyayangi dan menyintai nenek. Sehinggakan mereka berdua ke mana saja dulu.

"Kalau kamu nak tahu cu, siluman ular ni atas nama je, kat sini mereka adalah manusia seperti kita juga, cuma ada perbezaan sedikit la" ucap atuk. "Beza yang macam mana tu tuk?" tanyaku ingin tahu. "Umur mereka panjang, kita ni pendek" balas atuk. "kalau yang itu, saya dah tahu tok" pintasku berlagak. "Ada lagi yang kau tidak tahu, jika menyayangi kamu itu adalah maknanya kamu adalah cinta sejati bagi mereka, tidak macam kita manusia ni, sentiasa tidak puas dengan yang ada" tambah atok. Mendengar ucapan atuk isteriku menjeling geram padaku.

"Sayang masih tak percaya pada saya ke?" tanyaku sengaja mengusik isteriku. "Dia memang tidak akan pernah nampak lelaki lain selain kamu, biar apa saja cabarannya, kekuatan cinta mereka sanggup mengorban diri untuk kamu" ucap atuk lagi. "Kan sayang dah kata dulu, sayang sebenarnya lebih menyayangi awak lebih dari awak sayang saya tau" balas isteriku. Aku sangat terharu, begitu tinggi nilai cinta dan kasih sayang bagi mereka.

"Rumah atuk depan tu je kejap lagi kita sampai la" ujar atuk. "Atuk duduk sorang ke?" tanyaku. "Ada beberapa yang tinggal dengan atuk" balas atuk. "Siapa semua mereka tok?" tanya isteriku kerana kedua-dua kami tiada idea bertanya. "Mereka tu dulu anak yatim piatu, jadi atuk pungut duduk dengan atuk, mak ayah mereka meninggal awal akibat tembus ke dunia manusia" jelas atuk. Kami berdua hanya mengangguk faham.

Tidak lama kemudian kami pun sampai kat halaman rumah atuk. Rumah atuk dihiasi dengan batu bata yang disusun unik dikombinasikan dengan kayu kayan. Rumah atuk nampak hebat. Atap rumahnya melengkung seperti kuali ditanam rumput hidup berbunga. Nampak kemas, unik dan menarik. Atuk menjemput kami berdua masuk ke dalam rumah tersebut.

Wah, di dalamnya macam condo. Jelas ciri-ciri rumah atuk dikombinasikan dengan alam manusia. Kalau kat dunia manusia rumah macam dia ni cuma ada di taman tema Disneyland. Aku dan isteri kagum dengan rumah atuk.

"Ini Miki, Fanni, Nima dan Tiko" jelas atuk memperkenalkan remaja yang tinggal bersamanya. Mereka berempat senyum menyambut kami berdua. Kami berdua membalas senyuman mereka. Miki, Fanni dan Nima adalah gadis, manakala Tiko adalah jejaka. Tiga gadis tu membawa isteriku ke ruang dapur. Manakala, Atuk dan Tiko bersamaku di ruang tamu. 

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now