Part 7: Barter

238 10 1
                                    

Aku sekali lagi seperti rusa masuk kampung. Terpinga-pinga melihat keunikan dan keindahan tempat itu. Bagaimanapun, ia dapat diduga mungkin tempat berjual beli. Tetapi perhiasannya pelbagai, warna-warni menceriakan tempat itu. Eh agaknya macam mana pula mereka berurus niaga?

"Sayang, kita nak beli apa? Mana ada duit ni" tanyaku pada isteriku. Sebenarnya aku tahu kami tidak bawa duit langsung pun. Mungkin dia membawa aku 'window shopping' jer kot. "Kat sini mata duit adalah haram, duit juga membuatkan manusia tamak tau" ujarnya memerli aku. "Habis tu beli barang tu macam mana?" tanyaku muskil. Dia hanya melirikkan senyuman padaku.

"Kat sini semua orang main tukar-tukar" ujarnya lagi. Sistem barter rupanya. "Macam tu ka?" tanyaku sambil menunjukkan orang yang sedang bertukar barangan. "Kat sini awak boleh tukar barang awak dengan sesiapa saja" tambahnya lagi. Kelihatan urusniaga mereka berlaku dengan mudah. "Kita bawa akar herba untuk ditukar ya?" tanyaku pada isteriku. "Akar herba yang sayang bawa ini susah dicari tau, maka kalau mereka tahu, ramai yang ingin tukar dengan kita" balas isteriku pula. Aku hanya mengangguk.

"Agak-agak kalau kita bawa ikan tadi, ramai tak yang nak bertukar?" tanyaku. "Ikan pun laku juga la, tapi sebaiknya masih hidup lagi la, sebab kat sini bukan semua yang tinggal berdekatan sungai, jadi mereka tentu menyukai ikan" balas isteriku.

"Apa kata kita berjalan dulu melihat sekeliling tempat ini" ajak isteriku. "Boleh juga sayang" balasku teruja nak melihat sekitar tempat itu dan melihat apa yang ada. Dia seperti biasanya memimpin tanganku. Wah, pelbagai benda yang ada di situ. Macam-macam ada, tetapi semuanya adalah lahir dari benda yang semula jadi. Pakaian ada juga tapi tenunan kebanyakannya. Topi, bakul, bunga, ikan, beg dan macam-macam lagi lah.

Orang yang ada kat situ pula seperti menggunakan pakaian beragam. Bermacam-macam makhluk menyerupai manusia. Nasib baik isteriku ada menceritakan tadi. Kalau tak memang boleh mengejutkan la, sebab ada yang kakinya adalah serupa kaki rusa, badannya dan kepalanya manusia. Ada juga yang berekor.

Bagaimanapun, semua mereka kelihatan sangat ramah dengan masing-masing. Mereka kelihatan semacam orang makan ubat gembira. sebab reaksi wajah semuanya ceria. Kalau urusniaga gagal pun mereka tidak menunjukkan muka tidak puas hati. Pelik kan? Aman betul mereka ni.

Isteriku Siluman Ular IIDove le storie prendono vita. Scoprilo ora