Part 34: Karung Beras

163 6 0
                                    

Sepertinya kami sudah sampai di pasar bunian. Atuk menjelaskan agar tidak membuang masa, kami berpecah kepada dua kumpulan untuk mencari sesuatu di pasar itu. Barang siapa yang sudah selesai nanti menunggu terus depan pintu gerbang pasar itu. Atuk bersama Nima, manakala aku dan isteriku. Apa lagi kesempatan itu diambil dengan baik oleh aku dan isteriku.

Kami berdua segera melangkah mencari makcik penjual batu permata yang pernah kami berdua kunjungi dulu. Mujurlah dia berada di tempatnya. "Sayang kalau nak tukar kesemuanya akar herba itu pun tak apa" jelas isteriku ku. "Sayang akan berikan semuanya pada ayah dan ibu sebagai ganti diri ini" ujarku pada isteri. "Baiklah sayang faham" balas isteriku bersama senyumannya. Dia menyerahkan beg berisi akar herba itu kepadaku.

Aku segera mendapatkan makcik itu yang ku kira sememangnya bukan golongan siluman. Dia jelas nampak tua, dan isteriku menjelaskan padaku bahawa makcik itu adalah keturunan kebayan. Tak kesahlah siapa dia, yang penting urus niaga dengannya sangat istimewa hari ini.

"Makcik kalau saya tukar dengan makcik sebanyak ini, berapa banyak batu permata yang saya dapat" tanyaku sambil menunjukkan separuh dari akar herba yang aku ada padanya. Terlopong matanya melihat sejumlah akar herba tersebut. "Makcik bagi kamu dua karung beras" jelasnya. Aku membelek batu permata yang lutsinar, yang aku kirakan mungkin berlian.

"Makcik ini batu permata apa?" tanyaku sambil menunjukkan batu permata lutsinar itu. "Itu adalah berlian, sesuai dibuat cincin nak" ujarnya. Kali ini aku pula terlopong setelah dia menjelaskan ia adalah berlian. Aku bersetuju dengan pertukaran akar herba dengan makcik tersebut. Maka makcik itu menyerahkan pelbagai batu permata dalam dua karung beras kepadaku.

Bagi tidak menimbulkan syak atuk, aku dan isteri menimbuskannya dengan beras yang kami berdua tukar di pasar tersebut. Jelaslah karung guni itu nampak seperti di isi dengan beras. Manakala sekarung lagi kami berdua simpan dalam beg galas yang diperbuat daripada kulit. Selesai kami berdua pergi menunggu atuk dan Nima di pintu gerbang pasar tersebut.

Sementara menunggu mereka berdua, aku memberitahu isteriku supaya merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan atuk dan juga, ibu dan ayah mertuaku. Isteriku mengangguk tanda dia faham dan menyokong aku suaminya. Memang aku kelihatan tamak dengan batu permata tersebut. Tapi semuanya ku akan kuberikan kepada orang tuaku sebagai ganti diriku yang bakal berpisah sepenuhnya dengan mereka nanti.

Isteriku Siluman Ular IIحيث تعيش القصص. اكتشف الآن