Part 16: Cucu-cucu Atuk

199 9 0
                                    

Apabila atuk makan tengahari itu, atuk nampak mereka berdua cuma memandang atuk makan bekal yang atuk bawa dari rumah. Timbul rasa kesian atuk pada mereka berdua. Lalu atuk membahagikan makanannya kepada dua kanak-kanak tersebut. Mereka mula-mulanya agak takut, tapi atuk pujuk supaya mereka mengambil makanannya. Akhirnya mereka makan juga.

"Kamu berdua buat apa kat sini?" tanya atuk. "Kami tidak tahu nak pergi mana" jawab salah seorang dari mereka. "Jangan takut, atuk tidak berniat jahat, ceritakan saja apa yang berlaku pada kamu berdua" ucap atuk supaya mereka menceritakan apa yang berlaku.

Ayah dan ibu kepada masing-masing mereka berdua dibunuh kerana menembusi dunia manusia. Mereka berempat memburu. Cuma ibu salah sorang mereka yang sempat balik ke rumah, dan meninggal sehari kemudian. Namun cuma sempat menasihatkan supaya jangan pernah tembus ke dunia manusia lagi.

Atuk sangat kasihan dengan mereka dan atuk mengajak mereka tinggal bersama. Atuk menganggap mereka sebagai cucu sendiri. Akhirnya mereka menjadi sebuah keluarga. Atuk menjaga mereka dengan baik, dan sebagai balasnya mereka juga turut membantu atuk membuat kerja-kerja di rumah. Begitulah atuk perikemanusiaan atuk terhadap makhluk yang dalam kesusahan.

Itu tadi adalah kisah pertemuan atuk dengan Miki dan Fanni. Bagaimana pula dengan Nima? Nima pula adalah gadis penyeluk saku. Dia selalu berkeliaran di kawasan pasar tu juga. Di pasar tu juga atuk menemukannya.

Berlainan dengan kisah Miki dan Fanni tadi, Nima adalah seorang gadis yatim piatu. Ibunya meninggal ketika terlalu tua melahirkannya. Ayahnya pula tidak mampu bergerak banyak kerana sudah terlalu tua. Nasib baik juga, dia sudah meningkat umur menjadi kanak-kanak yang hampir remaja semasa ayahnya meninggal. Kerana tiada pilihan gaya hidup, akhirnya Nima menjadi penyeluk saku.

Suatu hari dia kebetulan menyeluk saku poket atuk, perbuatannya disaksikan oleh Miki dan Fanni. Mereka berdua menangkapnya dan memukulnya dengan teruk tanpa pengetahuan atuk. Apabila atuk melihat kejadian itu, atuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Dan atuk menawarkan tempat tinggal pada Nima. Pada mulanya, Miki dan Fanni tidak berpuas hati dan sentiasa mengawasi gerak geri Nima. Akhirnya mereka sekarang menjadi saudara dan saling menerima. Semuanya kerana kebaikan atuk. 

Isteriku Siluman Ular IIजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें