Part 4: Makhluk Lain

300 11 0
                                    

Sepanjang jalan tersebut dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan liar. Biarpun bunga-bungaan tersebut adalah bukan ditanam tapi ia tetap kelihatan cantik dengan segala pelbagaian. Kesimpulan mudah, memang cantik dan kelihatan indah dipandang.

"Sayang boleh baca hati kan? Sekarang apa yang di minda saya?" tanyaku nakal mencabar sang isteri. "Eh, jangan fikirkan macam tu la sayang, kita sedang di jalanan ni" balasnya yang memandang ke wajahku. Jelas dia dapat melihat apa yang sedang aku fikirkan. "La, cuma dalam kepala je la" jelasku. "Kalau ada orang lain lalu-lalang nanti, mereka tau apa yang dalam kepala sayang tu tau" ujarnya. Aku tergelak. Dia membalas gelak tawaku dengan muka rajuknya.

Setelah beberapa lama berjalan belum juga kunjung tiba di destinasinya. "Lama lagi ke nak sampai ni sayang?" tanyaku. "Tidak lama lagi sampai la" balasnya. Mataku terus menikmati apa yang ada di sekeliling perjalanan itu. Kalau ada kamera memang ku rakam semuanya. Segalanya memang seperti sebuah dunia fantasi, indah belaka.

"Dari tadi kita berjalan tidak berselisih dengan orang pun?" tanyaku kerana tidak nampak sesiapa yang lalu. "Awal lagi la, nanti sayang akan tengok meriahnya tempat yang kita tuju" ujarnya. Sedang berjalan berpimpinan tangan kami berdua nampak dari jauh semacam ada orang menuju bertentangan ke arah kami. Aku hanya memerhati. Dalam minda ku terfikirkan jangan-jangan penjahat.

"Jangan takut, mereka tu makhluk hidup seperti kita juga, kalau boleh jangan ada syak yang tidak elok dalam minda tu sayang, ia akan mendatangkan rasa tidak selesa mereka nanti" jelas isteriku padaku supaya aku tenang saja. "Mereka tu makhluk macam apa?" tanyaku ingin tahu. "Sayang akan nampak semuanya ada menyerupai manusia, tapi ada bahagian badannya sedikit berbeza, mungkin berbulu, berkuku, kaki besar, badan kemetot, tinggi dan macam-macam lah" jelas isteriku. Isteriku terus menerangkan perihal makhluk dari dunianya.

Dunia ini sebenarnya luas, bukan hanya ada kita sahaja, tapi makhluk dari dunia ini sebenarnya tidak suka hidup bersama dengan manusia. Mereka tahu manusia kebanyakannya tamak, pentingkan diri, ego dan bersikap rasis terhadap masing-masing. Cuma manusia yang mereka berkenan saja yang dibenarkan menembusi alam mereka.

Sebab itulah, mereka suka menakutkan manusia yang hampir dengan tempat mereka. Dengan harapan agar manusia tidak berani merapati tempat tersebut. Dan yang paling suka mereka buat adalah menakutkan manusia dengan wajah-wajah yang menyeramkan. Dengan itu, manusia percaya bahawa mereka adalah makhluk yang jahat dan sebagainya.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now