Part 33: Penunggu

153 4 0
                                    

Setelah sepakat, aku dan isteri mempercepatkan semula langkah agar tidak jauh dari atuk. Berharap niatku tidak kantoi diketahui atuk. Kalau dia tahu naya aku kena dengan atuk. Tapi kalau aku dah bagi pada ibu dan ayah nanti, atuk tak boleh buat apa bisik hatiku. Atuk telah melarang keras aku mencampuri urusan di dunia manusia sebelum ini.

Sambil berjalan atuk menjelaskan perihal penunggu kepada kami semua. Berdasarkan penceritaan atuk, penunggu adalah penjaga sempadan dimensi ini dengan dimensi dunia manusia. Mereka akan memerhatikan perbuatan manusia yang menghampiri sempadan. Kalau manusia hampir mencerobohi kawasan tersebut, penunggu ini akan menyakat manusia tersebut dengan pelbagai jelmaan untuk menakutkan golongan manusia.

Golongan penunggu sebenarnya umpama tugas pasukan rela yang secara sukarela menjaga tempat tertentu. Mereka kebanyakannya adalah mahluk yang telah mencapai umur ratusan tahun, malah ada yang cecah ribuan tahun. Mereka sanggup menjadi penunggu kerana kebencian mereka terhadap manusia. Bagaimanapun mereka tidak akan terlibat dengan kes seperti kami, kecuali keadaan memerlukan.

Selalunya penunggu akan menduduki atau menginapi pokok-pokok yang sudah tua, atau batu-batu yang besar membentuk gua. Jika kita terserempak dengan tempat yang agak pelik dalam hutan di situ juga ada mereka. Tempat yang agak menarik dan tumbuhan liar yang nampak pelik dan agak tersusun juga salah satu petanda kediaman mereka.

Oleh kerana golongan penunggu membenci sikap tamak dan gila kuasa manusia maka kamu jangan berharap mereka adalah jenis yang mesra. Selalunya kamu akan berjumpa yang bengis. Makanya kalau boleh jangan membuat perkara yang tidak senonoh di kawasan jagaan mereka. Contohnya jangan meludah atau kencing dekat dengan kawasan-kawasan pelik tadi.

Jika kita melakukan sesuatu yang tidak senonoh di tempat mereka, memang kita akan dapat suatu masalah, seperti dapat penyakit yang tidak diketahui oleh pakar perubatan, paling ringan kita mungkin akan demam atau dapat ruam gatal seluruh badan.

Seperkara lagi, jangan takbur dan berlagak apabila berada hampir dengan kawasan mereka. Keangkuhan kita sememangnya mereka benci sangat, dan dia akan mengenakan kita sama ada akan membuatkan kita sesat atau menunjukkan penjelmaan yang menakutkan. Begitulah perihal penunggu seperti yang dijelaskan atuk.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now