Part 13: Perjalanan Ke Rumah Atuk

202 7 0
                                    

Atuk terus bercerita. Kami berdua hanya memasang telinga sambil meneruskan perjalanan ke rumah atuk. Sama juga jalannya. Seperti awal tadi batu bata. Cuma masuk ke jalan nak menuju ke rumah atuk, kami perlu meniti jalan denai yang agak cenuram berbukit. Tapi itu tidak jadi masalah, sebab kami semua sudah biasa. Atuk terus menerus bercerita supaya perjalanan tidak terasa.

Pada waktu atuk dikatakan meninggal. Atuk sebenarnya merancang untuk berpindah terus ke alam bunian. Semasa pengkebumian itu, atuk sendiri ada di situ, melihat orang kampung menguburkan batang pisang. Atuk minum sejenis minuman herba yang boleh menjadikan atuk halimunan. Sebab tu mereka tidak nampak. Sebelum atuk kantoi, atuk cepat-cepat pergi semula ke alam sini.

"Ayah tahu ke tentang ni tok?" tanyaku tidak teragak-agak. "Kalau atuk bagitau dia, kematian atuk di sana tidak akan nampak betul-betul" balas atuk. "Kesiannya kami masa tu ingat atuk benar-benar meninggal" ujarku sengaja mengusik perasaan atuk. "Atuk masa tu memang kasihan dengan kamu bertiga, walaupun 'ibu kamu anak orang yang membunuh nenek kau, tapi dia dan ayah kamu melayani atuk dengan baik" jelas atuk.

Walaupun sudah nampak tua, atuk masih lagi kelihatan cergas. Malah dia berjalan lebih cepat dari kami berdua. Banyak sungguh rahsia di sini yang aku belum ketahui. Kalau mengikut perkiraan aku, atuk sekarang mungkin berumur hampir 90 tahun. Cuma rupanya nampak jelas tua. Tapi kecergasannya tidak dapat dinafikan.

"Bertuah juga kau dapat isteri bunian ni, orangnya sangat cantik dan lemah lembut, ayahnya atuk kenal dan atuk mahu dia rahsiakan tentang atuk dari kamu semua, tapi tadi atuk tidak dapat menahan rindu bila lihat kamu di pasar" ujar atuk. Jelaslah sebenarnya atuk dan ayah mertuaku saling kenal. "Atuk selalu berjumpa ayah ke?" tanya isteriku. "Atuk kekal cergas ni pun sebab herba buatan ayahmu cu" balas atuk menghargai hubungannya dengan ayah mertuaku.

"Atuk kahwin lagi tak kat sini?" tanyaku biarpun aku tahu soalan tu sensitif. "Atuk tidak pernah kahwin setelah nenek kamu" balas atuk. "Wah, setianya atuk pada nenek" ujar isteriku sambil tersengih memandang kepadaku. "Nenek kamu satu-satunya makhluk yang atuk cintai, berkahwin lagi bermakna atuk mengkhianati cinta nenek" jelas atuk lagi. "Ha, dengar tu" perli sang isteri kepadaku. Amboi dia mengambil kesempatan di atas ucapan atuk.

"Awak tidak percayakan saya ke sayang?" ujarku geram dengan isteri. "Gurau tak boleh ke?" tanya dia mengenakan aku. "Tak payah awak berdua nak berdrama di sini, dari tadi atuk ekori kamu berdua, memang jelas kamu berdua sedang dilamun cinta" sampuk atuk pula. Meremang bulu tengkukku. Isteriku pula tersengih dan pipinya kemerahan menahan malu.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now