Part 31: Batang Pisang

183 6 0
                                    

Awal pagi tersebut aku bangun. Isteriku sudah tiada di sisi. Aku bingkas bangun dan mencari bilik air untuk melepas dan mandi. Kemudian aku pergi ke ruang dapur melihat apa yang mereka sedang lakukan. Semua yang perempuannya menyiapkan sarapan pagi. Aku cuma duduk di ruang dapur memerhatikan mereka.

"Cucu Lana, mari ke sini, ada benda kita perlu bincang" panggil atuk kat ruang tamu. Aku tidak berlengah bangun dan menyertai atuk. "Cu, banyak benda kita kena buat, kamu kena dengar dengan jelas, kita tidak boleh sebarang kesilapan nanti" ujar atuk. "Cucu Nia, datang ke sini cu" atuk turut memanggil isteriku untuk mendengar penjelasan atuk tentang rancangannya. Tidak lama kemudian isteriku menyertai kami berdua di situ.

"Dengar baik-baik, jika kita melakukan sebarang kesilapan, mungkin Lana akan pergi buat selamanya" tegas atuk. "Apa yang kita akan buat tuk?" Atuk memerihalkan perancangannya. Aku dan isteri memberikan tumpuan sepenuhnya pada apa yang atuk cadangkan dan rancangkan. Atuk menjelaskan dari A sampai Z apa yang bakal kami lakukan.

"Petang ini kita akan bertolak ke rumah mertua kamu, keesokannya pula, Lana kena balik ke dunia manusia, supaya perkara ini tidak nampak ketara, Nia dan ayah mertua kamu akan menyertai dua hari kemudian" atuk menjelaskan perancangannya. "Bagaimana Lana tahu kamu semua ada di sana nanti?" tanyaku. "Lana cari tujuh batang pisang di malam hari, batang pisang letakkan seperti susunan manusia, kemudian Lana minum ramuan ini" jelas atuk.

"Pastikan tiada kucing yang akan melangkah batang pisang tersebut, kerana roh jahat akan menjadikan kucing sebagai perantaraan dan akan menghidupkan jelmaan batang pisang itu nanti" jelas atuk lagi. Aduh rumitnya, apapun perlu buat juga. "Kiranya atuk nak nampak saya mati mengejut atau mati ketika sedang tidur la" tanya ku untuk kepastian. "Lebih kurang macam tu la, ingat kesan ramuan itu cuma tujuh hari sahaja, selepas itu kamu akan kelihatan balik sebagai manusia, jadi elakkan dilihat" atuk menjelaskan lagi.

"Bagaimana dengan ibu dan ayah? kalau mereka menyalahkan keluarga mertua saya tuk?" tanyaku. "Itu mertua kamu akan uruskan melalui mimpi, dia yang cekap hal itu, apa saja rungutan dan kesedihan mereka kamu kena bertahan, tabahkan hati kamu lagi-lagi bila melihat reaksi ibu kamu nanti" ujar atuk lagi.

Belum laksanakan lagi, aku sudah berdebar-debar untuk menghadapi semua itu. Aduh, maafkan Lana, harap ibu dan ayah tabah. Aku bukan mati, tapi terpaksa membuat pilihan sebegini.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now