Part 23: Ketegasan Atuk

204 9 0
                                    

Atur sepertinya sudah siap melakukan tugasannya. Dia memandang ke arahku. Dengan riak muka yang sedikit serius. Aku agak tertanya-tanya apakah yang atuk sebenarnya ingin lakukan dan sampaikan ini?

"Cucu Lana! Kamu sayangkan isteri sesungguhnya tak?" pertanyaan atuk membuat tanda tanya padaku. "Sayang la tuk, kenapa atuk tanya begitu?" tanya aku pula sekali bersama jawapanku. "Kau cinta atau hanya sayang padanya?" pertanyaan atuk semakin mencabarku. Aku berfikir sejenak sebelum menjawab soalan mudah atuk.

"Lana sayang dan mencintainya tuk, kenapa atuk tanya begitu?" aku mengulang soalanku. "Ibu atau isteri, mana Yang kamu lebih sayang?" tanya atuk lebih agresif soalanya Kali ini. Dia langsung tidak memgendahkan soalanku. Aku pula yang diberi soalan yang lebih berat. Kali ini aku harus benar-benar menjawab dengan sebaiknya.

"Kalau Lana kata sayang pada kedua-duanya boleh Ka tuk?" tanyaku menangguh jawapan sebenarku. "Pilih salah satu sahaja" ujar atuk. Soalan atuk mudah, tapi jawapannya sangat menyeksakan. Apakah yang di minda atuk sebenarnya. Aku sedar aku masih jauh ketinggalan pengalaman darinya. Tapi janganla buli aku dengan soalan maut macam ni.

"Jawab soalan atuk, atau atuk hentikan segalanya setakat ini" tegas atuk mula menunjukkan diri atuk Yang dulu. Aku bukan tidak ada pengalaman hidup dengan atuk masa dia masih hidup di dunia manusia. Perangai dia bila dah tegas, ayah aku pun tunduk padanya. Jawapan kita tidak pernah Yang tepat baginya. Seakan-akan dia saja yang betul semua keadaan.

"Kenapa kamu diam?atuk bukan bercakap dengan meja ni" tegas atuk lagi sambil menepuk meja. Aduh, sabar la atuk oi, cucu tengah fikir ni bisikku dalam hati. Memang aku tidak berani dengan atuk bila dia sudah menunjukkan sikap itu. "Jap, tuk tengah fikir ni" jawab ku segera. "Tengah fikir ke tiada pendirian?" sindir atuk. Aduh orang tua ni memang tak boleh sabar pula.

"Lana sayang Ibu, tapi Lana mencintai Nia sepenuh hati" ujarku memikirkan jawapan itu sudah yang terbaik. "Aku tanya kau pilih siapa?" tanya atuk sambil matanya terjenggil ke arahku. Parah ni, soalan ini pun payah aku nak jawab. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Dilema sangat jawapannya.

Isteriku Siluman Ular IIHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin