CKBSK PT.2 (EPILOGUE)

203 46 155
                                    

“ abang, tolong ambil order kat meja 5! ” jerit saehyun yang sedang sibuk menguruskan cashier.

dokyeom yang sedang mengemas meja 2 terus mengangkat kepala. meja 5 yang dekat dengan tingkap dipandang lalu dia berjalan mendekati meja itu. sambil itu buku nota diambil dari dalam poket apron.

“ selamat datang, nak order apa? ”

setelah selesai mengambil order, dokyeom terus menyerahkan kertas order kepada pakciknya iaitu Lee Jongsuk.

“ kyeom, rehatlah dulu. dari pagi kamu buat kerja, tak penat ke? ” tegur pakcik jongsuk, sedikit risau dengan anak buahnya itu.

dokyeom sengih. “ tidak mengapalah samcheon. ana ikhlas untuk mencari wang demi kesihatan harabeoji. ana harap samcheon juga begitu. kita harus sama-sama bekerja keras! ” tekad dokyeom.

pakcik jongsuk ketawa. sejuk hati dia melihat dokyeom yang membesar menjadi seorang lelaki yang berguna. dia yakin seandainya arwah abangnya masih hidup, arwah abangnya pasti akan berbangga dengan anak lelakinya.

dokyeom telah membesar dengan baik, dan itu adalah fakta.

K R I N G !

saehyun terus mengangkat kepala apabila loceng pada pintu masuk berbunyi. dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat rakan-rakannya dari sekolah lama muncul dimuka pintu. masing-masing tersengih sampai ke telinga.

“ OMMO! EUNBYUL-AHH!! ” saehyun terus keluar daripada kaunter cashier lalu berlari ke arah eunbyul yang sudah menanti dimuka pintu.

dokyeom yang mendengar jeritan adiknya sudah tergamam. dia menoleh dan dirinya bungkam melihat beberapa rakan sekolahnya hadir ke gerai makanan pakciknya. tapi yang buat dia sedih, tiada kelibat rakan baiknya. dino, seol dan hyera.

mereka tiada.

“ HOI JUNIORKU! ” hoshi, senior paling over berlari penuh dramatis menuju ke arah dokyeom. tubuh dokyeom didakap erat, tidak mahu dilepaskan.

dokyeom terpempan, tetapi dia layankan aje pelukan itu.

“ duhh, kau makin kurus dan hensem. apa rahsianya? ” soal hoshi memulakan perbualan.

“ mana ada hensem, sama je muka. ” celah jeonghan, masih dengan perangainya yang annoying.

hoshi berdecit geram. lengan jeonghan disenggol lalu matanya dijegilkan.

“ pujilah dia walaupun muka dia still sama, apeke bengong kau nie, ish! ” bisik hoshi bernada keras dan ianya tersangat jelas dipendengaran dokyeom.

dokyeom hanya gelak, dan kata-kata jeonghan serta hoshi langsung tidak mengguris hatinya. sebaliknya dia gembira masih ada yang mengingati dirinya.

“ maafkan ana jika ana terlihat tidak sopan dihadapan abang-abang yang dikasihi. tetapi bukankah ana sudah bilang bahawa ana tidak akan menerima tetamu jika tetamu itu tidak membawa ole-ole buat ana? jadi, dimanakah ole-ole buat ana? ” dokyeom menadah tangan dihadapan jeonghan dan hoshi, menanti ole-ole daripada mereka.

jeonghan berdecit. “ dah agak. kau kalau tak menyetan bila bercakap dengan aku memang tak sah kan? hadiah kau kat luar, besar punya! ”

huh?
dokyeom buat muka pelik. besar punya?

“ halah kau, tak payah buat muka blur sangat. pergilah keluar! ” desak hoshi.

jadi nak taknak dokyeom terpaksa berjalan keluar ke kedai dengan dahi yang berkerut. tiba dimuka pintu, dia terserempak dengan eunbyul.

“ teman lelaki anti dimana? ”

“ dalam hati. ”

dokyeom buat muka. “ jawapan yang menyakitkan hati. ”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now