CKBSK PT.2 / 18

144 44 67
                                    

" Vernon? "

Vernon melangkah laju ke arah Joshua lalu BUKKK- satu tumbukan padu melayang tepat mengenai wajah kacak milik Joshua.

Joshua terjatuh ke belakang. Dia mendesis sakit sambil memegang pipinya sebelum matanya naik perhatikan Vernon. Dilihat wajah lelaki itu menyinga.

" kau pahal? " soal Joshua sedikit keras. Kalau diikutkan hati, nak je dia balas. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin lelaki itu ada sebab untuk menumbuknya.

Vernon tertawa sinis. Dia kemudian duduk mencangkung lalu bahu Joshua ditunjalnya beberapa kali.

" apahal kau sakitkan adik aku? "

Joshua terdiam sejenak. Matanya tekun perhatikan Vernon sebelum dia melepaskan keluhan lemah.

Dah agak.

" aku tak sengaja. Kau tahu perangai aku macam mana kan? Kalau aku tengah marah, aku memang tak sedar apa-apa. "

" tapi itu tak bermakna kau boleh suka-suka hati sentuh adik aku! "

Joshua mengeluh. " okay, aku minta maaf. "

" senang macam tu je kau minta maaf? "

" habistu kau nak aku buat apa? Aku tengah serabut nie fikirkan masalah antara aku dengan Hyera yang belum settle lagi. Jadi kau janganlah tambahkan lagi masalah aku. " ujar Joshua sedikit merayu. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia kusut.

Vernon diam. Dia termenung seketika lalu tangannya dihulur kepada Joshua.

Kening Joshua terangkat.

" bak sikit duit, aku nak balik naik teksi. " pinta Vernon tanpa segan. Wajahnya sengaja diselambakan sebaik mungkin walaupun dia masih marah dan nak tumbok muka Joshua berkali-kali.

Joshua senyum nipis. Dia keluarkan dompet pada poket seluarnya lalu mengeluarkan beberapa keping not wang kertas dan berikannya kepada Vernon.

" Non, cakap kat Seol aku minta maaf ek? "

Vernon sekadar mengangguk malas. " hmm. "

" dan ... cakap pada Dokyeom, jangan risau pasal Rohee. Nanti aku uruskan. "

Vernon buat muka pelik. " haa? "

" kau cakap je macam tu, Dokyeom faham laa nanti. "

Vernon diam. Dahinya berkerut dan otaknya mula ligat memikirkan ayat yang dilontarkan Joshua tadi.

Rohee?
Dokyeom?
Apa benda?

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Malam itu di rumah cik piah jual tong gas.

Johee memandang lama pintu bilik kakaknya yang tertutup kemas. Bibir bawahnya digigit, dan insiden pagi tadi disekolah mula berlayar diingatan.

Jujur dia katakan dia berasa amat bersalah dengan Dokyeom. Sepanjang dia minatkan lelaki itu, tak pernah sekalipun dia berniat untuk melukai lelaki itu. Tapi semenjak kakaknya tahu perasaan dirinya terhadap lelaki itu, kakaknya mula mengambil kesempatan.

Kata Rohee, dia akan lakukan apa sahaja untuk menghancurkan Dokyeom jika dirinya tidak bersetuju untuk bersekongkol dengan kakaknya untuk melukai Hyera dan Seol. Jadi nak taknak, Johee terpaksa akur demi menjaga si Dokyeom, crushnya.

Daripada dia melihat Dokyeom terseksa, lebih baik dia melihat Hyera dan Seol menderita. Hmm.

" kau buat apa depan bilik aku nie? "

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now