CKBSK PT.2 / 09

184 49 117
                                    

Habis bertukar merah wajah Hyera tatkala dirinya dibawa ke gelanggang bola keranjang tertutup yang berada di blok belakang dewan. Pandangan aneh yang diterimanya dari pemain bola keranjang yang lain cuba dia abaikan meskipun dia rasa terlampau gugup kerana dia baru tahu pelajar junior disekolahnya kacak-kacak dan seksi-seksi.

Damn it.

“ wow Jun, bawak girlfriend ke? ”
“ gila ahh, bukan nie minah gangster yang selalu curi makanan kat koop tu ke? ”
“ aku rasa aku kenal laa perempuan nie. AHA, dia laa yang patahkan tangan aku tahun lepas. ”
“ tak sangka taste Yeonjun set makcik-makcik. ”
“ makcik hot, kau ada? ”

Segala bisikan hanat itu terus terhenti apabila Yeonjun menepuk tangannya dengan kuat meminta perhatian. Isyarat tangan diberikan lalu dengan pantas tubuh Yeonjun dan Hyera dikerumuni oleh mereka semua.

Hyera telan liur. Shit.

“ training dah habis belum? ” soal Yeonjun memulakan bicara. Matanya tajam perhatikan wajah pemain-pemain yang lain. Dan setelah itu ada seorang pemain yang mengangkat tangannya sambil melompat.

Dia melompat sebab dia ada kat belakang sekali. Kesian.

“ ya Taehyun? ” tanya Yeonjun. Kakinya dijengket untuk melihat pemain itu.

Apesal pendek sangat nie, haih.

“ tu awek ke bro? ” setelah Taehyun menyoal soalan tersebut, terus suasana dewan mulai riuh dengan gelak tawa dan siulan-siulan nakal daripada mereka.

Wajah Hyera membahang. Dia malu.

Yeonjun berdehem. Dia pandang Hyera sekilas lalu senyuman nipis terukir dibibirnya.

“ salah ke bawak awek datang sini? ” balas Yeonjun selamba. Maka makin bisinglah kawasan tu dibuatnya.

“ kapten dah ada awek, aku broken siaa. ”
“ tak sangka kapten ada masa nak mengorat awek. ”
“ aku rasa memang dia laa yang patahkan tangan aku tahun lepas. Ke orang lain? ”
“ tengok ahh kasut dia, ada lambang gucci siaa. ”
“ aku tak suka rambut dia. ”
“ muka dia macam Taehyung Saem laa, menyampah pulak tengok. ”
“ hmm, kapten kena nasi kangkang nie. ”

“ TAPI DIA BUKAN GIRLFRIEND JOSHUA SUNBAE KE? ”

SUPPP - terus sunyi kawasan dewan itu apabila satu suara kecil menyalak dengan tiba-tiba. Mata Hyera terbuka luas. Wajah pelajar junior itu dipandang dengan tubuh yang mengeras.

Yeonjun ikut tergamam. Liur ditelan lalu tubuh Hyera disembunyikan dibelakang tubuhnya. “ kau mengarut apa Soobin? ”

Soobin mencebik. “ aku tak mengarut, aku cuma bercakap apa yang aku tahu. Minggu lepas aku nampak awek kau dengan Joshua sunbae berjoget depan gereja. Buang tebiat. ”

Sekali lagi Yeonjun tergamam. Matanya berkedip-kedip lalu dia berdehem dengan kuat. “ latihan tamat, semua boleh balik ke kelas masing-masing. ”

“ tapi kitorang baru je 5 minit kat sini. ” bantah Beomgyu kesal. Yeonjun pantas menggeleng.

“ takpe, lepas rehat kita training lagi. ”

Beomgyu mengeluh. Nak taknak dia terpaksa akur dan mereka semua mula mengemas peralatan masing-masing. Setelah itu mereka beransur-ansur keluar daripada kelas dan tinggallah Yeonjun dan Hyera berdua disitu.

Hyera telan liur.
Terasa akward pulak, ehem.

“ sunbae tahu main basketball? ”

Kepala Hyera terus menoleh ke arah Yeonjun yang sudah berada dekat dengan jaring. Matanya berkedip lalu kepalanya digeleng.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now