CKBSK PT.2 / 24

130 43 92
                                    

yeonjun.c
seol noona dah ada dengan
sunbae ke?

dahi hyera berkerut membaca pesanan ringkas yang diterimanya daripada yeonjun, juniornya. dia pelik, macam mana yeonjun boleh tahu seol ada dengan dia?

ewah-ewah, junior zaman sekarang pun bahaya ek? wush.

hyera.kim
yup ada.
macam mana tahu?

T I N G !

wow, cepatnya balas.

yeonjun.c
noona minta tolong saya hantarkan
ke rumah sunbae tadi. tapi
taehyung saem cakap sunbae pergi
rumah seungcheol sunbae. tu yang
saya hantar noona ke sana.

hyera.kim
tapi saya tak nampak pun awak tadi?
seol je yang tiba-tiba muncul
sambil meraung.

yeonjun.c
dah tahu seol ada dengan sunbae
dah cukup okay untuk saya.
bye.

yeonjun.c offline

what . the . f*ck!

hyera memandang skrin handphone dengan pandangan yang tidak percaya. chat terakhir dari yeonjun buatkan dirinya bungkam.

wahh, tak sangka yeonjun dah pandai pulaukan dirinya selepas keluar date dengan seol sehari?

dasar lelaki!
ini semua salah HITMAN BANG!

eh, apa kaitan?

P A K !
“ akh! ” hyera terjerit apabila dahinya tiba-tiba sahaja dijentik oleh seseorang. dahinya digosok laju bersama wajah yang cemberut sebelum kepalanya mendongak.

choi seungcheol.
dasar unta benjol-benjol.

“ apa sunbae nie jentik-jentik saya. saya terlalu baik untuk dijentik. why you click click me like dad? ” ujar hyera dengan sebal.

seungcheol pula sudah tergamam.

click click me like dad?
sah hyera perlukan kelas tuisyen english sekarang nie. kalah english seungkwan.

“ kau pergi kedai jap, belikan panadol untuk kawan kau. tiba-tiba pulak badan panas. panadol pulak dah habis. nampak sangat rumah aku tak terima tetamu macam korang. dah pergi! ” halau seungcheol dengan selamba.

kaki hyera ditendang-tendang sebelum bahu hyera ditolak agar gadis itu bangun dan melakukan apa yang disuruhnya.

hyera cemberut. “ sunbae tak pernah layan saya dengan baik. saya penat tau nak buat baik dengan sunbae, tapi sunbae selalu abaikan saya. ” hyera cebirkan bibirnya, acah sendu sebelum dia berbaring di atas lantai dengan air mata palsu.

seungcheol gelengkan kepala.

alangkah bagusnya kalau dia sendiri je kat rumah. mesti dia dah terbongkang tidur dalam bilik, takpun video call dengan suyeon sampai malam. hmm.

“ kau pergi kedai lepastu balik nanti aku masakkan kau spagetti telur puyuh. ”

“ BETUL NIE SUNBAE?! ” hyera dah mula teruja.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now