CKSBK PT.2 / 04

178 44 114
                                    

Malam itu ...

TOK! TOK! TOK!
KREKKKK, pintu bilik dibuka.

“ dik, kau ada tetamu. ” ujar Taehyung bernada malas kepada Hyera yang sedang makan di dalam tandas. Pintu tandas yang dibuka menampakkan entiti mistik yang sedang makan megi diatas mangkuk tandas.

Taehyung geleng kepala. Macam takde dapur je adik dia nak makan.

“ hahe huuu? Hahap hat hia heya hehah hahan. ”
( sape tu? Cakap kat dia Hyera tengah makan. )

“ kawan-kawan adik laa. Dokyeom, Dino dengan Seol. ”

WHAT?! habis tercekik Hyera mendengarnya. Mangkuk tandas terus dibuka lalu dia membuang sehelai megi yang tersisa lalu di flush. Setelah itu dia berlari mendapatkan abangnya.

“ Dokyeom? Dokyeom ada sekali? ”

Taehyung mengangguk. “ oh ya, diorang suruh adik bawak torchlight. Katanya nak bawa pergi tempat rahsia. ”

Hyera terkedu.

Tempat rahsia?
Tempat semalam ke?

“ o-okay. ”

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

Hyera melangkah laju menuju ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu dihadapan pagar. Torchlight ditangan digenggam kemas, tak mahu dilepaskan.

“ nak pergi mana nak pergi mana? ” soal Hyera eksaited sambil tubuhnya melompat-lompat seperti anak kecil. Wajah setiap rakannya dipandang teruja.

“ entah, Dokyeom tiba-tiba ajak. Katanya dia dah tak mampu nak simpan rahsia. ” terang Dino sambil mengunyah petai yang dibawanya dari rumah.

Tadi masa Dokyeom datang rumah, dia tengah makan dengan keluarganya. Disebabkan dia masih lapar, jadi dia bawak petai dan makan disepanjang jalan. Untuk kudap-kudap katanya.

Hyera mencebik. Matanya berkedip dua kali lalu kepalanya menoleh memandang Dokyeom. Dan tak sangka, pada waktu itu Dokyeom juga sedang menoleh ke arahnya.

DUPP- tubuh Hyera kaku. Wajah Dokyeom yang sedang tersengih dipandang dengan mata yang menjegil.

“ k-kau kenapa Kyeom? ” soalnya terketar-ketar. Dia rasa kekok, lagi-lagi tatkala terkenangkan memori hitam dimana Dokyeom meluahkan perasaan kepadanya.

Akward.

“ ana janji, selepas ana tunjuk benda nie pada anti, ana akan terangkan segala-galanya. ”

Dahi Hyera terus berkerut. “ maksud? ”

“ ana tidak suka sama anti sebenarnya, ana buat semua tu untuk kebaikan anti juga. ”

“ haa? ” Hyera makin tak faham.
Nampak gayanya Dokyeom dah mula bercakap keling.

“ tidak mengapa, anti ikut sahaja ana dan ana akan tunjukkan pada teman-teman ana bertapa bahayanya dia. ”

“ dia? ” serentak Hyera, Dino dan Seol menyoal. Wajah mereka terserlah riak blur.

Sape dia?

Dokyeom sekadar tersenyum. Lengan Dino ditarik lalu dia membuka laluan untuk Hyera dan Seol supaya jalan terlebih dahulu. Gadis-gadis itu akur.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now