CKBSK PT.2 / 02

195 46 89
                                    

Suatu hari, malam berasap ....

Aaauuuuuuuuuuuu ...

Nyitnyitnyitnyitnyitnyitnyit ...

Meowwwwwwww ...

HuawuuuHuawuuHuawuu ...

PRUT!

“ EH ANJIR, KAU KENTUT PAHAL SETAN! ” jerit Seol dengan lantang sambil dirinya dijauhkan dari Hyera yang tiba-tiba sahaja membuang gas beracunnya.

Hyera berdecit geram. Lengan Seol ditarik lalu dipeluk agar temannya itu tidak melarikan diri lagi.

Sesungguhnya mereka sedang melakukan misi, dan misi ini sangat sukar untuk mereka laksanakan.

Ianya MISI SKODENG DOKYEOM.

Tadi kat group chat NAIMFANS yang diahlikan empat sekawan masuk ayor iaitu Hyera, Seol, Dino serta Dokyeom ada mengutarakan hasrat untuk ngedate dibawah bulan dan makan kepci dibelakang 7E. Tapi entah mengapa Dokyeom kata ada hal pulak dan tak dapat join plan tu.

Jadi dengan itu, Hyera dan Seol dah rancang nak skodeng Dokyeom dan tengok apa lelaki tu nak buat. Dino kejap lagi baru datang. Katanya nak tunggu tenggiling jiran beranak dulu.

“ weh weh weh, Dokyeom dah keluar! ” kalut Hyera sebaik sahaja kelibat Dokyeom yang lengkap berpakaian serba putih keluar daripada rumahnya. Diatas kepala ada kopiah, dan ditangannya pula ada torchlight.

Ya Allah, apasal nampak hensem ngat-ngat nie wehh?

“ aku rasa dia nak pergi masjid laa. ” ujar Seol sekaligus mematikan langkah Hyera yang sudah bersedia untuk mengekori Dokyeom.

Hyera toleh pandang Seol.
“ aku tahu kau bodoh Seol, tapi tolong simpan bodoh kau tu untuk anak kau sebab masjid tak bukak pukul 12 nie. Subuh nanti baru bukak. ”

Seol terus tepuk dahi. Ya tak ya jugak. “ haa jom follow, jommm. ” tangan Hyera terus ditarik oleh Seol lalu mereka berjalan terkedek-kedek mengekori langkah Dokyeom yang semakin hilang di dalam kegelapan.

Elok je baru separuh mereka berjalan, tiba-tiba ada jembalang menegur disebelah.

“ dia nak pergi mana tu? ”

“ ARGHHHHHHHHHHHHHH!!! ” Hyera dan Seol TERjerit serentak apabila wajah Dino menghiasi kornea mata mereka. Mata Dino terbuntang. Belakang tubuh Dokyeom dipandang sekilas lalu dia menolak tubuh Hyera dan Seol ke tepi dan bersembunyi dibelakang pokok pisang.

Dokyeom yang pada ketika itu palingkan tubuhnya sudah mengerutkan dahi. Kepalanya yang tidak gatal digaru bersama perasaan yang aneh.

Tak silap aku ada bunyi orang menjerit tadi. Getusnya dalam hati.

Kawasan Dino, Hyera dan Seol tadi disuluhnya. Bibirnya diketap lalu perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke arah tersebut. Dino yang perasan tindakan Dokyeom sudah berpeluh dahinya. Dia menelan liur lalu ...

“ GOOFF GOOFF, GOOF GOOF! ”

Tubuh Dokyeom terpempan. Dia kemudian menarik nafas lalu dadanya diusap lembut. “ anjing Sajat rupanya. ” gumamnya. Setelah itu dia kembali meneruskan langkahnya yang tergendala tadi. Dino, Hyera serta Seol sudah melepaskan keluhan lega.

Nasib baik tak kantoi.

“ apesal korang jerit? ” marah Dino sambil bahu Hyera ditolaknya kasar. Dia bengang.

Kalau kena tangkap tadi, sia-sia je dia dah bersiap ala-ala James Bond sebab nak skodeng Dokyeom. Cis.

Hyera menggulingkan matanya. “ kau nie kut ye pun muncul bagilah salam dulu. ”

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now