CKBSK PT.2 / 03

189 42 78
                                    

“ JOSHUA OPPA, FIGHTINGGGGGG!!! ” jerit Hyera dengan kuat sambil tangannya melambai-lambai ke arah Joshua yang sedang melatih para junior yang telah terpilih untuk menggantikan mereka.

Joshua senyum kecil. Dia mengambil bola diatas lantai lalu berjalan ke arah kumpulan kecil yang sudah terbentuk ditengah gelanggang. Setelah itu bola tersebut dibaling ke arah salah seorang pelajar junior disitu.

TAP! bola itu ditangkap kemas.

“ kau bakal kapten tahun depan kan? ” soal Joshua bernada dingin. Pelajar junior itu jeda seketika. Bibir bawahnya digigit lalu kepalanya diangguk.

Senyuman sinis terbit dibibir Joshua. “ kau handal ke? ”

“ haa? ”

“ lelaki blur tak layak jadi peganti Sebong. ” hambur Joshua tegas. Senyuman sinisnya sudah digantikan dengan wajah yang ketat, langsung tiada kelembutan pada wajahnya.

Pelajar junior itu diam. Bola ditangannya dimain-main sebelum ianya dirampas kasar oleh Joshua. Dirinya tersentak.

“ lelaki yang tak serious macam kau tak layak untuk jadi peganti Sebong. Bahkan, title kapten pun kau tak layak pegang. ”

Riak wajah pelajar junior itu berubah. Wajah ketat Joshua tetap dipandang meskipun lelaki itu masih menyalurkan satu pandangan yang membunuh kepadanya. Rasa gemuruh yang bertandang cuba diabaikan.

“ siapa nama kau? ”

“ saya- ”

“ LUPAKAN! AKU TAKNAK TAHU! ” bola ditangannya terus dicampak kasar ke arah kepala pelajar junior itu. TAP! kuat dan keras bunyinya.

Pelajar junior yang lain sudah ternganga mulut mereka. Wajah pelajar yang malang itu dipandang sayu. Mereka rasa simpati. Dan pada masa yang sama, mereka rasa marah juga kerana kapten mereka dilayan seperti sampah oleh Joshua.

Mereka rasa maruah mereka telah dipijak-pijak oleh senior itu.

“ kau bakal jadi kapten kan? Jadi tunjukkan pada aku kenapa kau dipilih sebagai peganti kapten Sebong. Tunjukkan ... ” sinis Joshua sambil kakinya mengundur beberapa langkah ke belakang. Setelah itu kakinya bersedia untuk memulakan perlawanan.

Ianya perlawanan solo antara dirinya dan juga pelajar junior yang menjadi kesayangan Jungkook Saem sejak kebelakangan ini.

Kiddo.

Hyera yang menyaksikan aksi Joshua dari tempat penonton sudah menjerit sambil melompat-lompat seperti beruk. Dia rasa Joshua sangat macho mengenakan jersi basketball, rasa macam bulu ketiaknya menggigil kerana tergoda.

So cool.

“ eh minah, duduk diam boleh tak? Bising ahh kau! ” marah Seol yang sejak tadi tidak dapat menumpukan perhatian pada anak-anak ikan yang bertaburan ditengah gelanggang.

Macam-macam jenis ikan yang Seol nampak.

Ada ikan puyu, ada ikan sepat, ada ikan keli ... dan yang paling Seol berminat, ada ikan emas.

Cantik, dan menggemaskan. Aum.

Hyera jeling Seol menyampah. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi lalu tubuhnya berpaling ke tempat lain.

“ cakap je laa kau jeles Seungkwan tak pernah sarung jersi basketball kan? Set-set ikan buntat macam laki kau tu eloknya pakai jubah je. Pergi suruh dia pinjam jubah Dokyeom. ” ujar Hyera selamba. Seol yang mendengarnya sudah terbuntang biji mata.

“ KAU HINA LAKI AKU BEB? ”

“ MEMANG. TERIMA JE LAA FAKTA YANG LAKI KAU TU GEMUK, TAK MACAM JOSHUA SLIM JE. ”

“ TU BUKAN SLIM, TU NAMANYA KERING! LAKI AKU CUKUP MAKAN, PAKWE KAU TAK CUKUP MAKAN. HAAA HAMBIKKKKKKK! ” kepala Hyera terus Seol tolak kasar sebelum gadis itu berpindah ke kerusi dihadapannya. Bibirnya cemberut menandakan yang dia sedang marah.

Hyera terkedu. Rambutnya yang sudah serabai dibiarkan. “ Seol, kau marah aku ke? ”

“ DIAM! ”

“ Seol ... ”

“ DIAM! ”

“ tak, aku cuma nak cakap burung berak atas kepala kau HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA padan muka. HAMBIKKKKKKKKKKKKKKK! ” kini kepala Seol pula yang ditolak sambil dirinya ketawa terkekeh-kekeh tak ingat dunia.

Sementara itu ditengah padang, Joshua dan pelajar junior itu sudah bersedia untuk bertarung.

“ kapten- ”

“ DIA BUKAN KAPTEN LAGI, YANG KAU NAK PANGGIL DIA KAPTEN KENAPA?! ” sergah Joshua sekaligus mematikan kata-kata pelajar itu. Wajah pelajar junior dihadapannya dipandang sinis. “ kau dah bersedia? ”

Pelajar junior itu hanya diam. Riak wajahnya kekal tenang walaupun Joshua sudah melakukan perang psikologi ke arahnya. Dia masih boleh mengawal perasaan gemuruhnya dari dihidu oleh pihak lawan.

“ dalam kiraan tiga ... ” salah seorang pelajar junior yang diminta menjadi pengadil bersuara.

Joshua memandang lawan dihadapan sinis, manakala pihak lawan masih mengekalkan wajah tenangnya.

“ satu ... ” Joshua sudah bersedia.

“ dua ... ” peluh dari dahi pelajar junior itu menitis membasahi pipi.

“ tiiii .... GA! ” PREEETTTTTTT, wisel dibunyikan.

Dengan penuh ketangkasan, Joshua terus mencapai bola di atas lantai dengan bergaya sekali. Pelajar junior yang menjadi lawannya terkedu. Bibir bawahnya digigit lalu dia mengejar tubuh Joshua yang semakin hampir dengan jaring dan SAPPPP- bola itu dirampas dengan mudah olehnya.

Kali ini giliran Joshua pula yang terkedu, tetapi selepas itu bibirnya mula mengoyak senyuman sinis. Dengan langkah yang licik dia pergi mendekati pelajar junior itu dan kakinya terus menendang betis pelajar itu sehingga terjatuh pelajar itu dibuatnya.

Pelajar-pelajar junior yang menjadi penonton ditepi gelanggang sudah tidak keruan. Tubuh kapten mereka yang sudah tersungkur diatas gelanggang dipandang dengan perasaan yang risau.

Joshua sengih. “ ini ke bakal kapten tu? Cis. ” pipi pelajar junior itu ditampar perlahan lalu dia membawa bola tersebut ke jaring yang menjadi titik pengakhirannya.

Pelajar junior itu merengus kasar. Segera dia berdiri lalu dia berlari pantas mendapatkan Joshua sebelum BUKKKKK- perut Joshua disiku keras olehnya.

Hyera yang menjerit ditempat penonton sudah terdiam. Tubuhnya kaku melihat Joshua yang sudah rebah diatas gelanggang. Setelah itu matanya naik perhatikan wajah pelajar junior tersebut.

Tak guna.

Pelajar junior itu merampas bola ditangan Joshua lalu ZAPPP- jaringan berjaya dilakukan.

“ YEAYYYYYYYYYY!!! ” pelajar-pelajar junior ditepi sudah bersorak kegirangan. Mereka berseronok meraikan kemenangan kapten mereka tanpa menghiraukan senior mereka yang sudah terbaring di atas gelanggang.

Padan muka, cabar lagi.

Pelajar junior itu menoleh memandang Joshua. Kakinya kemudian perlahan-lahan mara mendekati seniornya itu lalu dia bertenggong dihadapan lelaki itu.

“ sunbae okay? ” soalnya datar.

Joshua ketap bibir. Soalan pelajar itu tidak dibalas, malah hanya jelingan tajam sahaja yang diberikan.

“ saya hormatkan sunbae, tapi sunbae yang paksa saya untuk tak hormatkan sunbae. Jadi jangan salahkan saya. ”

“ diam. ”

Pelajar junior itu senyum nipis. Dia berdiri dan sudah berura-ura untuk meninggalkan kawasan itu, tetapi langkahnya tiba-tiba mati tatkala dia teringatkan sesuatu. Nafas panjang ditarik lalu tubuhnya berpaling menghadap Joshua.

“ sunbae nak tahu nama saya? ”

Joshua diam. Matanya masih tajam menikam wajah pelajar itu. Dia benci.

“ saya Yeonjun. Choi Yeonjun.

─────────────────────
- TBC -

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now