CKBSK PT.2 / 11

209 48 125
                                    

GRRR -
Cuasa sejuk, tapi badan Seol berpeluh tika ini.

FUHH -
Tak selesema, tapi nafas tersekat-sekat.

GULP -
Berdua dengan Seungkwan, dan hati dia berdebar.

Tubuh Seol hanya kekal tegak dihadapan TV dikala dia dan Seungkwan sedang menonton drama bersama-sama. Vernon serta kedua ibu bapanya tiada. Katanya nak pergi makan laksa kat Malaysia dan akan pulang dimalam hari.

Eh, cemane tu?

Ah lantak, malas Seol nak fikir. Yang dia harus fikirkan saat ini, Seungkwan.

Seungkwan tak buat pape, TAPI APAHAL DIA SHAKING NIE? ARGHHHHH.

“ air. ” ujar Seungkwan tiba-tiba. Mata Seol terbeliak. Dia menoleh memandang Seungkwan dengan tubuh yang menggigil.

“ ya? ”

Dahi Seungkwan berkerut. Tubuh isterinya yang menggigil dipandang pelik sebelum dia menghulurkan mug kosong miliknya. “ air dah habis, tolong buat lain. ”

“ ohh, okay. ” cepat-cepat mug ditangan Seungkwan diambil lalu dia berlari laju menuju ke dapur.

Seungkwan terpinga. Tubuhnya berpaling sedikit untuk melihat ke arah dapur bersama seribu kedutan di dahi.

Apahal tu?

Di dapur Seol sudah tak senang duduk. Mug milik Seungkwan diletakkan diatas meja lalu kakinya berjalan mundar-mandir mencari ketenangan. Nafas panjang ditarik dan dihembus.

“ relaks Choi Hanseol ... diatu suami kau, yang kau nak gelabah nie dah kenapa setan. Bukan kau jugak ke yang selalu berdoa ada masa berdua dengan laki kau. Bila dah berdua YANG KAU SHAKING NIE DAH KENAPA!!!!!! ” Seol terus menghentak-hentak kepalanya diatas meja. Rengekkan kecil terbit keluar daripada mulutnya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar pula.

Arghhhhhh, nervousnya.

“ SEOL, MANA AIRNYA? ” jerit Seungkwan dari ruang tamu. Tubuh Seol terus menegak.

“ ahh ya, coming! ” mug Seungkwan terus dibawa ke kaunter dapur. Balang yang berisi serbuk susu, serbuk kopi serta serbuk teh dipandang seketika.

“ nak bancuh apa ek? Susu? ” balang berisi serbuk susu dipegang. “ NONONO, laki aku dah cukup sihat untuk minum susu. Erm, kopi? ” kini balang berisi serbuk kopi pula dipegang. “ tak jugak, nanti dia terlalu bertenaga dan sampai ke sudah nak tengok TV. Teh? Oh, okay teh. ”

Tanpa menunggu lama Seol terus membancuh air teh dengan segera. Dan dikala dia mahu memasukkan gula, tiba-tiba tips memikat suami daripada Hyera berlayar diingatannya.

kau nak Seungkwan pandang kau kan? Kalau kau nak Seungkwan pandang kau, kau kena letak ***** dalam air dia. KONFIRM BEB, DIA AKAN PANDANG KAU DENGAN MATA YANG MEMBESAR.

GULP -
Seol menelan liur. Bekas berisi gula diletakkan ditempatnya semula lalu pandangan matanya teralih pada sesuatu dihujung kaunter dapur. Serta-merta sengihan nakalnya terukir.

Okay baby, it's show time!

⊱⋅ ──────────── ⋅⊰

“ nah. ” Seol menghulur mug hitam ditangannya kepada Seungkwan. Seungkwan menyambut huluran tersebut. Wajah isterinya dipandang lalu satu senyuman manis diberikan.

“ thanks. ” ujarnya.

Seol sengih. “ you're welcome. ” punggungnya kemudian dilabuhkan disebelah Seungkwan sambil anak matanya ralit perhatikan mug hitam ditangan Seungkwan. Sambil tu bibirnya mengukir senyuman nakal.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now