CKBSK / 25

401 93 105
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
25
——

" silakan minum puan .. "

" eishh ape pulak puan, panggil je saya Shina. Boo Shina. Gashina Gashina. "

Pn.Choi ketawa dengan jenaka yang dibuat Pn.Boo, kelakarnya.

Huii anda semua, gelak laa sekali.

Pn.Boo mengambil secawan air teh lalu dihirupnya dengan penuh kenikmatan, Pn.Choi yang melihatnya sudah bahagia.

Mana tidaknya, teh uncang pun dia pergi seludup kat rumah sebelah disebabkan kat rumah dia sudah ketandusan teh dan kopi. Nasib baik laa Taehyung baik dengan memberi sedekah dua uncang teh lipton.

Baik kan Taehyung? Haa sila meminang dia dengan segera, dia masih single.

" erm kalau boleh saya tau .. ape ye hajat Shina kemari? Kalau kata nak adakan perjumpaan Datin Datin, saya bukannya Datin pun. "

Soal Pn.Choi kehairanan. Yelaa, Puan Shina nie Datin, dan dia juga merupakan ahli perniagaan paling kaya di Korea, tetapi malangnya dia sudahpun bergelar janda.

Pn.Boo tersenyum lalu duduk menghampiri Pn.Choi. Peha Pn.Choi ditampar perlahan.

" saya dengar Seungkwan anak saya yang debab tu selalu kesini ye? "

Pn.Choi mengangguk.

" dia selalu makan kat sini? "

Sekali lagi Pn.Choi mengangguk.

" tidur sini? "

" hmm yang tu belum lagi, sebab bila saya ajak Seungkwan tidur sini dia pasti menolak. Katanya tak manis memandangkan saya ada anak perempuan. "

Pn.Boo sudah tersenyum penuh makna disitu. Gelang emas ditangannya dihayun ke udara seperti sedang mengipas mukanya, padahal nak tayang barang kemas je.

Pn.Choi yang sudahpun tergamam hanya mampu beristighfar .. dia sedor yang laki dia tak mampu nak beli gelas emas besor besor macam tu, setakat emas korea 20 hengget mampu laa.

" saya datang sini ada hajat. "

Dahi Pn.Choi berkerut. " apa hajatnya? "

" hujung minggu nie saya nak ke Australia, saya nak kahwin dengan mat salleh. " terang Pn.Boo. Sempat lagi dia melakukan dab disitu, Pn.Choi hanya mampu tersengih.

Pelik benar perangai mak Seungkwan ye.

" jadi apa masalahnya? "

" hmm gini, disebabkan saya dah nak blah dari Korea, saya cadang nak campak laa anak saya kesini. Boleh ke idok? "

Uagsiwshsjysbsjsjs
Apakah yini?

" err boleh tu memang laa boleh, tapi Seungkwan nak ke? Yelaa rumah nie kecik je, dan dia sudi ke nak sebilik dengan Vernon? Rumah nie dah takde bilik kosong, kalau ada pun stor. Tidur kat stor ye? "

Pn.Boo sudah ketawa terbahak bahak disitu. Semua yang dia nampak dan dengar amat kelakar baginya.

Haa maghi ... maghi kita jadikan Boo Shina sebagai role model kita. Ingatlah, senyuman itu satu sedekah. Dan ketawa itu satu hiburan.

" siapa cakap dia sebilik dengan Vernon? "

" dah tu? "

" dengan Seol laa. Saya dah plan nak kahwinkan Seungkwan dengan Seol esok, alang alang cuti kan. "

" dahekkk!! Ahh takde takde, saya dah rancang nak kahwinkan Seol dengan Taehyung, jiran saya yang baik sebab selalu bagi teh uncang. "

" Seungkwan boleh bagi lebih daripada tu. " kata Pn.Boo untuk meyakinkan Pn.Choi, sambil tu gelang emas ditangannya sengaja ditayang kat depan muka Pn.Choi.

Semakin tidak keruan Pn.Choi dibuatnya.

-
-
-

" alololololo Eunbyul, muka kenapa merah nie? " soal Dino sambil tangannya ligat mengemaskan rambut Eunbyul yang sudah kusut. Bibir Eunbyul dicebik.

" lapar .. "

" alololo lapar ye? Nak cendol? "

Eunbyul mengangguk. " nak cendol, laparrr .. "

" alalala meh kita minum cendol ye? " Dino memaut lengan Eunbyul lalu berjalan beriringan menuju ke gerai cendol yang berdekatan.

Seol, Hyera, Saehyun dan Dokyeom di belakang mereka sudah membuat muka meluat. Eyy geli.

" hey bini bini ana dan adik ana yang dikasihi, sejak bilakah mereka berdua official? "

Dokyeom memandang wajah tiga gadis disebelahnya dengan wajah tenuk yang sememangnya sudah dia miliki sejak lahir. Seol mengangkat bahu.

" aku pun jadi tertanya tanya, bila diorang kapel? "

Hyera menyilangkan tangannya di dada. Matanya masih lagi fokus pada Eunbyul dan Dino yang kini sedang menyanyi lagu 'Disana Cinta Disini Rindu' oleh Tajul dan Wany Hasrita.

Hatinya meluat, tapi perasaan jeles lebih besar dari perasaan meluat. Maka bermula laa angan angan diantaranya dengan BangShua di lautan pasifik.

" hey .. BabyRa doo doo doo doo doo doo, BabyRa doo doo doo doo doo doo, BabyRa doo doo doo doo doo doo BabyRa. "

" BangShua doo doo doo doo doo doo, BangShua doo doo doo doo doo doo, BangShua doo doo doo doo doo doo BangShua. "

" ILikeyou doo doo doo doo doo doo, ILike you doo doo doo doo doo doo, ILikeyou doo doo doo doo doo doo ILikeyou. "

" ILikeyouToo doo doo doo doo doo doo, ILikeyouToo doo doo doo doo doo doo, ILikeyouToo doo doo doo doo doo doo ILikeyouToo. "

"MarriedAtLast doo doo doo doo doo doo, MarriedAtLast doo doo doo doo doo doo, MarriedAtLast doo doo doo doo doo doo MarriedAtLast. "

" hoi!! Kau nak jatuh longkang dah woi!! "

Lamunan Hyera serta merta terhenti apabila suara nyaring Saehyun menyedarkannya. Fuhhh nasib baik cepat sedar, kalau tak dah lama tertiarap dalam longkang.

" halamak wehh, yitu Suyeon sunbae dengan Seungcheol sunbae kan? "

" maigaddd, mereka boleh dated lepas apa yang berlaku kat sekolah tadi. "

" masyaAllah. "

" ucukkkk, laparrr .. nak cendol. "

- TBC -

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin