CKBSK / 31

424 88 195
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
31
——

| Seol POV |

Lepas je pulang dari sekolah aku terus berkurung di dalam bilik, panggilan dari omma untuk meminta aku makan tengah hari bersamanya aku abaikan.

Masih terngiang ngiang di ingatan aku reaksi Seungkwan apabila mendapat panggilan dari seseorang tadi. Wajahnya tampak .. agak kurang selesa, dan dia seolah olah sedang menyembunyikan sesuatu dari aku.

Tapi aku tak tau apa yang dia sembunyikan.

Awalnya aku mahu bertanya, tapi dia pantas mematahkan niat aku tu dengan menyuruh aku pergi ke court basketball untuk melihat perlawanan Vernon. Dahekkk. Macam tau tau je aku nak tanya dia soalan.

Dan lepas tu laa aku nampak pergaduhan diantara Mingyu dengan Joshua kat court.

Bruhh,

Nak angkat Hyera ke bilik sakit pun kena bergaduh ke? Macam budak budak laa.

Aku tengok muka Sekop tadi pun macam dah fedup dengan team dia perangai macam tu.

Gaduh bagai nak rak, tapi last last Wonwoo jugak yang angkat. Maklum laa, dia taknak kes makin panjang, hal nak angkat Hyera ke bilik sakit je pun. Haihh.

Untung Hyera ramai laki minat dia. Aku? Hmmm, harap si Sungwoon tu je.

Ehh wait!! Kenapa aku dah tak nampak Sungwoon? Dia dah pindah ke?

KREKKKK!!!

Serta merta pandanganku teralih ke arah pintu bilik yang dikuak dari luar. Bibirku mencebik apabila wajah Seungkwan muncul di sebalik pintu tersebut.

Seungkwan masuk ke dalam bilik lalu meletakkan beg sekolahnya di atas meja belajar sebelum mencapai tuala dan seterusnya bilik air ditujunya.

Taik, pandang laa muka aku woii!! Aku tau laa muka aku cam hanat, tapi sekurang kurangnya pandang laa. Tacing hati gegirl.

BEEP BEEP.

Pandangan aku kini teralih ke arah beg sekolah Seungkwan apabila bunyi phonenya yang berdering menarik perhatianku.

Aku tau benda nie privasy, tapi .. aku rasa curious dengan dia. Macam mana budak debab macam dia boleh berbalas text dengan seseorang?

Fuhh lekk Seol, think positive please.

Mana tau kat luar tu berlambak yang minat Seungkwan. Perempuan zaman sekarang tak pandang muka, diorang pandang poket je.

Hmmm, laki aku tu kaya orangnya. Agak agak dia ada perempuan lain tak?

BEEP BEEP.

Kesialan berterusan. Dia berbunyi lagi.

Oke aku rasa tak salah kut. Aku kan bini dia, takkan laa dia nak marah.

Baiklah everybadehhhh, maghi kita selongkar phone dak buntat. Haa maghii.

Aku turun dari katil perlahan lahan lalu menuju ke arah meja belajar. Zip beg dibuka dan phone Seungkwan mula ku cari.

Cari punya cari .. Uyeahhhh, dapat.

Aku terus menekan punat di tengah tengah dan phonenya mula bersinar dek cahaya dari skrin. Bahagia hidup aku, phone dia takde password. Huhuhu.

Hanat siaaa, wallpaper gambar dia ngan Benon. K takpe, aii redha.

21 mesej, dari 2 kenalan.

Bapak ahhh, pemesnye.

Tanpa membuang masa aku terus membuka mesej mesej tersebut, bunyi aliran air dari bilik air jelas menunjukkan yang Seungkwan masih mandi. Line clear.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now