CKBSK / 13

397 97 86
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
13
--

" Bangunnnnnnnn!! Terima kasih chikgu!!!! "

Pelajar pelajar kelas 4D mula berpusu pusu keluar setelah Chikgu Jimin selamat melangkah keluar dari kelas dengan cerianya.

" Yeom jom kafe sekolah. "

Ajak Dino sambil mengemas buku bukunya yang berselerak di atas meja. Dokyeom menggeleng.

" ana mahu ke kelas 3A, ana mahu skodeng ana punya adik. Ana tidak tahu kenapa tapi hati ana dup dap dup dap daripada tadi, sepertinya ada sesuatu yang menimpa adik ana. MasyaAllah, hindarkan laa adik ana dari godaan syaithan yang direjam. Kergh kerghhh!! Plawok plawokkk!!! "

PPAKKK!!

" akh!! "

" pebenda kau mengarut setan? "

Soal Dino selamba, tangannya yang kepedihan gara gara memukul kepala Dokyeom dia tahan, acah gentle gitu.

" ana abang mithali, tidak seperti anta .. "

" aku nak jadi abang mithali macam mana? Adik pun aku takde. "

Dokyeom derp.

" halo halo halo Lee Chan dan juga Ustaz Dokyeom Habibi Al-Farokh Lee. Maghi laa kita bersama sama ke kafe sekolah, hari ini hari lahir Jeon Wonwoo sunbaenim, haa maghi kita melantak sesama. Haa maghi. "

Ajak Hyera sambil menarik narik lengan Dino, Seol di belakangnya hanya memerhati, tak terlintas pun nak masuk campur. Haram.

" astaghfilrullahaladzim Kim Hyera, menyentuh kulit lelaki yang tiada pertalian darah itu HARAM, apa anti ada feeling feeling sama ini lelaki? "

Hyera menggeleng.

" MasyaAllah, tiada feeling pula tu. Begini laa anak muda, begini laa. Permulaannya menyentuh seperti ini laa, lama lama ... astaghfilrullahaladzhim ana tidak mampu meneruskan perbualan ini. Ana tidak mahu kepala ana dicemari dengan perbualan kotor seperti ini. Astaghfilrullah. "

Dokyeom menyeka air matanya dengan menggunakan hujung kemeja sekolahnya, dadanya dipegang.

" ana kecewa, sudah tiga tahun ana menjadi ustaz dan beri ceramah pada semua orang, tapi tiada satu pun yang berubah. Mengapa anak muda, MENGAPA? kecik hati ana .. "

Dokyeom berdiri lalu melangkah keluar dari kelas dengan sedihnya, tidak dilupa juga kopiah disarungkan di kepala serta tasbih ditangannya. Subhanallah.

" Dokyeom piyed ehh? "

Soal Hyera polos. Dino mengangkat bahu.

" no komen. "

-
-
-

Seol berjalan di sepanjang jalan koridor sekolah dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia sedang mencari Seungkwan.

Tadi sewaktu majlis hari jadi Wonwoo di kafe sekolah Seungkwan telah dihina oleh Rohee, anak Cik Piah jual tong gas tu.

Ada ke patut Rohee paksa Sebongs singkirkan nama Seungkwan dalam kumpulan Sebongs. Katanya Seungkwan tak layak sebab Seungkwan tak hensem. Bana anda.

Bagi dia mungkin Seungkwan tak hensem, tapi bagi Seol Seungkwan adalah lelaki terhensem di dunia. Kalah Kim Taehyung dari BTS.

Dan disebabkan itu Seungkwan pergi dari kafe walaupun majlis tu belum tamat. Rohee sungguh menyakitkan hati, cis.

" mana pulak Seungkwan nie, haihhh. "

Seol mencekak pinggang sambil perhatikan kawasan sekeliling. Sekarang dia berada di taman sekolah, dan dia benar benar berharap yang Seungkwan ada disitu memandangkan sudah semua tempat dia mencari tapi malangnya tiada.

" haihhh, harap je badan besar tapi bila nak mencari susah jugak!! Menakjubkan betul."

Baru sahaja Seol mahu beredar tiba tiba matanya tertangkap satu susuk tubuh yang sedang menyandarkan tubuhnya pada sebatang pokok disitu. Perlahan lahan bibir Seol mengukirkan senyuman.

" gotcha! "

Seol mula mendekati susuk tubuh tersebut, setibanya dia disitu mulutnya melopong.

" Ha Sungwoon? "

-
-
-

" hiks!! hiks!! "

Seungkwan menutup wajahnya dengan menggunakan tangan apabila dia terkenangkan kata kata hinaan dari Rohee tadi.

Memang laa apa yang dikatakan Rohee itu benar, tapi dia kena tahu semua manusia di dunia ini mempunyai perasaan termasuklah diri Seungkwan sendiri. Sekarang apa nak buat, Seungkwan dah tacing.

" Kwan benci dia makk, dia hina Kwan. Apa, dia ingat Kwan buntat macam nie Kwan takde hati perut laa. Sekurang kurangnya Kwan tak fake okeyh, Kwan tak buat surgery macam diatu. Bibir besar nak sama macam Angelina Jolie konon, huduh tahu tak!! "

Seungkwan menghentak hentak kakinya di atas tanah geram, tisu ditangannya dirobek robek lalu dicampak ke belakang.

" eyyy, kau belum tahu siapa Boo Seungkwan!! Kalau aku jadi Boo SeungKwan bebetul mampus kau nak lawan. "

Bebel Seungkwan. Pipi tembamnya ditepuk tepuk bagi menghapuskan air matanya yang mengalir tadi. Habis mekap dia cair.

" meluat aku jadi baik, asyik kena hina je. Kau tunggu aku jumpa Sajat pastu beli bengkung dia. Nanti bila dah kurus, dah hensem, kau datang nak mengorat aku, huh!! Sorry to say, orang gojes macam aku tak layak dengan anak jual tong gas. "

" hai .. boleh berkenalan. "

Seungkwan pusing ke belakang apabila dia ditegur oleh seseorang. Matanya mengecil.

" hai saya Lee Saehyun .. "

Gadis itu memperkenalkan diri.

" err ... hai saya ... "

" ana Dokyeom Habibi Al-Farokh Lee, abang dia. Mengapa ye anta ganggu adik ana? Atas urusan apa? "

Celah Dokyeom tiba tiba. Seungkwan memandangnya pelik.

" Dokyeom ... kau ada adik? "

- TBC -

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now