CKBSK / 26

397 90 101
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
26
——

" takmo!! "

" halah halah Seol, maafkan laa sunbae. Tadi tu sunbae tak sengaja tertolak Seol, sorry ye? "

" takmo!! SEOL TAKMO KAWAN SUNBAE!! SUNBAE JAHAT!! "

Seungcheol menggaru kepalanya yang tidak gatal, wajah Suyeon kekasih hatinya yang sedang melihat dipandang sekilas.

" Seol, sunbae ikhlas nie minta maaf. "

" takmo!! Seol takmo kawan sunbae. Sunbae hodoh, Seol alergik berkawan dengan orang hodoh!! Huh!! "

" uishh ana disini terasa. " celah Dokyeom sambil memegang dadanya, dia terasa.

Seol mengabaikan Dokyeom, dia masih dalam mood merajuk.

Pikir senang ke nak pujuk mutiara hati si Benon nie, haih.

" Seol .. "

" sunbae hodoh tak sesuai berkawan dengan saya, saya cantik dan seiras Ariana Grande. "

" beb, sape Ariana Grande. " bisik Hyera.

" aku tak tau, aku bila marah main sebut je. " balas Seol. Hyera ketawa paksa.

" alaaa sunbae pun hensem macam abang Seol jugak kan? " kata Seungcheol lagi, dia masih belum berputus asa.

Dia dah bertekad, selepas je Seol memaafkannya, dia akan pergi bertemu Vernon dan menyelesaikan masalah mereka dengan segera. Lagipun perlawanan basketball menentang WannaOne akan diadakan minggu hadapan.

Cakap pasal WannaOne apa laa agaknya khabar mereka di China.

Sebenarnya mereka sudahpun diminta pergi ke China pada hari kedua mereka di Thailand, mereka dikatakan akan mendapat tunjuk ajar dari jurulatih terhebat di negara itu. Dan itu sedikit sebanyak merisaukan Seungcheol selaku kapten basketball team Sebong.

" tak!! Sunbae tak hensem, abang saya lagi hensem. "

" yelaa yelaa abang Seol lagi hensem, puas? "

Seol tersengih. " opkoz abang saya hensem, tengok laa bapak dia. Leonardo dicaprio Choi, huhuhu. Dan lihatlah saya, muka saya macam tauhu lembik sebab muka saya macam mak saya, buahahahah. "

Seol mula ketawa senang hati sambil menampar bahu Dokyeom.

Dokyeom derp. Dia nampak sangat pasrah ketika ini.

" Seol maafkan sunbae ye? "

" NO!! "

-
-
-

" gud morning eomma, appa, oppa .. " tegur Seol mesra seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Vernon. Sarapan di atas meja dipandang dengan berselera sekali.

" wow, nampak sedap. "

Belum sempat Seol mahu melantak stu kimchi yang masih panas tiba tiba bapanya iaitu Leonardo Dicaprio Choi berdehem.

" ehem! "

" eo? Appa? Appa nak stu lagi ke, Seol cedokkan? "

En.Choi menggeleng lalu memandang wajah isterinya. Seol mula berasa pelik, dia juga turut memandang eommanya.

Matanya serta merta membulat apabila melihat lengan eommanya sudah sarat dengan barang kemas, dan yang pasti ... itu bukan emas korea berharga 20 hengget.

" eomma ... mana dapat gelang gelang tu? "

Pn.Choi terbatuk kecil dengan soalan yang diajukan Seol, dia pantas memalingkan wajahnya ke tepi, sesungguhnya hatinya tidak kuat untuk memandang wajah anak gadisnya itu ketika ini. Hatinya terasa nak pecah.

" hmm? Apesal semua lain macam harini? Appa? Oppa? "

Vernon memandang Seol sekilas lalu bangun dari kerusinya. " erm .. oppa nak bersiap, majlis lagi dua jam. "

" haa? Majlis ape? "

Mata Vernon terkebil kebil. Halamak terlepas cakap.

" majlis abang nak bersunat, abang nak kahwin dengan gadis islam. Alhamdulillah, ini semua berkat ceramah Dokyeom malam tadi, hati abang terbuka menerima hidayahnya. "

Selepas menuturkan kata kata tak boleh blah itu, Vernon terus melarikan diri ke biliknya. Dia sama seperti eommanya, tidak kuat untuk memandang wajah adiknya lama lama.

Seol semakin blur. Apa yang terjadi?

" seol .. "

Seol menoleh memandang En.Choi.
En.Choi tersenyum lalu membelai rambut anaknya lembut.

" nak keluar nanti jangan lupa pakai lipbalm perisa strawberi, bahagia Seungkwan dapat rasa nanti. "

" haa? "

" abaikan. Haa makan, tak lari pun Seungkwan tu. Hmm .. larat ke dia nak lari? "

Dahekkk.

-
-
-

" sunbae ... ape nie ape nie, huaaa ... "

Seungkwan hanya membuat muka redha apabila dirinya menjadi magsa pelukan oleh Hyera.

Ye Seungkwan tau dia debab dan tubuhnya sedap dijadikan bantal peluk, tapi ingatlah .. tubuhnya hanya untuk gadis yang sudah sah menjadi miliknya. Dan gadis itu Seol.

" sunbae .. kita kan kapel, mana boleh sunbae kahwin dengan orang lain. Alaa jangan laa jangan laa .. "

Hyera mula menangis macam orang gila sambil memeluk Seungkwan, tidak lupa juga kaki sebelahnya diangkat paras perut Seungkwan.

Hmmmm sedih sangat tu.

" kita kapel memain je pun, bukannya betul. "

" alaa tapi kalau sunbae dah tak kapel dengan saya, sape nak lanje saya makan nasi dagang? Saya tasuka pakai duit sendiri, duit saya tu saya nak guna beli album Seventeen. Haram jadah dah lama saya jadi Carat tapi satu album pun takdak, huaaaa ... "

Tangisan Hyera semakin menjadi jadi, hingusnya yang meleleh dia kesat pada hujung bajunya. Dia peduli apa, Seungkwan kata dia ada sediakan baju untuk Hyera masa majlis tu nanti. Al-maklum laa ... Hyera kan hoobae kesayangan Seungkwan.

" sunbae .... "

" hmm? "

" sunbae honeymoon nanti saya nak ikut tau, pastu saya nak tidur tengah tengah antara sunbae dengan Seol. Tak boleh tidur berdua sunbae, bahaya ~~ Seol masih muda, dia ada lagi dua tahun sebelum habis sekolah. "

Seungkwan speechless disitu.

- TBC -

Typo? Abaikan .. 😂

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin