CKBSK PT.2 / 05

185 47 150
                                    

Mulakan harimu dengan senyuman yang ceria ...

Dokyeom melangkah masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan siap berjubah, berkopiah, dan bertasbih ditangan. Para peminat yang sudah bersedia mahu menyambutnya didalam pagar dipandang kosong.

“ oppaaaa!! ” seperti biasa, Johee adalah peminat pertama yang akan menegurnya.

Dokyeom beristighfar perlahan. Matanya terpejam rapat disaat dia melihat kaki Johee yang terdedah memandangkan gadis itu memakai seluar pendek untuk sesi PJK. Dadanya diusap lembut.

“ masyaAllah anti Kim Johee adik kepada Kim Rohee, mengapa dikau memakai pakaian seperti ini haa? Apakah anti sudah yakin tempat anti diakhirat adalah syurga? Apa anti sudah yakin? ” soal Dokyeom dengan serius. Air mata kecewa yang mengalir disekanya perlahan.

Kecewa hati dia tatkala melihat para peminatnya yang suka mendedahkan kulit.

Jika benar mereka semua adalah peminatnya, mereka harus memakai jubah dan berhijab. Tapi nie ...

Johee menggigit bibir bawah. Riak wajahnya berubah dan perlahan-lahan tapak tangannya menutup peha yang terdedah. Sengihan polos ditayangnya.

“ maaf oppa, nanti Johee tukar ek? ” ujarnya malu-malu. Lengan rakannya disebelah sudah disenggol-senggol.

Apahal Dokyeom alim sangat harinie?

Dokyeom menghela nafas berat. Wajah Johee dipandang sekilas lalu kakinya bergerak meninggalkan kawasan itu. Bibir Johee sudah mencebik sayu. Tubuh belakang Dokyeom dipandang hiba bersama tubir mata yang berkaca.

First time kena ceramah dengan Dokyeom. Hiks.

“ kena reject ke, hahaha. ” perli satu suara sinis dari arah tepi.

Terus sahaja Johee kalihkan pandangannya. Dan apabila wajah Hyera menjamah pandangan, terus matanya menjuling naik ke atas.

“ kau nie memang suka menyakitkan hati orang ke? ” soal Johee dengan kasar. Tangannya berpeluk tubuh memandang Hyera.

“ adab kau mana? Aku nie senior kau tau. ”

Johee tergelak sinis mendengarnya. “ do I care? ”

Hyera ketap bibir. Wajah Johee dipandang tajam dengan hati yang berang. Dan selepas itu, perlahan-lahan bibirnya mengoyak senyuman nakal.

“ HABIBI! ” jerit Hyera dengan lantang sekaligus mematikan langkah Dokyeom yang sedang berzikir menuju ke kelas.

Dokyeom palingkan wajahnya lalu wajah Hyera dipandang dengan seribu kedutan didahi. “ iya isteriku, mengapa kau panggilku? ” soal Dokyeom kebingungan.

Hyera senyum nakal. Tubuh Johee yang sudah menegang apabila mendengar perkataan ‘isteri’ dari mulut Dokyeom buatkan hatinya senang.

Kakak kau dah rampas Joshua kan? Hambik.

“ HABIBI SAYANGGGGGGGG!!! ” Hyera mendepakan tangannya lalu dia berlari manja menuju ke arah Dokyeom yang sedang menantinya disana.

Mata Dokyeom terbuntang. Tubuh Hyera yang sedang berlari ke arahnya dipandang dengan mulut yang terbuka luas.

“ masyaAllah, coronavirus. ” tanpa menunggu waktu lama, Dokyeom terus mengangkat sedikit jubahnya ke atas sebelum dia berlari laju meninggalkan kawasan itu.

Hyera tersentak. Dia ketap bibir dengan geram sebelum ... “ HABIBI, NAK PERGI MANA TU? ” dan dia makin laju mengejar Dokyeom tanpa menghiraukan pandangan orang lain disekeliling.

Yeonjun yang pada ketika itu baru sahaja tiba sudah menggelengkan kepala. Earphone disumbatkan ke dalam telinga lalu dia melangkah santai masuk ke dalam perkarangan sekolah. Sempat juga dia menjeling Johee yang sedang meratapi nasibnya.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now