CKBSK / 18

382 103 163
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
18
——

" Sunbae kenapa ajak saya? Saya nak satu kumpulan dengan Seungkwan .. "

Bibir Seol dicebik sambil matanya tak lekang lekang dari memandang SeungKwan dan Hyera yang sedang bermesra berlari lari anak di tepi pantai.

Sebenarnya tak berapa nak mesra sangat laa, Hyera tu acah je berlari lari dengan SeungKwan, padahal SeungKwan tak lari pun. Derp.

Joshua mengeluh lalu wajah tak berapa nak cun milik Seol ditatap.

" awak suka sangat dengan SeungKwan ke? "

Seol mengangguk.

" sebab? .. "

" dia tersangatlah sempurna dimata saya. "

Joshua menganggukkan kepala sebelum matanya kembali melihat Hyera dan SeungKwan yang kini sedang menari tarian Kuch Kuch Hota Hai dengan bahagianya, ditambah pula dengan tiupan tiupan angin lembut .. fuhhh, drama sungguh.

" taguna, cakap aku satu satunya lelaki yang kau suka. Kau tunggu laa, memang aku racun kau satgi!! " bebel Joshua perlahan.

Seol mendengarnya tetapi dia buat keputusan untuk buat buat tak dengar, sejujurnya dia juga berasa nak racun si Hyera tu dengan racun tikus, baru puas rasa hati nie.

" Seol, jom kita bergabung. "

" maksud sunbae? "

" mari kita bercinta. "

" haa!? "

-
-
-

" semua yang ada ada pada dirimu,
Membuat aku ku aku jatuh cinta,
Come on baby say you love me,
Love me say you love me. Ustaz Kyeom, I love you. Come to me shayang shayang shayang, say with me shayang shayang shayang .. "

Langkah Dokyeom terhenti lalu tubuhnya dipusingkan ke belakang. Hyeki yang sedang berpusing pusing tak ingat dunia juga turut berhenti.

" anta kenapa berhenti? Mahu ana nyanyikan lagu lain? Ana boleh je. " kata Hyeki dengan sengihan. Dokyeom mengetap bibir.

" anti sudah kenapa ikut ikut ana daripada tadi, anti mahu rompak ana ke? Ana tiada duit untuk pengetahuan anti, duit ana sudah ana simpan di bank islam, bekalan untuk mengerjakan umrah di masa akan datang. "

Hyeki sudah membuat wajah terharu sambil tangannya diletakkan di dada, dia berasa sangat tersentuh dengan kata kata Dokyeom.

" ehh tidak, ana bukan mahu merompak duit anta, ana cuma mahu merompak hati anta saja. Hehehe. "

Dokyeom memutarkan bebola matanya ke atas lalu kembali meneruskan perjalanan, Hyeki di belakang juga turut melakukan hal yang sama.

" hey anta, marilah kita berpusing pusing bersama. Siapa tahu anta akan jatuh cinta sama ana dan tercipta laa 'memori berpusing pusing bersama'. " ajak Hyeki. Dokyeom mengeluh.

" anti kenapa ikut kemana sahaja ana pergi, ana runsing laa .. "

" lorhhh, bukan kita berpartner ke? "

Dokyeom terdiam, kepalanya yang tidak gatal dia garu. Halah halah, pelupa rupanya Ustaz Kyeom nie. Haih.

" takpe laa, silakan berpusing .. "

" baik Habibi .. "

Hyeki kembali berpusing pusing seperti puting beliung, rambutnya yang panjang mengurai tampak seolah olah janggut sotong yang sedang berenang. Art yang sungguh cantik.

Dokyeom mengeluh lalu pergi berteduh di bawah pokok yang rendang sambil menunggu si Hyeki selesai berpusing.

Semasa menunggu, matanya dok meliar mencari dimana kelibat adiknya, si Saehyun. Tapi malangnya dia hanya nampak Eunbyul dan Dino sahaja. Kelibat Saehyun dan Mingyu pasangannya tidak ditemui.

Hatinya mula rasa tak tentu arah, Mingyu tu boleh tahan gatal orangnya. Lagipula Mingyu tu 100 kali ganda lebih hodoh darinya, dia risau adiknya itu akan jatuh cinta pada orang yang hodoh seperti Mingyu.

Dokyeom menarik nafas panjang lalu memandang Hyeki.

" sudah sudah laa tu berpusing, anti tidak penat ke? "

" TAK!!! SAYE PENING JE. "

BUKKKK!!!

Dokyeom memandang tubuh Hyeki yang sudah terlentang di atas pasir dengan wajah yang mendatar, langsung tidak terdetik dalam hatinya untuk membantu gadis itu. Lagipun ianya HARAM.

" bhaii, nanti ana datang balik. "

Dokyeom mengambil sebiji buah kelapa yang telah gugur lalu diletakkan di sebelah Hyeki, dia membuat muka sedih.

" bersemadilah dengan aman. "

Dan selepas itu dia berlari pergi meninggalkan Hyeki yang sudah pening lalat disitu.

" Habibi ya Habibi, dimana anta? Habibi~~~ " bisik Hyeki sendirian sambil matanya mengecil, dia tengah pening so paham paham je laa.

-
-
-

" ehh sayang, comelnye .. "

Kata Joshua ceria sambil pipi Seol dicubitnya berkali kali, tak cukup dengan itu rambut Seol pula menjadi mangsa mainan bagi Joshua. Ada ke patut rambut Seol tu dibuatnya misai dia, haih.

Hyera dan SeungKwan yang berdiri berhampiran dengan mereka hanya mampu memerhati dengan hati yang membara.

Hyera sudah mengepal penumbuknya, manakala SeungKwan hanya memandang mereka berdua dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan.

Cemburu kah dia?

" oppa ... " panggil Seol manja. Joshua menoleh.

" ye sayang? "

" sayang lapar, nak mamam. "

Joshua tersengih lalu kepala Seol diusap.

" sayang nak mamam ape? Biar oppa belikan. "

" sayang nak mamam ... "

Seol sengaja memegang bahu Joshua lalu diurut lembut bahu itu, senyuman Joshua semakin melebar.

Hyera di belakang sudah seperti cacing kepanasan, dia berasa stress melihat keintiman Seol dan Joshua yang sangat menyakitkan hatinya.

Oleh kerana tidak dapat menahan geram, Hyera terpaksa berlari ke arah sebatang pokok kelapa lalu batang tersebut dipeluk erat. Dia menangis disitu sepuas puasnya sambil menyumpah seranah Seol sehingga 7 keturunan.

SeungKwan?

Wajahnya sudah kemerahan. Mungkin sebab cuaca di Thailand yang terlalu panas baginya.

" Dino sunbae .. Jom makan. "

SeungKwan menoleh memandang Eunbyul dan Dino yang kebetulan lalu disebelahnya, bibirnya diketap.

" korang nie asyik nak makan je kerjanya, bila nak selesaikan aktiviti? Ke korang sengaja nak lengah lengahkan cari barang yang Yoongi Saem suruh hanya semata mata untuk berdua duaan untuk tempoh yang lama? " jerkah SeungKwan tiba tiba. Dino dan Eunbyul tercengang.

" sunbae dah kenapa? " soal Dino blur. SeungKwan menelan liur lalu memandang ke arah Seol dan Joshua.

Perasaannya mula tak tentu arah apabila tumpuan Seol dan Joshua kini ke arahnya. Dia berdecit.

" dah laa, malas layan junior gedik macam korang nie. "

SeungKwan terus beredar pergi dengan wajah yang dingin, Dino menoleh memandang Eunbyul.

" engkau laa nie, gedik sangat dengan aku! "

Eunbyul pout.

" saya ajak makan je, itu pun salah .. "

Seol dan Joshua sudah terkekeh kekeh di sebelah, sempat juga mereka berhigh five. Bahagia sungguh anda berdua ye.

" plan kita menjadi laa Seol. "

" betul tu. "

" aku tak tau apa plan korang tapi seronok kau sentuh sentuh adik aku ye Josh? "

Gulp.

- TBC -

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now