BAB 25 - Segalanya bermula ...

Start from the beginning
                                    

Sila datang di bilik saya sekarang .
Arahan : - Pengetua

" Korang dapat mesej apa ? " soal Zairiel . Eiman menunjukkan telefon pintarnya . Yang lain juga begitu . Serentak , mereka semua mengeluh .

" Mesej kita berlima adalah sama . " gumam Zairiel perlahan .

♡ ♡ ♡

Fariha melangkah masuk ke bilik geografi . Sempat di-scan ID kad miliknya . Takut nanti dikatakan penceroboh pula . Dia memandang sekeliling .

Lansung tiada seorang pun yang berada di situ . Fariha membetulkan cermin matanya yang terlorot . Tiba - tiba terasa satu cahaya terpamcar sedikit di cermin matanya seperti laser , namun berwarna putih .

Fariha mula mencari - cari punca cahaya tadi . Di sudut belakang bilik geografi , Fariha membelek peralatan di situ . Glob bumi yang terletak elok mula dipusing perlahan - lahan . Tiba - tiba , muncul sedikit cahaya di ukiran peta pada glob itu .

Fariha mulai pelik . Dia memusingkan glob itu sehingga lantai tempatnya berdiri terbuka dari bawah dan dia terjatuh .

" IBUUUU ! "

♧ ♡ ♧

Asha sengaja menyentuh beberapa peralatan di makmal kimia itu sementara menunggu guru yang ingin dijumpanya .

Dia memandang di segenap ruang . Tiada apa yang menarik melainkan peralatan eksperimen yang tersangatlah bosan .

Asha mengeluh . Dia memandang CCTV di dalam makmal itu . Haih , dalam makmal pun ada CCTV . Maju sangat sekolah ini .

Matanya menangkap sebuah almari yang pintunya sedikit terbuka dan bercahaya . Akibat tertanya - tanya , Asha membuka luas almari itu . Dia sedikit terkejut melihat almari yang kosong itu sedangkan baru sebentar tadi dia ternampak sedikit cahaya . Ruangnya agak sempit namun dengan saiz badannya , Asha dapat meloloskan diri .

Asha mula meraba - raba di sisi almari itu . Almari itu tertutup dengan tiba - tiba . Seketika , sebuah pintu terbuka di arah almari yang bertentangan dan terserlah sebuah ruang kecil yang terdapat tangga menuju ke bawah tanah .

Asha mula berkerut . Tanpa berfikir panjang , dia melangkah menuruni tangga itu akibat perasaan ingin tahunya .

♪♪♪

Shamine menelaah papan kenyataan yang mempunyai pelbagai maklumat itu . Sesekali , matanya memgerling pintu ingin melihat siapakah yang ingin berjumpanya .

Setelah beberapa minit , masih tiada kehadiran sesiapa . Shamine mengeluh perlahan .

" Agak agak , The Gold Prince tipu tak ? " gumamnya perlahan . Dia mula melangkah ke arah meja guru yang disediakan . Shamine menunduk apabila terpandang tulisan yang terpancar dari satu cip yang diletakkan di laci meja guru itu .

Dia mendapati tulisan itu adalah bahasa arab yang ditulis di dalam tulisan rumi . Dia mula mengerutkan dahi .

" Pelik . Takkanlah dalam bilik bahasa melayu , ada bahasa arab ? " gumamnya lagi . Dia mula membaca tulisan tersebut .

" Hadhih almadrasah laha asrar , la ahad yuerifuha . " bacanya perlahan - lahan . Otaknya mula memproses maksud ayat tadi . Ya , The Blureenz sangat mengetahui bahasa Arab kerana ketika di menengah rendah , mereka mengambil aliran KKQ ( KAA ) .

Shamine meletakkan jari telunjuk di dagunya .

" Sekolah ini mempunyai rahsia , tiada orang biasa yang mengetahuinya . "

Serentak dengan kata - katanya yang membawa maksud sebenar ayat bahasa arab tadi , lantai yang dipijaknya terbuka . Dia terjatuh ke bawah dan mendarat di dalam sebuah lif . Shamine ternganga , kagum dengan apa yang dia lihat .

" Woahhh , mana lif ni nak bawa aku ? " terasa , lif itu turun ke bawah , seperti di bawah sekolah ini terdapat ruang bawah tanah . Dan lif pun terbuka serentak dengan Asha yang turun dari tangga dan Fariha yang terjatuh dari atas .

" Eh korang ! Apa yang korang buat kat sini ? " soal Shamine pelik . Fariha membetulkan baju sukannya akibat terjatuh tadi . Asha mulai berkerut .

" Eh , mana Dian ? " soal Asha

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Where stories live. Discover now