PROLOG

83K 850 46
                                    

Hidup yang baru sahaja mahu dimulakan,

Darah muda, umur masih muda,

Hidup mudah mendapatkan pelbagai ancaman luar.

Ku fikir hidup selamanya kelam,

Terbelenggu ikatan pahit, manis dan getir dalam hubungan percintaan dan ketika berumah tangga,

Yang memaksa diri untuk membaiki jalan kehidupan sendiri,

Arah yang tak pernah terlintas di benak fikirkan,

Arah yang tak pernah sekalipun dilalui,

Bermulalah langkah tidak henti-henti berusaha keluar dari lorong sepi, gelap, kelam, sunyi dan menyakitkan,

Untuk masuk ke zon kebahagiaan.

Yang memaksa diri menapaki jalan yang penuh likuan tajam,

Yang dipenuhi makna sebagai sejarah hitam dan putih kehidupan.

Peluang pertama yang berakhir dengan kesedihan,

Peluang kedua yang berakhir dengan perpisahan yang menyakitkan,

Peluang ketiga yang dijanjikan tidak mungkin lagi berakhir,

Tetapi, hadir dengan memberi cahaya yang penuh makna,

Penyeri kehidupan,

Dan membawa kepada kebahagiaan.

Peluang ketiga yang pada mulanya agak menyebalkan, tetapi tetap juga bermula dengan kebahagiaan.

Sesekali, dapat juga sedar dari mimpi yang ngeri,

Tanpa disedari, seseorang telah menuntun hati ke jalan benar.

Perubahan demi perubahan yang makin melengkapkan hidup sebagai satu pasangan.

Seakan-akan hidup kembali pulih,

Dapat juga bangkit dari kematian dan kesengsaraan yang sementara...

*************

Izz menembak-nembak Fara sambil berlari-lari ketika bermain di laman rumah yang lapang.

Sesekali, Fara menoleh ke belakang untuk melihat wajah poyo Izz. Tanpa disedari, kakinya telah terpelosok ke dalam longkang. Tersangkut weyh!

Fara tidak lagi berdaya untuk melarikan diri. Sedaya upaya dia cuba menarik kakinya keluar sambil berusaha mengangkat jerjak besi longkang tersebut. Dia menggunakan segala tenaganya. Tetapi dia sendiri tidak larat untuk mengangkat benda berat tersebut.

Izz menembak lagi dan lagi menggunakan senapang kayu yang berpelurukan buah terung Belanda.

"Cik Fara. Awak dah kalah ! Yeayy ! kumpulan kami menang !"

Izz bersorak gembira sambil matanya melilau mencari rakan seperjuangannya.

Untuk mengelakkan Fara melarikan diri, Izz galak menembak. Semakin Fara mengerang kesakitan, semakin galak peluru terung mengenai tubuhnya.

Fara mula bengang. Senapang miliknya yang terdampar di atas lantai terus dicapai, lalu membaling sekuat hati hingga mengenai dahi Izz. Dia berharap tindakannya itu dapat menghentikan segala kerja gila Izz.

Izz terduduk menyembah bumi. Tembakannya dihentikan serta merta. Mereka berdua berbalas pandang. Fara kian kaku lagi terpaku. Seketika kemudian, darah merah pekat mengalir menuruni pipi tembam Izz.

"Alamak ! Dahi dia koyak ! Matilah aku !" Desis Fara.

Fara terus bangun dari tempat duduknya. Kaki dia tarik sekuat hati tanpa mempedulikan segala rasa kesakitan. Fara terus berlari masuk ke dalam rumah lalu meninggalkan Izz berseorangan menangis di laman rumah dengan kepala yang terkoyak.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now