ADAKAH MASIH CINTA 40

19.5K 580 9
                                    

Megat Faris terkedu dengan lelaki yang berdiri di hadapannya kini. Matanya tidak berkelip memandang wajah yang sekian lama dicari dan dirinduinya. Perlahan lahan bibirnya mengoyak senyuman. Hairi turut merenung Megat Faris. Dia yakin dirinya mengenali lelaki itu. Dia ingat akan raut wajah itu. Wajah lelaki itu pernah hadir di dalam mimpinya.

" Haneef.. Kau masih hidup! " tutur lelaki itu dengan perasaan bahagia. Hairi semakin keliru. Haneef? Siapakah dirinya yang sebenar? Dia kian buntu merungkai identiti dirinya sendiri.

Maya hilang kata-ii. Dia terkaku di situ. Dia kini tahu pembohongannya selama ini akan terbongkar tidak lama lagi. Air matanya mula bergenang di kelopak mata. Air matanya jatuh menitis. Dia sedar lelaki itu bukan miliknya. Ya dia mengaku ini semua salahnya kerana memanipulasi lelaki yang kononnya ' Hairi ' itu.

Hairi menoleh memandang Maya meminta penjelasan. Hanya gadis itu yang mempunyai kunci segala rahsia yang tersimpan rapi. Rahangnya bergerak gerak petanda amarahnya mula timbul.

" Be honest Maya! Who am I maya! " tengkingnya. Mujurlah mereka berada di ruangan yang tidak ramai orang jika tidak pasti mereka menjadi perhatian dan buah mukut orang.

Terhincut bahu Maya akibat tengkingan itu. Esakannya mula kedengaran. Maya cuba mengumpul segala kekuatannya. Dia kini pasrah. Tidak ada gunanya lagi dia menyimpan rahsia. Segalanya sudah berakhir.

" I-I-I tak-tahu... " luahnya. Ya sesungguhnya dia tidak tahu siapa sebenarnya Hairi.

" I mengaku I tipu you.. You bukan Hairi. You bukan tunang I.. " Maya mula membuka cerita. Air matanya semakin laju. Megat Faris hanya diam. Dia sabar menanti penjelasan seterusnya. Farrahani pula mula dihambat rasa syukur.

Dia kini yakin lelaki tersebut ialah Megat Haneef, suaminya yang dirindui selama ini. Dia yakin lelaki itulah yang dicari-cari oleh dirinya dan Megat Faris.

" Habis? Gambar-ii tu? " Hairi tidak dapat menahan sabar. Dia terus mendesak Maya. Maya kelihatan semakin berat untuk meluahkan segalanya. Sungguh dia tidak kuat. Dia kemudiannya terduduk di kerusi panjang yang ada di situ. kedua tangannya menekup wajahnya.

" Maya cakap dengan I! " Hairi terus mendesak.

" Dia-dia tunang I. Dia Hairi yang sebenar! Dia dah meninggal beberapa tahun lepas. Dia lemas masa pergi memancing dengan kawan-ii dia di laut. "

" Kebetulan pulak wajah you mirip Hairi. I jadi hilang akal masa I pertama kali jumpa you masa you kemalangan tu. I jumpa you dalam keadaan berlumuran darah dekat tepi tebing hutan masa I balik dari kerja. "

" I sangat rindukan Hairi. Rindu sangat dan rindu I terubat bila tengok wajah you. I bawak you pergi hospital. I jaga you sepanjang you dirawat. Sumpah masa tu I takda niat pun nak bohong you. I sedar you bukan Hairi. Jasad dan jiwa you berbeza. "

" Tapi bila you sedar dan doktor sahkan you hilang ingatan, I jadi hilang pertimbangan. I ambik kesempatan dan I manipulate you untuk kepentingan I. I nak rasa kehadiran Hairi semula sebab I cintakan dia sangat. I tak dapat terima hakikat dia dah pergi dulu. "

" I mintak maaf. I betul-ii mintak maaf. I tahu salah I. " Maya tertunduk sambil meramas ubun-ii nya menjadikan rambutnya kusut masai. Matanya dipejam rapat. Hairi... What have I done Hairi... I'm insane... Why don't you let me go with you Hairi... Maya berbisik di dalam hati.

" Jadi maknanya awak Haneef! Awak suami saya! " Mata Farrahani yang berkaca kaca memandang wajah lelaki itu dengan penuh rasa kerinduan. Di bibirnya pula terukir satu senyuman di dalam tangisan.

" Abang... " Farrahani terus meluru mendakap tubuh tegap itu. Kini dia yakin 100% lelaki itu ialah suaminya. Dia kenal akan lekuk tubuh lelaki itu. Farrahani memeluk erat tubuh itu smabil hatinya tidak henti-ii mengucapkan rasa syukur.

Megat Haneef terkaku dengan pengakuan Maya. Patutlah selama ini, dia tidak dapat mengingat satu apa pun yang berkaitan dengan Maya. Yang selalu terimbas dia akal fikirannya ialah wajah dua orang lelaki yang tidak berapa jelas bersama seorang perempuan yang sedang memandangnya dengan renungan sayu.

Wajah mereka-ii tersebut tidak jelas sehinggalah dia melihat dengan Mehat Faris dan Farrahani. Dia seolah olah pernah melihat mereka dan tatkala itu bayangan mimpi menjadi jelas. Cuma yang menjadi persoalannya ialah...

Siapa lelaki yang lagi seorang itu?

MAAF TERABUR . SIS UPDATE KELAM KABUT SEBAB SIS NAK TAMATKAN

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now