ADAKAH MASIH CINTA 10

19K 657 12
                                    

Farrahani mengeliat kecil seraya membuka perlahan lahan matanya. Matanya terkebil kebil memandang sekeliling bilik yang tampak lain. Pinggangnya pula dirangkul oleh tangan seseorang.

Farrahani menoleh ke belakang menghadap Megat Haneef. Kelihatan lelaki itu sudah pun terjaga dan sedang merenungnya.

" Morning.. " ucap Megat Haneef seraya tersenyum nipis. Farrahani bingkas bangun dari pembaringannya. Dia membelek tubuhnya. Fuh masih tersarung elok pakaiannya.

Tapi macam mana dia boleh tidur kat sini? Rasanya semalam dia tidur kat bilik dia. Kelihatan Megat Haneef ketawa kecil melihat gelagat Farrahani.

" Aku tak buat apa pun.. " Megat Haneef bangun dari berbaring. Bahu Farrahani dicium lembut sebelum ciumannya bergerak ke leher gadis itu.

Farrahani terpaku. Liurnya terasa berpasir. Apa kena dengan Megat Haneef ni? Tiba-ii je berubah dari kucing hutan jadi kucing parsi.

" Tapi kalau kau nak aku buat apa-ii, boleh je sayang.. " bisik Megat Haneef sebelum menghimpit Farrahani agar terbaring kembali.

Mata redup Megat Haneef bertentangan dengan mata Farrahani yang terkebil kebil memandangnya. Bibirnya bergerak ke leher bersih Farrahani. Satu kucupan lembut singgah di situ.

" Aku mintak maaf fasal semalam. " ucap Megat Haneef dengan ikhlas sambil merenung tepat anak mata Farrahani. Farrahani terkelu. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa.

Megat Haneef bangun dari menindih Farrahani lalu berbaring di sebelah.

" Kenapa kau tak lari je dari sini? Kenapa kau biar aku siksa kau? " angin tak ada. Ribut tak ada. Tiba-ii soalan itu melompat keluar dari bibirnya.

Farrahani bangun lalu duduk menghadapan Megat Haneef yang sedang berbaring menggunakan lengannya sebagai alas.

" Sebab ke mana je saya pergi.. Saya tetap akan terima layanan yang sama. Tak ada beza pun. Bezanya cuma dekat rumah ni saya dapat rasakan kehadiran abang awak. " ujar Farrahani perlahan. Bibirnya mengukir senyuman tawar.

Megat Haneef agak kecil hati kerana Farrahani masih menyintai abangnya namun dia tidak menyalahkan gadis itu kerana dia sedar akan layanannya yang teruk.

" Walaupun saya tahu dia tak cintakan saya.. " Farrahani mula terasa sebak. Air matanya mula gugur perlahan lahan. Dia lantas turun dari katil dan terus berlalu keluar.

" Kalaulah kau tahu perkara sebenar.. " ucap Megat Haneef perlahan. Farrahani yang telah pun hilang dibalik pintu dipandang sayu.

🔺🔺🔺🔺🔺

Megat Haneef mencapai telefon bimbitnya yang berdering di atas meja kopi.

" Hello? "

Hampir luruh jantungnya apabila mendengar suara di hujung talian. Matanya mula memerah.

" Farra! " panggilnya dengan kuat.

" Ya? " Farrahani terkocoh kocoh keluar dari dapur.

" Siap cepat. " arahnya. Farrahani hanya akur tanpa bantahan. Dia segera berlalu ke bilik dan cuba untuk bersiap secepat mungkin.

🔺🔺🔺🔺🔺

Megat Haneef memandang sayu abangnya yang terlantar di katil wad ICU. Kelihatan wajah Megat Hakeem pucat tidak berdarah. Seketika kemudian kelihatan lelaki itu mula membuka matanya perlahan lahan.

" Abang.. " panggilnya perlahan. Suaranya kedengaran sedikit bergetar. Megat Hakeem menarik nafas panjang sebelum membuka perlahan lahan mask oksigen yang dipakainya.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now