ADAKAH MASIH CINTA 32

18.2K 643 71
                                    

" Wauu cantiknya rumah kita! " puji Farrahani tatkala kakinya memijak lantai rumah banglo tersebut. Megat Haneef tersenyum. Farrahani melihat kawasan sekeliling.

Seketika kemudian matanya menangkap susuk tubuh Elliey yang sedang menapak turun. Elliey turut memandangnya tajam.

" You dah kenapa Haneef bawak balik perempuan gila ni? Hantar je la pergi ward mental. Semak la! " ujar Elliey sambil berpeluk tubuh. Farrahani memandang Megat Haneef.

" Ni rumah dia ka rumah aku? " soal Farrahani pada Megat Haneef. Belum sempat Megat Haneef berkata apa-ii, Elliey terlebih dahulu menjawab.

" Jangan nak perasan. Rumah ni rumah aku! " sampuk Elliey. Megat Haneef merengus geram.

" Elliey boleh tak kau stop cari fasal hah? Tak boleh ke buang perangi busuk kau tu dan kita mulakan hidup baru? " tengking Megat Haneef lalu mengheret Farrahani naik ke atas. Sempat Farrahani menjelirkan lidah pada Elliey namun gadis itu tidak dapat berkata apa-ii. Dia tidak mahu Megat Haneef marah.

Tiba-ii Megat Haneef menghentikan langkahnya.

" Kalau macam ni sikap you Elliey, kita berpisah. I dah penat. Cukuplah setakat ni je jodoh kita. Sikap you langsung tak menujukkan yang you ikhlas sayangkan I. You tak pernah cuba untuk faham I. Yang you pentingkan cuma sifat baran you dan kepuasan hati. You langsung tak fikir fasal orang lain. You boleh cari kebahagiaan yang I tak dapat bagi dengan orang lain. " ujar Megat Haneef tenang sebelum menyambung langkah.

Dalam diam Farrahani tersenyum puas hati. Puas apabila Megat Haneef ingin menceraikan Elliey. Elliey terkedu. Hatinya mendongkol geram.

💕💕💕💕💕

" Jaga diri elok-ii sayang. " pesan Megat Haneef lalu mengucup dahi Farrahani. Farrahani hanya buat endah tidak endah sambil menyuap nasi goreng yang dimasak Megat Haneef ke dalam mulut.

Megat Haneef mengusap lembut ubun-ii Farrahani yang masih berbalut sebelum melangkah keluar. Hari ini adalah hari pertama dia bermula berkerja memandangkan kakinya sudah pulih dan dapat berjalan seperti biasa sejak 2 minggu lalu.

Farrahani berhenti menyuap. Dia menoleh melihat langkah Megat Haneef lalu tersenyum penuh makna. Matanya beralih pula memandang ke tingkat atas. Lantas itu dia berdiri. Farrahani melangkah ke kabinet dapur. Dia melihat lihat barangan yang ada di situ.

Garam. Gula. Kunyit. Sos? Hm..

Farrahani mencapai botol sos jenama life itu lalu dibelek belek botolnya. Dia kemudiannya tersenyum tiba-ii. Botol sos dijinjing ke tingkat atas. Bilik Elliey didekati. Penutup botol sos dibuka. Dengan senyuman jahatnya, Farrahani menuang sos di hadapan pintu bilik Elliey.

" Biar kau mampus. " gumamnya berseorangan. Farrahani kemudiannya melangkah ke bawah kembali lalu duduk di ruang tamu. Dari situ dia dapat melihat dengan jelas apa yang akan berlaku pada Elliey nanti.

Sejam berlalu..

Pintu bili dikuak perlahan. Tersembul wajah sugul Elliey yang baru bangun dari tidur. Sambil menguap, matanga digenyeh. Farrahani tersenyum riang sambil melihat dengan teliti.

" Satu.. Dua.. " Farrahani menghitung dengan senyuman jahat. Elliey menapak tanpa melihat dan..

" Tiga! "

" Argh! " Elliey menjerit kuat apabila sebaik sahaja melangkah, kakinya seolah terpijak cecair. Dia kemudiannya tergelincir dan jatuh terkangkang.

" Aduh.. " Elliey menggosok pinggangnya yang sakit. Farrahani ketawa kuat seakan akan puntianak sedang mengilai. Elliey memandang Farrahani di bawah dengan pandangan tajam. Dia mendecit geram.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now