ADAKAH MASIH CINTA 26

15K 513 5
                                    

Elliey menghirup perlahan carrot susu dindalam gelas kaca tinggi miliknya. Terasa air sejuk itu perlahan memasuki kerongkongnya. Seketika kemudian Khairul muncul. Dia melabuhkan duduk berhadapan dengan Elliey.

" Haii sayang sorry I lambat. Jalan jammed tadi. " Khairul memberikan alasan sedangkan dia sebenarnya lewat kerana terlewat bangun dek kerana sibuk dengan ' ayam ' barunya.

" It's okayy sayang. You nak minum? Orderlah. Macam biasa it's on me. " Elliey tersenyum. Khairul tersenyum lalu melambai memanggil pelayan restoran. Kerana itulah dia sanggup menurut segala perintah Elliey. Kerana wang.

Segala kos perbelanjaan ketika mereka keluar bersama akan ditanggung Elliey. Malah, makan pakainya sehari hari juga ditanggung Elliey. Bil api, air dan sewa rumah juga ditanggung Elliey. Oleh itu dia tidak boleh melepaskan Elliey.

Elliey nampak seperti cerdik tetapi bodoh sebenarnya. Baginya, Khairul adalah seperti hambanya yang harus menurut perintah tetapi tidak bagi Khairul. Dia tidaklah setia pada Elliey seorang malah mempunyai ramai lagi gadis untuk menemani.

💕💕💕💕💕

Dua bulan kemudian..

Farrahani membantu Megat Haneef berjalan perlahan lahan. Masa berganti masa suaminya itu semakin pulih. Kandungannya pula semakin membesar dan Elliey langsung tidak mengendahkan semua hal yang terjadi.

" Aku boleh jalan sendiri. Kau rehatlah. " ujar Megat Haneef yang kasihan melihat Farrahani bersusah payah ingin membantu walaupun dirinya sedang mengandung.

" Takpelah saya nak tolong awak. " Farrahani berdegil.

" Tolong aku please! Tolong duduk diam-ii. " arah Megat Haneef. Farrahani mendecit. Dia kemudiannya berlalu duduk di sofa lalu memerhatikan Megat Haneef yang gigih untuk pulih.

Megat Haneef cuba berjalan perlahan lahan menggunakan tongkat. Reseptor di kakinya kini kian menunjukkan tindakbalas. Farrahani kemudiannya bangun ingin menapak ke dapur.

" Nak pergi mana pulak tu? " soal Megat Haneef.

" Masaklah nanti tengah hari nak makan. " ujarnya. Megat Haneef menggeleng perlahan. Tak reti duduk diam.

💕💕💕💕💕

Farrahani tersenyum melihat Megat Haneef menjalani sesi rawatannya bersama doktor. Kelihatan lelaki itu begitu bersungguh ingin kembali normal.

" Tahniah Encik Megat. Banyak peningkatan encik. " ujar Doktor Hariz senang. Farrahani tersenyum gembira.

💕💕💕💕💕

" Buka mulut. Aaaa.. " ujar Megat Haneef sambil menghala sudu ke mulut Farrahani. Farrahani ketawa kecil lalu membuka mulutnya.

" Aumm.. " sambung Megat Haneef seusai tomyam yang disuapnya masuk ke mulut Farrahani.

" Sedap tak? " soal Megat Haneef. Farrahani mengangguk lalu menghirup jus orennya. Megat Haneef menyuap pula tomyam ke mulutnya sendiri.

Sedang Farrahani sibuk memerhati sekeliling restoran matanya tertancap pada pasangan bahagia yang sedang berjalan keluar dari restoran itu. Elliey dan lelaki itu! Lelaki yang telah merogolnya!

Tiba-ii Farrahani menjadi sebak. Moodnya hilang serta merta. Seleranya juga jatuh merudum. Satu keluhan kecil terbit dari bibirnya. Keluhan tersebut menarik perhatian Megat Haneef.

" Kenapa ni hm? " soalnya lembut seraya menyentuh lembut tangan isterinya. Farrahani tersentak. Dia pantas mengukir senyuman.

" Tak ada apa. Perut saya segah je. " Farrahani memberi alasan. Kelihatan Megat Haneef mempercayainya.

💕💕💕💕💕

Doktor Hairul menyemak laporan pesakitnya, Megat Faris. Keluhan kecil terbit dari bibirnya. Dia kemudiannya bergerak duduk di kerusinya.

Berdasarkan laporan, jantung Megat Faris telah beberapa kali seakan ingin berhenti berdetak. Ini sangat merbahaya. Tidak mustahil jantungnya akan berhenti berdetak buat selama lamanya.

Doktor Hairul kemudiannya menyemak keputusan pengimejan diagnostic bahagian kepala Megat Faris. Jelas kelihatan di bahagian kraniumnya mengalami keretakkan. Otaknya juga mengalami gegaran kuat. Jika pesakit sedar sekalipun, berkemungkinan tinggi memorinya akan hilang.

Doktor Hairul menanggalkan kaca matanya lalu meraup perlahan wajahnya. Dirinya begitu letih kerana tidak bercuti. Hospital yang memerlukan perkhidmatannya menyebabkan dirinya tidak dapat mengambil cuti.

💕💕💕💕💕

Farrahani mengejutkan Megat Haneef yang masih pulas. Bahu Megat Haneef digoncang lembut.

" Awak.. Bangunlah semalam awak cakap nak solat tahajud.. " bisik Farrahani perlahan. Megat Haneef merengek kecil sebelum membuka matanya perlahan lahan.

Kelihatan wajah isterinya yang sudah pun lengkap bertelekung. Nasib baiklah kau cantik Farra kalau tak pengsan aku bukak-ii mata nampak putih je atas bawah.

" Bangun cepat.. " ujar Farrahani. Megat Haneef akur. Dia bangun perlahan lahan dari pembaringan. Tongkatnya dicapai. Farrahani membantu Megat Haneef berdiri.

" Awak nak saya tolong tak? " pelawa Farrahani. Megat Haneef.

" Takpe aku buat sendiri. " ujarnya lalu menapak ke bilik air. Seusai Megat Haneef selesai mencuci muka dan mengambil wudhuk, dia dan Farrahani bersama sama menunaikan solat tahajud.

Megat Haneef dan Farrahani menadah tangan berdoa pada Yang Esa.

" Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunkanlah dosa-ii ku Ya Allah. Ampunkanlah dosa-ii isteri-ii ku. Ampunkanlah dosa-ii abangku dan sepupuku, Faris. Ampunkanlah dosa-ii ibu bapaku serta ibu bapa mertuaku. Kau rahmatilah kami Ya Allah. Ya Allah hanya kepadaMu aku memohon. Sembuhkanlah sepupuku, Faris. Kau kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya seperti dahulu. Janganlah engkau mengambilnya nyawanya lagi Ya Allah. Sesungguhnya aku memerlukannya Ya Allah. Dan kau sedarkanlah isteriku, Elliey. Berikan hidayah kepadanya untuk sujud kepadaMu. Dan kau peliharalah isteriku, Farra dan kandungannya. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. Sembuhkanlah juga diriku. Sesungguhnya aku ingin menjaga keluarga ku Ya Allah. Rabbana atiya fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabbannar. Wasallahuala saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi wassalam. Amin ya rabbal alamin. "

To be continue..

Thankyou for reading ❣️

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now