ADAKAH MASIH CINTA 01

27K 730 22
                                    

Farrahani mencuci pinggan mangkuk kotor dengan berhati hati sambil bernyanyi kecil. Sambil itu, fikirannya menerawang mengingati si tunang. Entah apa lah yang sedang dibuatnya sekarang.

Rindu menggunung di hatinya. Farrahani tersenyum kecil mengenangkan majlis pernikahan mereka yang hanya tinggal 2 hari lagi. Segala persiapan telah pun beres diuruskan si tunang. Dia hanya relax.

" Hoii betina! " jerkah satu suara dari belakang. Dek kerana terkejut, pinggan kaca terlepas dari tangan dan jatuh berderai ke lantai.

Farrahani terkulat kulat. Wajah bengis Mak Senah tidak berani dipandang.

" Ya Allah! Pinggan mahal aku! Kau ni pandai buat kerja ke tak? " jerit Mak Senah sambil menunjal kepala Farrahani

" Maaf makngah. Farra tak sengaja. " ucap Farrahani takut-ii. Dia terus menunduk mengutip serpihan kaca di lantai.

" Bodoh! Dasar anak sial. " sindir satu suara. Tidak perlu dilihat. Dia tahu siapa itu. Siapa lagi kalau bukan Aina, anak kandung makngah merangkap sepupunya sendiri.

" Dengar sini aku nak cakap! Kau dah boleh mula kemaskan barang-ii kau. " ujar Mak Senah sambil menunjal kepala Farrahani. Farrahani terkedu.

" Kau kan dah gatal bawah sangat kan? Nak kahwin awal. Tapi takpe lah! Aku suka kau kahwin. Tak payah lah mata aku ni berbulu tengok muka kau tiap hari! " Mak Senah berkata lepas. Farrahani hanya diam tertunduk sambil mengutip serpihan kaca.

Riak wajah Aina berubah. Hatinya dipagut rasa cemburu dan iri hati. Ini kerana lelaki yang bakal berkahwin dengan Farrahani ialah orang berada dan tidak dinafikan lelaki itu kacak.

" Kau dengar tak aku cakap ni? " Mak Senah menunjal sekali lagi kepala Farrahani.

" Dengar makngah.. " suara Farrahani tergagap gagap. Air matanya mula jatuh.

Begitulah kehidupannya dari hari ke hari. Dihujani kata-ii kesat dan hanya air mata yang menemani. Setelah kematian orang tua, dia terpaksa menumpang teduh di rumah makngah kerana hanya wanita itu yang menjadi warisnya kini.

" Kau kutip kaca tu bersih-ii. Kalau aku terpijak, nahas kau! Kaca-ii tu nanti aku suruh kau telan! " Mak Senah memberi amaran sebelum berlalu keluar dari ruangan dapur.

" Yang kau ni dah macam tugu negara kenapa? Ada baiknya kau pergi sapu halaman ke apa! " marah Mak Senah apabila melintasi anaknya. Aina hanya mencebik. Itu bukan kerjanya! Itu kerja Farrahani.

Aina mendekati Farrahani yang sedang menyapu serpihan kaca-ii halus yang tidak boleh dikutip.

" Hey! " Aina mencuit bahu Farrahani. Farrahani hanya diam tidak menjawab. Tangannya berhenti melakukan kerja.

" Kau guna apa eh dekat jantan tu sampai dia gilakan kau? Kau bomohkan dia? " serkap Aina. Farrahani terkesima.

" Apa akak cakap ni? Mana ada Farra buat semua tu. Semua tu kan syirik! Berdosa! " tukas Farrahani sambil menunduk. Aina mengetap bibir.

" Habis tu kalau tak bomohkan, kau nak cakap yang dia memang ikhlas sukakan kau sebab kau cantik? Macam tu? " sindir Aina sambil tergelak sinis. Sambil berpeluk tubuh, Aina mengangkat tangannya menunjal kepala Farrahani.

" Sudah-ii lah berangan nak jadi macam Cinderella. Terima hakikat yang kau tu hodoh! Hakeem tu nakkan kau sebab dia dibomohkan! Dasar perempuan busuk! " Aina bersuara lantang sebelum berlalu meninggalkan ruangan itu.

Farrahani hanya menahan rasa. Dia tidak tahu apa dosanya sehingga dia diperlakukan seperti seorang hamba yang tiada hak untuk bersuara mahupun membantah.

Setelah menyudahkan kerja-ii di dapur, Farrahani berlalu ke ruang hadapan. Seluruh rumah dikemasnya dengan ikhlas. Sia-ii sahaja berpenat lelah tetapi tidak dapat pahala kerana merungut.

Aina bersandar di muka pintu biliknya sambil memerhati Farrahani yang sedang menyusun majalah-ii di bawah rak tv. Aina yang sememangnya tiada kerja, sengaja mahu menyusahkan Farrahani.

Dia berjalan ke dapur. Secawan nesscafe 3 in 1 dibancuh lalu dibawa ke hadapan. Dihirup sedikit nasscafe itu lalu dituang yang selebihnya di lantai ruang tamu.

" Alamak Farra! Air tumpah la. Tolong bersihkan.. " Aina membuat suara lembut. Farrahani yang sedang membelakanginya menoleh melihat apa yang dilakukan Aina. Dia hanya mengeluh kecil sebelum berlalu ke dapur.

Sehelai kain buruk dan baldi berisi air bersama mop dibawa ke hadapan. Aina memerhati dengan senyuman sinis. Dia masih belum berganjak dari situ.

Farrahani mengelap perlahan lahan air nesscafe yang tumpah. Sedang dia leka mengelap, Aina sengaja menjatuhkan cawan kaca itu betul-ii di atas tangan Farrahani.

" Auuu! " Farrahani meringgis kesakitan. Cawan kaca itu tidak pecah kerana hanya terhentak di atas tangannya, bukan lantai mozek. Farrahani membelek tangannya yang merah.

" Opps! Sorry. Aku terlepas. " Aina hanya beriak selamba. Mak Senah yang melihat hanya menggeleng.

" Anak tak guna. Nak menjahanamkan harta aku memang nombor satu! " Mak Senah yang berdiri di muka pintu biliknya menjeling Aina yang hanya menayang wajah tidak bersalah. Dia berlalu keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama.

" Eh mak nak pergi mana? " soal Aina dengan kalut sambil menahan emaknya.

" Rumah ketua kampung. Aku ada hal. Kenapa? " ujar Mak Senah.

" Nak ikut! " Aina beriak teruja.

" Kau tak payah gedik! Bukan aku tak tahu kau berkenan dengan si Amir tu. Tak habis-ii nak buat perangai bagi malu muka aku. Kau duduk rumah! " Mak Senah menjeling tajam sebelum berlalu keluar. Aina memuncung.

Melepas peluangnya untuk bertemu dengan Amir, jejaka kacak anak si ketua kampung.

Aina menjeling Farrahani yang telah pun menyudahkan kerjanya. Dia dengki dengan Farrahani. Farrahani mempunyai raut wajah yang cantik jelita berbanding dirinya.

Oleh itu, pemuda-ii di kampung itu, lebih tertarik dengan Farrahani berbanding dirinya. Dan pemuda-ii itu termasuklah si Amir sendiri. Dia acap kali melihat Amir sering mencuba untuk memikat Farrahani. Itu membuatkan hatinya bertambah tambah benci akan Farrahani.

Aina berlalu ke biliknya. Malas hendak menatap wajah Farrahani. Nak diikutkan hati, mahu saja dia menyimbah asid ke wajah itu. Biar buruk!

To be continue..

So how about this new story? Okayy tak? Vote dan komen sikit barulah semangat nak update.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now