ADAKAH MASIH CINTA 33

18.6K 611 40
                                    

Farrahani menempek bedak sejuk di mukanya setebal yang mungkin. Dia kemudiannya menyarung telekung. Farrahani tersenyum memandang wajahnya di cermin.

Lampu suluh dicapai sebelum menapak turun anak tangga dengan berhati hati. Dia kemudiannya menutup suis lampu ruang tamu dan duduk menunggu di tepi pintu utama. Hampir 20 minit berlalu akhirnya masa yang ditunggu tunggu, tiba jua.

Bunyi enjin kereta Elliey memasuki perkarangan rumah. Farrahani tersenyum hingga ke telinga. Dia bangun dari duduk lalu bersedia di balik pintu menunggu Elliey.

Elliey mencucuk kunci ke dalam lubang kunci lalu pintu dikuak kasar. Elliey melangkah masuk ke dalam lalu mengunci pintu semula. Sebaik sahaja dia berpaling..

" Bahh! " jerit Farrahani kuat sambil menyuluh lampu suluh ke mukanya.

" Arghh! " Elliey menjerit nyaring akibat tergamam dan takut. Kunci kereta, kunci rumah dan beg tangannya jatuh berselerak di lantai. Elliey kemudiannya berlari menapak anak tangga dengan kalut-ii.

Farrahani mengejarnya dengan ketawa nyaring. Elliey menapak kalut-ii. Disebabkan oleh pandangannya terhad dek kerana keadaan yang gelap, Elliey tersalah langkah lalu tersembam di tangga. Batang hidungnya terhentak kuat pada bucu tangga.

" Argh! Haneef! " jerit Elliey. Farrahani ketawa kuat lalu membuka telekungnya. Elliey mengetap geram giginya sambil memandang Farrahani dengan pandangan tajam. Hidungnya yang luka disentuh lembut.

" Sakit ke? " soal Farrahani dengan psycho. Bibirnya mengoyak senyuman sinis.

" Sial! Perempuan sial! Gila! " maki Elliey. Dadanya turun naik menahan geram.

" Kifarah is real. Dan tak payah lah kau jerit panggil Haneef. Dia tak ada. " bisik Farrahani perlahan lalu menendang wajah Elliey sebelum menapak naik ke atas.

" Argh! Sakit! Kurang ajar punya perempuan! Kau tunggu nasib kau! " jerit Elliey lalu cuba bangun perlahan lahan. Dia duduk di anak tangga sambil meraba pinggangnya yang sakit.

Elliey merangkak turun dari tangga. Beg tangan di lantai dicapai lalu dibuka. Telefon bimbit dicapai. Nombor Megat Haneef didail.

" Haneef! You pergi mana! " soal Elliey tidak sabar.

" I dekat hospital. Jaga Faris. Doktor cakap dia dah ada perubahan positif. Mungkin tak lama lagi akan sedar. "

Elliey tersentak. Bibirnya terketar ketar.

" Tapi I.. " Elliey tidak sempat meneruskan kata-ii nya apabila Megat Haneef memintas.

" Dah-ii tak payah cakap banyak. Dah lewat. Tolong tengokkan Farra. Jadi apa-ii dekat dia siap kau! " pesan Megat Haneef. Elliey mendecit geram.

" Eh masalahnya dia yang kerjakan I tahu tak! " jerit Elliey namun tiada sambutan.

" Haneef you dengar tak? Haneef! " jerit Elliey namun tetap tiada sambutan. Telefonnya dijauhkan dari telinga lalu dilihat. Panggilan sudah diputuskan.

" Shit! " carut Elliey. Dia kemudiannya memandang ke tingkat atas dengan geram.

" Tak guna punya perempuan. " gumamnya perlahan.

💕💕💕💕💕

Megat Haneef mematikan telefon bimbit lalu merengus kasar. Malas mahu mendengar celoteh Elliey. Dia kemudiannya berjalan menuju ke ward Megat Faris.

Dia kemudiannya berhenti menapak apabila terperasan akan seseorang. Seorang lelaki duduk di atas kerusi roda dan tangannya digari pada tangan seorang anggota polis di sisinya. Kulitnya pula mempunyai kudis-ii.

Megat Haneef merenung lelaki itu sedalam dalamnya dan cuba mengingati wajah lelaki itu. Dia seakan pernah melihat lelaki itu tetapi di mana?

Kelihatan wajah lelaki itu hanya muram sambil merenung kosong lantai hospital. Seketika kemudian, lelaki itu dibawa jururawat pergi dari situ diikuti anggota polis tersebut.

Megat Haneef terkaku seketika sebelum ditegur oleh seorang jururawat.

" Encik? Encik ok ke? " soal jururawat itu sopan. Megat Haneef tersentak sebelum mengangguk.

" Saya ok. " jawabnya lalu melangkah laju ke ward Megat Faris.

💕💕💕💕💕

Elliey memandang Farrahani yang sedang membasuh pinggan di dapur atau lebih tepat lagi, bermain sabun. Kelihatan Farrahani sedang menghabiskan cecair pencuci pinggan bewarna hijau tersebut.

Buih buih sabun dikibas kibas hingga berselerak. Elliey tersenyum sinis sambil menapak mendekati Farrahani perlahan lahan.

" Kau nak bunuh aku sangat kan? Sini aku ajar kau! " bisik Elliey dengan senyuman sinis.

To be continue..

Thankyou for reading ❣️

Sorry pendek. Mood takda tapi idea ada 🙄

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now