ADAKAH MASIH CINTA 06

16.8K 632 16
                                    

Farrahani terjaga dari tidurnya apabila terdengar pintu utama diketuk bertalu talu. Farrahani segera menuju ke pintu sambil menenyeh perlahan matanya. Pintu utama dikuak.

" Hey! You pekak ke? Tak dengar I ketuk pintu ni macam nak roboh? Dasar orang gaji bodoh! " jerit seorang perempuan seksi yang sedang terpacak di hadapan rumah. Farrahani terkedu. Dilihatnya Megat Haneef sedang dipapah oleh perempuan itu.

" You tengok apa? Cepatlah tolong I! " jeritnya lagi. Farrahani terkocoh kocoh membantu perempuan itu memimpin tubuh suaminya naik ke bilik. Bau arak menusuk ke hidung.

Dalam diam, Farrahani terkilan dengan sikap Megat Haneef. Tidak tahukah lelaki itu tentang halal dan haram?

Sesampai sahaja di bilik Megat Haneef, Farrahani dihalau keluar.

" Okayy thanks sebab tolong! Sekarang you boleh keluar. " gadis itu terus menolak Farrahani keluar sebelum mengunci pintu bilik.

Farrahani tidak banyak soal. Dia terus melangkah ke biliknya di bawah. Dia sudah dipesan agar tidak campur tangan dalam urusan lelaki itu dan dia juga bukannya rajin sangat nak ambil berat fasal Megat Haneef.

Farrahani duduk di atas tilam nipis sambil bersandar di dinding. Sekeping gambar dikeluarkan dari dalam begnya.

Gambar dia dan Megat Hakeem di sebuah shopping complex berlatarkan air pancut.

Farrahani mengusap perlahan gambar itu dengan linangan air mata.

Kenapa abang buat Farra macam ni? Kenapa abang mainkan perasaan Farra? Sampai hati abang.. Farra betul-ii ikhlas cintakan abang tapi abang..

Farra tak percaya abang langsung tak ada perasaan pada Farra. Farra dapat rasa melalui semua layanan abang pada Farra. Berbeza sangat dengan Haneef. Dia kejam. Abang tak. Abang layan Farra baik sangat.

Heneef dera Farra. Dia buat Farra macam hamba dia. Dia langsung tak kasihankan Farra. Farra ingat dulu lepas Farra kahwin, Farra akan bahagia.. Rupa-ii nya tak!

Farra makin tersiksa abang.. Farra tak tahu nak lari pada siapa.. Makngah mesti takkan terima Farra lagi dah. Dia bencikan Farra. Farra tak ada sesiapa abang..

Farrahani memejam rapat matanya. Bahunya terhincut menahan esakan. Kenapa semua ni perlu jadi pada aku? Apa salah dan dosa aku Ya Allah?

Matanya terbuka perlahan lahan. Kata-ii Megat Hakeem terngiang ngiang di telinga.

" Sayang abang, janganlah sedih-ii. Abang tak suka lah tengok Farra sedih. Sabarlah sayang.. Semua yang jadi ni mesti ada hikmahnya.. "

" Farra jangan risau. Nanti lepas kita kahwin, abang bawak Farra lari jauh-ii dari makngah. Farra akan hidup dengan abang dan abang akan jaga Farra sampailah ke nafas abang yang terakhir.. "

" Farra janji tau yang Farra akan tunggu abang! Kalau Farra kahwin dengan orang lain, abang pergi majlis Farra, abang buat kacau! "

Farrahani tersenyum di dalam tangisan.

" Farra tunggu abang tapi abang yang biarkan Farra kahwin dengan orang lain.. " bisik Farrahani perlahan.

Tubuhnya dibaringkan perlahan lahan sambil membawa gambar itu ke dada. Aku rindu dia Ya Allah.. Aku tahu aku berdosa sebab merindui lelaki lain selain dari suami aku tapi.. Aku tak boleh buang perasaan cinta dan sayang ini Ya Allah..

Sesungguhnya Megat Haneef terlalu kejam padaku. Aku tersiksa. Aku disakiti kerana dendamnya padaku. Ya Allah.. Apa yang perlu aku buat? Adakah takdirku hanya akan membawa kesedihan pada aku sehingga ke akhir nafas aku? Tidak layakkah aku untuk bahagia?

🔺🔺🔺🔺🔺

Farrahani terkejut dari tidur apabila tiba-ii rambutnya ditarik kuat oleh seseorang.

" Eh pompuan kau bangun sekarang! " jerkah Megat Hanerf sambil menarik kasar rambut panjang milik Farrahani.

" Auu! Sakit awak! " Farrahani meringgis kesakitan. Farrahani ditolak kasar ke dinding. Wajah Farrahani berkerut menahan perit di tubuhnya.

" Kenapa kau bagi perempuan tu masuk rumah aku? " tengking Megat Haneef dengan kuat. Terhincut bahu Farrahani apabila ditengking sebegitu.

Farrahani terpinga pinga. Perempuan mana yang dimaksudkan Megat Haneef?

Fikiran Farrahani kosong. Otaknya cuba mencerna ' perempuan ' yang dimaksudkan Megat Haneef.

" Aku tanya ni jawab la! " Megat Haneef mencengkam kuat rahang Farrahani. Air mata Farrahani yang jatuh berjuraian sedikit pun tidak mengundang simpati di hatinya.

Oh! Perempuan semalam!

" Tapi kan awak yang pesan jangan masuk campur urusan awak.. " ucap Farrahani tergagap gagap. Megat Haneef semakin menyinga.

" Kau menjawab cakap aku! " pipi kanan Farrahani ditampar kuat.

" Kau! Tak ada hak nak menjawab cakap aku! " tengkingnya lagi. Satu lagi tamparan hingga di wajah Farrahani. Farrahani hanya mampu menangis dan merintih kesakitan.

" Kau tahu kan aku mabuk semalam? Kalau aku tidur dengan perempuan tu.. Dia mengandung anak aku, siapa nak tanggung? Kau? " jerit Megat Haneef sambil mencengkam kuat rambut Farrahani.

" Kau sengaja kan nak aku susah? Hah? " kepala Farrahani ditolak kasar.

" Kau ingat eh.. Jadi sekali lagi, siap kau! Dengan kau-ii aku jual dekat kelab malam tu nanti! " jari telunjuknya diangkat dan dituding di hadapan wajah Farrahani.

" Faham tak? " jerkahnya apabila Farrahani hanya diam dan menangis. Farrahani mengangguk perlahan.

" Faham.. " suaranya terketar ketar.

" Dah tak payah nak membuta! Siapkan baju aku. Aku nak pergi kerja! " arahnya sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Farrahani mengesat air matanya. Bahunya yang masih terhincut cuba ditahan.

Ya Allah.. Kau berikanlah aku kekuatan untuk bertahan dan kau lembutkanlah hati dia..

Setelah mengemaskan dirinya yang berserabai, Farrahani melangkah ke bilik Megat Haneef. Bunyi pancuran air di bilik mandi menampakkan bahawa Megat Haneef sedang mandi.

Langkah kaki diatur menuju ke almari. Kemeja Megat Haneef yang elok tergantung dipilih secara random bersama slack hitam dan tali leher yang sepadan. Matanya tertancap pada sekeping sampul surat yang mempunyai logo hospital di dalam almari itu.

Hatinya meronta ingin mengetahui isi kandungan surat itu. Sampul itu dicapai dan dibelek. Dibuka sampul itu dengan berhati hati. Surat yang dilipat kemas segera dibuka.

KEPUTUSAN UJIAN DARAH DAN IMBASAN PENGIMEJAN DIANOSTIK

2. Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan telah..

" Pap! "

Surat itu dirampas Megat Haneef. Pucat lesi wajahnya apabila melihat Farrahani sedang membaca surat itu.

" Aku suruh kau siapkan baju aku! Yang kau sibuk hal lain kenapa? " tengking Megat Haneef demi menutup kegugupan di hatinya.

Farrahani terkrbil kebil. Hatinya mendecit geram kerana tidak dapat membaca sehingga habis.

" Saya tak sempat baca pun. Maaf. " ucap Farrahani perlahan sebelum berlalu tanpa memandang Megat Haneef yang hanya bertuala.

Penting sangat ke surat tu sampai dia kalut keluar separuh bogel?

Megat Haneef menghembus nafas lega. Nasib baik. Surat pengesahan penyakit yang dihidap Megat Hakeem dipandang sayu.

Abang.. Kau kat mana sekarang?

Surat itu disimpan di dalam laci dan dikunci rapat. Jika abangnya mahu perkara itu dirahsiakan, dia akur. Megat Haneef merupakan seorang yang penyayang. Hanya dengan Farrahani dia kejam kerana gadis itu dianggap sebagai punca kematian kedua orang tuanya.

To be continue...

Author maybe akan slow update. Maaf ye hahah author busy tahun ni. Ada peperiksaan besar huhu 😭💔

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now