ADAKAH MASIH CINTA 21

17.6K 561 13
                                    

Megat Haneef membetulkan selimut Megat Faris. Satu keluhan kecil terbit apabila melihat tubuh kaku sepupunya itu. Sudah hampir seminggu Megat Faris terlantar di di hospital dan tidak memberikan sebarang tindakbalas baharu. Kata doktor peluang untuk Megat Faris sedar semula amat tipis oleh kerana cedera parah yang dialami.

" Tok tok. " Megat Haneef menoleh apabila mendengar bunyi pintu diketuk. Pintu wad ICU dikuak dari luar. Tersembul wajah 2 orang inspektor polis yang ditugaskan untuk menyiasat kes kemalangan Megat Faris.

" Maaf encik, boleh kita kita bercakap sekejap? " soal Inspektor Termizi dengan sopan. Megat Haneef mengangguk perlahan sebelum bangun perlahan lahan keluar dari wad bersama sama dengan inspektor polis tadi.

" Hasil dari siasatan kami setakat ni encik, Megat Faris tidak terlibat dalam kemalangan. Hasil dari pemeriksaan doktor juga mengesahkan kepala mangsa dihentak dengan objek keras sehingga menyebabkan kesan koyakkan pada kulit kepalanya. Secara amnya, mangsa kemalangan yang tidak tercampak keluar tidak akan mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala. " terang Inspektor Termizi. Megat Haneef terkedu.

" Maksud encik, ada dalang sebalik semua ni? " soal Megat Haneef menginginkan kepastian. Inspektor Termizi mengangguk.

Megat Haneef tersandar pada dinding hospital. Siapa yang berdendam dengan sepupunya? Megat Faris bukanlah seorang yang mempunyai ramai musuh.

" Kami akan teruskan siasatan lanjut dan akan selalu berjumpa encik untuk memaklumkan hasilnya dari semasa ke semasa. " ucap Inspektor Termizi. Megat Haneef mengangguk lalu bersalam dengan inspektor tersebut.

" Terima kasih encik. "

💕💕💕💕💕

" You yakin ke polis takkan tahu? Kalau kantoi macam mana? I takut lah! " adu Elliey. Wajahnya resah manakala Khairul hanya relax.

" Takut? Masa kau nak pedajjal budak tu kau tak takut pulak. " sindir Khairul. Elliey mengetap bibir.

" Yang you nak cari fasal ni kenapa? " ujar Elliey dengan keras. Matanya tajam memandang wajah selamba Khairul.

" Bukan cari fasal cuma kau ni gelabah sangat. Boleh buat orang syak. " ujar Khairul tenang. Elliey tetap tidak senang duduk. Dia bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh.

" I taknak masuk penjara you faham tak? " Elliey tetap tidak dapat bertenang. Sejak dari peristiwa itu berlaku, fikirannya tidak henti-ii memikirkan hal tersebut.

" Orang takkan tahu lah! Jantan tu terlibat dalam kemalangan! Ke-ma-la-ngan! Faham kemalangan? " Khairul hilang sabar dengan Elliey yang menggelabah biawak.

" Kalau kantoi.. " Elliey tidak sempat menghabiskan butir bicaranya apabila Khairul memintas.

" Stop it Elliey! I serabut tahu tak! Kantoi.. Kantoi.. Dah kalau kantoi masuk penjaralah! Habis cerita. Pandai buat kan? Pandai tanggung! " bidas Khairul lalu mengangkat punggung dan berlalu dari restoran tersebut.

Elliey mendecit geram dengan sikap Khairul. Lelaki itu kelihatan relax dan tidak endah dengan apa yang akan berlaku sekiranya kantoi. Malulah keluarganya nanti sekiranya dia disabitkan kesalahan membunuh.

Elliey menyedut sakit baki orange juicenya sebelum turut berlalu dari restoran tersebut.

💕💕💕💕💕

Farrahani duduk menjuntaikan kaki ke dalam kolam. Fikirannya menerawang mengingati peristiwa seminggu lepas. Hatinya dihimpit pilu. Tubir matanya yang semakin berat akhirnya mengalirkan air mata.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now