ADAKAH MASIH CINTA 03

19.4K 732 21
                                    

Megat Haneef merenung pantulan cermin yang memaparkan dirinya segak berbaju melayu putih lengkap.

" Betul ke apa yang aku buat ni? " gumamnya perlahan.

" Terima kasih.. " tegur satu suara dari belakang. Megat Haneef tersentak. Barulah dia perasan Megat Hakeem sedang memandangnya dengan pandangan seribu perasaan.

" Kem. Percayalah aku akan lebih sakitkan dia nanti. Aku benci dia. Aku takkan mampu bahagiakan dia macam yang kau harapkan! " Megat Haneef pusing menghadap abangnya. Megat Hakeem tersenyum tawar.

" Kau boleh. " Megat Hakeem memegang bahu adiknya.

" Dia layak untuk rumah tangga yang bahagia. Kau sendiri boleh fikir kan macam mana kalau aku mati dalam usia perkahwinan kami yang sangat singkat. Dia mesti sedih dan aku tak sanggup untuk tengok dia meratap pemergian aku. " luah Megat Hakeem.

" Stop talking nonsense! You are not dying. Kita boleh cari pakar terbaik untuk rawat kau! " tegah Megat Haneef. Tidak sanggup untuk hilang satu-ii nya abang dan keluarga yang dia masih ada.

" Segak adik abang. " Megat Hakeem mengelak dari berbicara tentang rawatan. Penyakitnya tidak dapat diubati lagi. Dia berada di tahap terakhir. Dia hanya perlu berserah kerana pada bila-ii masa sahaja nyawanya boleh diambil.

" Pengantin? Boleh turun sekarang? Tok kadi dah sampai! " Megat Faris menerjah masuk ke dalam bilik. Megat Faris adalah sepupu mereka.

" Dah! " jawab Megat Hakeem lalu memimpin adiknya ke muka pintu. Wajah Megat Faris berkerut.

" Aik? Kenapa Nif? Bukan abang? " Megat Faris keliru. Megat Hakeem tersenyum.

" Jangan maklumkan apa-ii pada pengantin perempuan. Ingat! " pesan Megat Hakeem kepada Megat Faris. Megat Faris hanya mengangguk meskipun hatinya tertanya tanya.

🔺🔺🔺🔺🔺

Farrahani memandang susuk tubuh bakal suaminya yang membelakanginya. Entah kenapa hatinya berasa ragu-ii. Susuk tubuh lelaki itu nampak lain.

" Megat Haneef Megat Hazren.. "

" Saya.. "

Farrahani terkelu. Otaknya cuba memproses apa yang didengari. Megat Haneef? Bukankah itu adik Megat Hakeem yang membenci dirinya? Tapi kenapa?

Farrahani mendongak apabila mendengar saksi sudah pun mengesahkan akad yang dilafaz. Liur ditelan kesat apabila melihat wajah yang sedang menghampirinya.

Megat Haneef? Kenapa? Mana Megat Hakeem? Mana lelaki yang telah berjanji akan menjaganya? Adakah lelaki itu telah meninggalkan majlis dan adiknya terpaksa menjadi galang ganti? Fikirannya buntu.

Megat Haneef melutut di hadapan Farrahani. Tiada senyuman yang terukir di bibir. Hanya riak bengis yang tidak ceria menghiasi wajahnya.

Seluruh tetamu tergamam kerana Megat Haneef yang melafazkan akad. Setahu mereka Megat Hakeem yang akan berkahwin namun didiamkan sahaja. Masing-ii berpendapat mereka yang tersalah.

Mak Senah dan Aina saling berpandangan serta terpinga pinga. Mereka turut terkejut dengan pengantin lelaki Farrahani. Mereka tidak bersuara namun akal mereka ligat berfikir.

Farrahani teragak agak ingin menghulur tangannya untuk disarung cincin. Mak Senah memandang tajam Farrahani sebelum dia menolak tangan gadis itu. Megat Haneef menyarungkan cincin dengan lekas-ii. Dahi Farrahani dicium tidak ikhlas.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now